Pages

Nuffnang Ads

Monday 30 May 2011

Bolehkah masa diubah?


Assalamualaikum semua. Kita bertemu lagi dalam sci-fi realm. Ini adalah salah 1 soalan ramai manusia yang sering memikirkan kejadian alam. Iaitu [bolehkah masa diubah?] jawapannya tentulah tidak. Okey, aku ada sebuah mesin masa yang betul2 boleh boleh mengembara melalui masa iaitu kedepan dan kebelakang. Dan aku kembali kemasa silam, lebih kurang dalam 60 taon dulu. Untuk mengubah naseb keluarga aku supaya jadi kaya-raya dan sebagainye. Lepastu, misi Berjaya. dan aku balek semule ke masa hadapan iaitu 60 taon selepasnye(taon dimane aku mula menggunakan mesin masa berkenaan untuk mengubah nasib keluarga aku). Malangnya, bila aku sampai aje takde ape pon yang berubah. Sikit pon tak berlaku perubahan. Maseh same. Soalnye sekarang. Kenapa?

Jawapannya sangat senang. Sebelom tu, bio aku reverse sket. Aku bagi satu contoh. Okey. Ade seorang budak namanye aslan. Die ni buat mesin masa dan mengembara lebeh kurang 50 taon lepas. Disitu, die terjumpe dengan mak die mase mude2 dulu. Dan jatoh cinte plak dengan mak die mase mude. Okey, sekarang kite ketepikan soal agama ke, ape ke. Dan aslant pon berkahwin dengan emak die yang masih muda tu dan dapat anak 2-3 orang. So, apa kita boleh Nampak kat sini. Kalau aslan tak sepatotnye lahir dari mula, kenapa dia wujud untuk mengahwini emaknya yang maseh muda? Tak lojik bukan?

Jadi inilah dia penerangannya yang sebenar dan sangat jelas. Aslan bukan mengembara dimasa lampaunya. Tapi dia mengembara ke masa lampau disebuah alam selari, dunia lain, multiverse. Jadi perempuan yang dia kahwini ini bukan emaknya. Tapi seseorang yang serupa dengan emaknya, didunia lain yang selari dengan dunianya, tapi tak sama masa.


Diatas adalah graf teori pengembaraan masa yang tepat. Graf A menunjokkan seorang yang berusia 80 tahun kembali kemasa 30 tahun yang lepas melalui mesin masanya. Dia berasal dari dunia u1. didunia u2, dia kembali ke 30 tahun yang lepas. Berbanding graf B adalah yang salah dimana Cuma terdapat 1 aliran masa dan 1 dunia sahaja. Didalam tempoh 50 tahun itu boleh berubah2. teori ini tak boleh dipakai.

Bila dia mengembara semula ke masa sebenar dia, takde ape yang berubah. Emak dan bapak dia masih ada, adik berdiknya masih ada dan sejarah langsung tak berubah. Sebab destinasi yang die pergi sebelom ni tadi bukan didalam dunia dia, masa dia, ruang angkasa dia. Sebaliknya dunia selari.


Oh ye. Kalau ade sesiape tringat anime dragonball z mase taon 90han dulu anda akan paham cerita aku ni. Ceritenye bermule bile trunks balek kemasa lampau untuk menghalang kematian goku serta penguasaan cyborg dan cell. Tapi lepas dia selesaikan semua hal ni, dia kembali ke masa hadapan balek dan takde ape yang berubah. Ini disebabkan dia kembali ke masa lampau dalam dunia lain yang selari dengan dunianya.

Masa bergerak selari, macam air sungai yang mengalir pada satu arah. Pengembangan alam semesta juga adalah selari, kita tak boleh nak kecutkan balik pengembangan tadi. Kalau pengembaraan merentas ke masa lampau berlaku pulak, aliran tadi tak berpatah balik, Cuma sungai tadi berpecah kepada 2 cabang. Sekian terima kasih.

Saturday 28 May 2011

tahniah komik-M!


Assalamualaikom. Yeah! Hari ni sangat best. Yang pertama, aku dengan tunang kesayangan aku berjaya melalui kursus kawen pertame kami. Semuenye berjalan lancar untuk ceramah 1234. lagi 4 ceramah dah boleh setle yang akan dilalui besok pade 29/5/2011. setakat ni penceramah sangat cool dan menghiburkan. Mula2 agak boring sebab penceramah pertama asek banyak soal peserta. Ini membuatkan aku fedup dan mula menconteng2 ketar jadual taklimat dengan berbagai gambarajah, iaitu antimatter drive, miniaturized particle accelerator dan collider. Yelah pade mase yang same, aku sedang menyiapkan jilid twin-x aku yang ke-4.

Kalau dah kursus kawen tu, biasela. Macam lawak lucah tu biasela… kalau takde, tu bukan ceramah kursus kawen namenye… tu taklimat haji kot.
Tinggal beberape step aje sebelom aku melangsongkan pernikahan di perak. Hehehe…

Disudut lain di kuala lumpur, satu event yang sangat best sedang berlaku pade mase yang same. Iaitu anugerah pekomik 2011. kawan2 seperjuangan di komik-m banyak meraih kemenangan dalam pelbagai kategori. Alhamdulillah, syukur. Komik-m rocks! Yeah! Sekarang aku berase yaken, takde sape berani, atau sanggop mengate komik-m sebab komik-m sudah membuktikan kehebatannye selame 3 taon berturot2. u see? This is a hat rick!

Monday 23 May 2011

observable universe. ape bende tu?

assalamualaikum. ha... ni aku aku nak cerite sket pasal alam yang kite semue diami ni. sebenarnye, takde sape pon tau berape besonye alam semeste ni. ini disebabkan pengembangannye yang amat cepat dan pantas. tapi setakat ni, satelit WMAP dan bermacam-macam instrumen pemerhatian angkasa dah dapat memetakan alam semesta ini dalam lingkungan 13.7 bilion tahun cahaya. inilah saiz [observable universe] yang kita tahu setakat ni. alam semesta kita terdiri daripada bintang, sistem, buruj, galaksi, cluster dan super cluster. dan jarak diantara galaksi2 ni semakin menjauhi antara satu sama lain.

the known universe

ini menunjukkan yang alam semesta kita semakin berkembang dan meluaskan jarak. secara tidak langsung, alam semesta yang kita ketahui ini akan mati pada titik masa yang tertentu. okey, secara analogi, cube korang bayangkan sebuah belon yang ditiup. semakin lama belon tu mengembang. tapi sampai satu tahap, belon tu dah sampai tahap maksimum regangannye dan pecah. begitu jugak dengan alam semesta yang kita diami. bukan setakat itu aje. sebuah bintang yang bersaiz 10-100 kali lebih besar dari matahari kita, akan mati dan bertukar menjadi lubang hitam atau dikenali sebagai [black hole]. cuba bayangkan kalau hyper space itu berada didalam alam semesta itu sendiri. ini menunjukkan alam semesta sedang koyak perlahan-lahan. sebagai seorang muslim, aku boleh terima teori berkenaan sebab kiamat pasti akan berlaku.



untuk menghasilkan komik sci-fi yang menarik (membosankan juga), aku terpaksa melakukan banyak research dan membaca. dalam kes ini, aku lebih memfokuskan tentang kejadian alam semesta, angkasa lepas, big bang dan ape-ape aje bunyi yang berkaitan. study punye study, aku jumpe seorang mamat jepun ni yang bernama michio kaku. dia ni sorang saintis yang hebat dan berilmu tinggi. benda yang paling aku suka tentang mamat ni, bila dia sebut pasal string theory, M theory, parallel dimension, multiverse.

mula-mula aku tak paham, ape bendela multiverse ni. study punye study baru aku paham, yang alam semesta ni bukan ada 1 sahaja. tapi ada banyak, tak terkira banyaknya. secara analogi, cuba bayangkan alam semesta kita berbentuk seperti buih, gelembung udara didalam lautan. sudah tentu ada buih lain, ye tak? bezanye, lautan yang disebutkan tadi bukannya air. tetapi lautan hyper space, dimana tiada masa dan ruang didalamnya. secara kasarnya boleh difahamkan, takde ape bende pon situ, tuhan aje yang tau.

sekali lagi sebagai seorang muslim, aku takde masalah langsong untuk percaya teori ni. sebab ade satu ayat didalam surah al-fatihah ayat nombor 2 yang berbunyi alhamdulillah hirabil alamin, Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. dalam ayat ini aje, seorang muslim tak boleh untuk tidak menerima teori multiverse. dalam perjalanan nabi Muhammad dari mekah ke masjid al-aqsa dijerusalem dan 7 lapis langit yang kita ketahui sebagai isra' mikraj juga menampakkan teori multiverse berhasil.

didalam teori lain, michio kaku pernah mencadangkan untuk pergi ke alam lain ini dengan membuka [worm hole]. worm hole adalah ruang yang sama dengan hyper space yang membenarkan sesuatu entiti merentas antara alam semesta, masa, sesuatu titik dalam alam semesta. well... sesacara jujurnya, aku berasa bangga disebabkan ada seorang manusia pernah melaluinya. iaitu nabi Muhammad SAW. tetapi, untuk seorang manusia lain, bagaimana untuk merealisasikan perjalanan merestas alam semesta ini? inilah yang aku nak cuba selesaikan didalam dunia komik.

Saturday 21 May 2011

tahniah diucapkan!


assalamualaikom. hari ini aku baru balik dari masjid al raudah, tanjong karang selangor. ya, adik yang bongsu aku delaila hani dan suaminye azizi (topo) baru lepas bernikah. punyela simple. datang masok masjid, teros dok depan tok kadi, lafaz nikah, settle. tak payah berbalas2 panton langsong. bace itu ini. sekejap aje dah settle. pastu adela sket2 makan bagi jemputan. harapnye mase aku nikah nanti sesenang inilah, insya Allah...
oh ye, yang dekat belakang adek aku yang paleng kanan sekali tu kakak aku yg nombo 3. maseh single. sape nak ngorat die, dipersilekan.

dalam pade mase yang same, rakan pekomik aku, nazry(penulis komik aviasi fantasi, misi 8A dan 10A) juga selamat melangsungkan majlis perkahwinan mereka. NIIIIICEEE! aku cume boleh ucapkan tahniah ajela. well, kalau aku boleh [kage shibun nu jitsu], memang aku dah berpecah kepade 3 bahagian. yang pertame, aku pi perpustakaan negara untuk masjil talk pekomik, kedue, majlis nikah adek aku dan majlis perkahwinan nazry dan husna. tapi apakan daya. aku harus memilih salah satu acara yg paling penting, FAMILY FIRST!

aku harap blog pekomik ade update tentang talk hari ni, tak sabar nak tau perkembangan pekomik. maklomla... dah dekat setahun aku tak berjumpe dengan rakan2 pekomik aku.

minggu depan pulak hari sabtu 28/5/2011 aku dengan tunang aku kene pergi kursus kawen dekat shah alam. skali lagi, aku melepaskan peluang aku untuk ke majlis anugerah pekomik 2011... ape bole buat? naseb badan. anyway, aku harap rakan pekomik terutamanya dari komik-M dapat menggondol beberapa anugerah. sekurang-kurangnye 1 pon jadilah...

berbalik pade tujuan asal penciptaan blog ini, malam ni aku nak tulis skrip baru komik sci-fi aku. sebenonye tak payah tules pon. sebab dah ade kat dalam kepale otak ni. tinggal nak lukes aje. dan diperkuatkan dengan beberapa research berkenaan tajuk utama komik, iaitu MULTIVERSE. jeng je jeng.... haaaaa... nantikan progress seterusnya diblog ni. sebarang komen dan pertanyaan boleh diajukan sekarang.

Thursday 19 May 2011

finally! a blog!


assalamualaikum, peace be upon you. alhamdulliah, dengan kesempatan ini akhirnya berjaya jugak aku buat blog sendiri. sebelum2 ini aku cume menompang nama aje diatas blog2 yang menampakkan blog itu macam blog aku. tapi bukan. disini aku nak preview sket kerja2 terkini aku. terutamanya komik Twin-X aku.

entah kenape, komik twinx#3 aku tersenarai lagi untok 3 pencalonan dalam anugerah pekomik 2011. well, aku tak tau nak cakap ape... aku harap calon2 laen dapat peluang untuk memenangi anugerah ni, terutamanya rakan-rakan komik-M jugak. dengan memenangi anugerah ni, korang boleh buktikan yang karya2 komik-M adalah yang terbaek!

insyaAllah start bulan 6 nanti aku nak cube naseb dekat syarikat komik pulak. yelah, nak tambah pendapatanla katekan... nak kawen bulan 11 atau bulan 12 ni. jadi, kenelah berusehe gigih sikit ye tak? ape2 pon aku akan cube untok update blog ni dengan bermacam penemuan sains yang gempak, dan boleh di-aplykan untuk komik (seperti yg tertera pada tajuk blog ini sendiri). well, [I believe in science] la katekan...

lagi satu, kalau ade sesape yang tertengok blog ni dan tak berase senang dengan adenye perkataan macam [ade], [kenape], [ape], [pulak], [kawen] dan sebagainye, jangan terase pelek pulak, sebab macam itulah bunyinye bile korang eje. jangan jadi hipokrit.