Pages

Nuffnang Ads

Tuesday 13 September 2011

Review I-mobile I-note



kotak pembelian I note. Didalamnya terdapat I note, charger (USB-micro USB), pelindung skrin, kain pembersih skrin, earfon standard, kad waranty dan buku panduan. Perlu dingatkan yang micro SD tidak disertakan didalam pakej pembelian.
Salam dan selamat sejahtera semua. Semoga aman tenteram dan tenang selalu. Enrti kali ni aku nak cerita sikit tentang i mobile i note ni. Ya, setelah bersusah payah mencarik disana sini akhirnya aku dapat jugak beli 2 bijik sekali gus. Ini disebabkan tempoh promosinya (RM799) yang amat terhad.
I mobile I note - sesuai digunakan untuk blogging
 Aku masih belum studi semua fungsi-fungsi lain gajet ni. Yang aku dah cube kebanyakannye fungsi yang paling basic. Disebabkan aku pakai simkad internet prepaid, setting internet dekat dalam tablet ni terpaksa di ubah sendiri. Kalau tak, memang tak dapat nak online langsung.

perisian facebook mobile yang dibekalkan sangat tak best. Output textnya terlalu besar
Rasa kekok jugak bila kali pertama pakai android ni. Skrin capasitifnya terlalu sensitif. Kalau tersentuh sikit aje dah boleh kacau ape yang kita nak buat. Sebelum ni aku pakai henfon 5800XM yang skrin sentuhnya adalah jenis resistif. Skrin resistif ni tak sensitif sangat berbanding capasitif. So, memang aku takde masalah langsung macam tersalah tekan atau tersentuh menu lain. keburukan skrin resistif ni adalah tiada multi touch. Dan hardwarenya terlalu primitif. Ia seperti teknologi zaman palm top (yang popular masa 90-an) dulu.

*huawei ideos S7 104 – tablet keluaran huawei. kebanyakan broadband usb yang kita gunakan hari ini adalah berjenama huawei.
Masa meronda-ronda plaza alam sentral hari tu, aku ada jumpa huawei ideos S7. inilah contoh tablet yang masih menggunakan teknologi skrin resistif. Harganya lebih kurang RM688 (murah tu). yang paling best, tablet model huawei ni antara tablet yang awal menggunakan kickstand macam henfon nokia N86 8MP tu... Peneraju pengguna skrin capasitif yang paling awal adalah iphone. Mase ni skrin henfon nokia masih lagi resistif. Maaf bercakap, fungsi henfon nokia memang paling top-best of the freakin’ best walaupun menggunakan teknologi skrin sentuh yang primitif.

setting internet yang wajib diubah untuk pengguna internet prepaid macam aku
Berbalik kepada android, aku masih tercari-cari fungsi untuk menutup aplikasi dengan berkesan. Sebab bila aku dah [back] sampai ke home screen, respon tablet masih slow. Ini bermakna, ada program yang masih running tapi aku tak tau dan tak nampak. Jadi aku terpaksa bukak balik setting>applications>manage applications/running services untuk menutup satu-satu sebarang aplikasi yang masih running. Ini memang menyusahkan. Kalau ada sesiapa yang ada pengalaman dalam menggunakan android, boleh komen di akhir entri ni.

boleh tahan jugak resolusi skrin I note ni
Ikon [menu], [search], [home] dan [back] yang berada dibawah tablet jugak sangat sensitif. Kadang-kadang tak sentuh pun benda tu boleh aktif. Terutamanya pada waktu charghing. Tak sentuh pun rase macam ade hantu yang sentuh. Shit... sekali lagi, bagi yang berpengalaman menggunakan android, boleh komen dibawah untuk jalan penyelesaian.

blogging bukan lagi benda yang susah dilakukan
Reka bentuk I mobile i note ni memang cantik dan kemas. Sampai aku rasa macam tablet ni tak sesuai dengan harganya yang murah. Skrin 7” sangat memuaskan walaupun kecerahannya kurang. Permukaan depan dan belakangnya pula sangat berkilat. Sangat senang tercalar dan mengumpul kekotoran. Setakat ni aku baru pasangkan skrin protektor. Susah gile nak pasang. Sebab permukaan skrin terlalu besar.

media player tablet ini dapat memainkan video berformat 3gp, avi dan mp4. aku dah cuba flv, tapi tak boleh. Mungkin dengan firmware update baru boleh kot.
Pada pandangan aku, gajet ni langsung tak macam tablet. Tapi lebih kepade henfon. Bezenye ia adalah henfon android bersaiz besar. Dengan gajet ni, korang boleh buat video call, voice call, sms, mms dan berinternet termasoklah berfacebook dan blogging. Ada wifi, wifi tathering, usb tathering, tv, radio, bluetooth, gps dan A-gps, pemain media, video recording, memori dalaman 16GB, kamera dan lain-lain lagi.
bahagian depan I note - default home screen
Dibahagian depan terdapat sensor cahaya, kamera untuk video call (0.3MP kot) dan LED yang berkelip bila proses mengecas. Dipisahkan dengan skrin 7”, dibawahnya terdapat simbol sentuhan menu, search, home dan back.
penutup bateri dibahagian belakang
under the hood. Ruang bateri, port SIM card dan mikro SD
Dibahagian belakang ade penutup bateri yang didalamnya terdapat SIM kad serta port micro SD. Dekat atas penutup tu pulak ada speaker, mikrofon untuk rakaman video dan kamera. Yang bestnye, aku tak perasan pulak kamera utamanya 5MP(takde flash). Henfon 5800XM aku pon cuma 3.2MP. Prestasi baterinya boleh tahanla... lebih kurang macam prestasi PSP2000. sebot pasal PSP ni baru aku perasan yang OS dan interface android ni ada persamaan dengan PSP. Andriod ni keturunan OS PSP ke...?
Kamera 5MP dan mikrofon untuk rakaman video
 
Bahagian atas terdapat butang on untuk skrin, juga merangkap butang power. Dan disebelahnya tu port mikro USB. Dekat sebelah port mikro USB tu pulak ade antena TV yang sangat halus dan nampak macam sangat fragile.
atas - butang power, micro USB dan antena TV
tepi kanan – butang volume
tepi kiri – kosong
bawah – mikrofon dan jack 3.5mm
Dekat sebelah tepi kanan pulak ada butang kawalan volume dan sebelah kiri takde ape-ape butang. Memang design yang sangat kemas. Dekat bahagian bawahnye pulak ada mikrofon dan jack 3.5mm untuk aerphone stereo. Kualiti bunyi standardla...
teknik wifi tathering, membenarkan laptop aku berkongsi talian internet dengan I note
Aku dah cuba aplikasi wifi tathering yang disediakan untuk tablet ni. Wifi tathering membenarkan tablet ini menjadi modem internet wireless. Jadi, sebarang peralatan lain yang boleh wifi boleh memasuki internet dengan connection yang dijanakan oleh tablet ini. aku rase, semua tablet ada kebolehan untuk wifi tathering. Bukan setakat itu aje, tablet ni jugak boleh digunakan untuk USB tathering.
saiz I note diatas tapak tangan (belom set semua)
I mobile i note ni memang susah sangat nak jumpe. Kene round 1 selangor dulu baru jumpa agaknye. Berbaloi dengan harganya, ia adalah tablet yang direkomenkan untuk pembeli yang inginkan tablet bajet rendah. Kalau sesiapa yang terbeli teblet ni jugak, sila tinggalkan link riview anda. Oh! Lupa nak bagitau... korang boleh beli benda ni dekat tesco semenyih. Last aku beli masih ada 4 unit. Kalau dah habis, jangan marah aku. Marah distributor i mobile sebab tak hantar banyak-banyak dekat tesco seluruh malaysia.

Sekian terima kasih.

Friday 9 September 2011

Sembang Komik Bersama Wanzu dan Proposal Komik Baru

Salam dan selamat sejahtera. Semoga aman tenteram dan tenang selalu. Semalam (8/9/2011) adalah satu hari yang menarik. Ini kerana, jarang sangat aku boleh luahkan buah fikiran aku terhadap seseorang, iaitu pekomik, penulis komik ataupun editor komik. Pada mereka yang sudah lama kenal aku akan faham maksud aku ni. Aku jarang keluar rumah untuk bersosial. Itu termasuklah dengan berbual dengan sesiapa yang terbabit dengan industri komik. Namun begitu, semalam encik wanzu dengan murah hatinya telah menjemput aku untuk melakukan ‘perbincangan mini’ di KL sentral. 

Lebih kurang pukul 130 petang macam itulah, aku sampai awal di KL sentral lalu menghabiskan masa dengan berasap sementara menunggu pukul 230 seperti yang dijanjikan oleh wanzu 2 hari lepas. Tapi aku sedar yang masa sering mencemburui kita semua. Lalu aku teros mesej beliau. Rupanya beliau pun sudah ada di KL sentral pada pukul 2. Lalu aku mencadangkan supaya kami berbincang di KFC. Macam biasela. Aku mane ade duet. Die pon takde duet jugak (biasela lepas raye... you know what i mean). Tapi die belanje jugak aku makan. Dapat jugak makan nasik selepas 2 hari. Thanks wanzu.

permandangan didepan KL sent... shiiitttt!! aku terlupe langsong nak ambek gambo mase meeting semalam!

Perbincangan kami menyentoh pasal strategi berkomik pada asasnya. Macam mana nak dapat untung dengan melukis komik. Dalam perbincangan ini, aku dapati ‘luck’ memainkan peranan penting. Sape yang dah lame kenal aku, mesti tau yang aku bukan jenis orang yang selalu didampingi luck. Sampai perkataan ‘luck’ pon hampir hilang dari kamus hidop. Akan tetapi, perkataan ‘fuck’ memang sentiasa mendampingi diri ini dalam sedar atau tidur. Dalam tidur pon aku sebot ayat itu. Sunggoh burok beno perangai...

antara komik yang aku dapat semalam. langkamaya2, antologi aku kau dan cinta dan komik-m raya-misi menyelamatkan puan ainon. semuenye bes.
Aku berasa kagum dengan teknik pemasaran pts pop, terutamanya komik-m. Yang memikirkan berbagai alternatif untuk melariskan produk. Aku rase masih belum cukup layak untuk menyebot teknik-teknik itu disini. Sambil itu wanzu bagi aku agreement twinx3 dan twinx4 untuk disain. Aku jugak dapat beberapa naskah komik baru terbitan komik-m. Sudah cukop untuk mengisi hari-hari yang bosan dengan hanye melukis komik.


antologi aku kau dan cinta ni boleh tahan jugak. sebab ade 2 komik hentai dari lavendra ain hafizah.

Macam biasela, wanzu okey je. Die sentiase yakin dengan kerja aku. Cume yang merisaukan adalah pihak atasan yang akan membuat keputusan. Oh ye, sebot pasal proposal ni, ade jugak wanzu menceritakan pengalamannya dalam meng-QC proposal komik baru. Macam-macam hal. Sampai aku mengurut dahi sendiri lepas mendengar cerite beliau. Cume 1 yang aku paling tak suke bile orang hanto proposal dengan watak-watak jepun didalamnya.

Aku yakin korang dah banyak kali dengo cerita ni sampai naik bosan. Contohnye, didalam komik itu terdapat scene bunge sakura dan pokok sakura (padahal dekat malaysia), pintu bilik darjah jenis slide macam sekolah dekat jepun. Lepas tu ade watak bernama jepun didalam komik. Tak cukop dengan tu, watak dalam komik sesuka hati boleh mewarnakan rambut masing-masing. Amboi? Sekolah korang bagi ke korang kaler-kaler rambot ni? Bile waktu makan tenghari, diorang bawak obento atau onigiri. Kenapa tak buat nasik lemak dan kuih kaswi? Kalau ade pelajar transfer masuk sekolah, mesti pelajar dari jepun. Apahal? Tak boleh ke buat pelajar tu dari palestin ke, london ke, jerman ke, russia ke? Ittaly ke? Filiphin ke?
isu ini jugak pernah disebot dalam komik-m, misi menyelamatkan puan ainon. untuk mengetahui kisahnya secare terperinci, sile dapatkan komik ini dipasaran. still available!

taula korang lukes stail manga. Aku pon (perasan) lukes stail manga. Sekurang-kurangnye, bagila komik tu jadi lojik sikit walaupon random... aku pon bukannye lukes best sangat. Sales komik aku tak sampai mane pon. Tapi bila berkarya dengan komik-m setakat ni, memang aku tak pernah buat kesilapan macam yang aku sebutkan diatas. Korang tak sayang ke bangse ngan budaye korang? Muke jawa, tapi pakai name jepon dalam facebook. OH, KAMON!!

Bila aku dengar cerita wanzu dan editor-editor komik-m yang lain, aku berase kecewe ngan konsep komik yang bakal diterajui oleh generasi-ganerasi muda pada masa akan datang. Aku takla maksudkan semua, tapi kebanyakannye memang macam tu. camne proposal tak kene rijek? Ha? Camne tu? sekurang-kurangne tambatlah hati editor dulu dengan proposal. Pasal kebenaran orang atas, itu dah lain cerite. Yang penting editor dulu orang yang patut diyakinkan. Alah... korang kan bace bakuman? Yelah... peminat manga la katekan. Sepatutnye dah boleh faham konsep ni.

Inilah topik yang paling akhir yang kami bincangkan semalam. Ia memang menyegarkan. hahaha.

Aku jugak mengambil kesempatan untuk menunjukkan proposal komik terbaru aku. Taklah banyak helai sangat. Dalam 6 helai dokumen aje. Ia terdiri dari rekaan watak (2 helai), jentera (3 helai) dan jalan cerita (word document). Ia bertajuk multiverse. Mungkin akan diubah kalau ia tak bersesuaian. Aku nak ceritakan sains secara umum dalam komik ni. Dan teori-teori sains baru. Yang mungkin 200-400 tahun akan datang dapat dibuktikan.

design watak-watak yang terlibat dalam komik ni.

ni pulak watak-watak tambahan untuk komik ni. watak tambahan ni pon penting jugak peranannye
Aku dapati, untuk mengembara ke dunia lain bukanlah satu perkara mudah. Banyak peralatan yang releven harus dicipta untuk membenarkan ia berfungsi. Kalau kita faham fizik, kuantum mekanik, memang alam semesta ini tak membenarkan sesuatu benda bergerak lebih laju dari cahaya, tetapi tetap ada caranya untuk memecahkan limit ini. iaitu dengan menggunakan worm hole!

design kapal angkasa yang paling asas dalam komik ni.
attachment penting sebagai alatan sokongan bagi kapal angkasa.
gerbang yang membenarkan pengembaraan angkasa jarak jauh.
Dalam masa yang sama, aku akan cube untuk ringankan konteks komik ini supaye tak terlalu kompleks. Supaya selese dibace oleh semua orang. kalau boleh aku nak buat 2 volume aje. Lepas tu aku sambong balek twinx. Hehehe.

Sekian terime kaseh.

Tuesday 6 September 2011

Akibat Terlalu Inginkan I-note

gajet ni produk thailand. takpelah. janji bukan tiruan. dah lame aku kenal produk I mobile ni.


Salam dan selamat sejahtera. Semoga aman dan tenang selalu. Hari ni aku memang fucked up gile. Kisahnye bermula apabila aku mencari produk I mobile yang bernama I-note. Ya. Ia adalah sebuah tablet PC. Dengan perasaan teruja untuk membeli benda alah ini (nak buat barang hantaran kahwin), aku menghabiskan masa 2 hari untuk google bende ni.

skrin 7" pon oklah... janji ringan dan selesa dipegang.


Search punye search, aku dapat maklumat yang menghalakan aku dekat website tempahan hantaran gajet ini. iaitu mobile88. produk tu tak ditunjukkan harga pon. Begitu jugak dengan pembekal sah ataupon authorize dealer. Jadi aku tinggalkan komen dalam tab-buy sell dalam website tu.

Korang nak tau ape jadi lepas tu? E-mel aku dispam oleh pihak luar yang menawarkan harga lumayan terhadap gajet tersebot. secare teknikalnya bukanlah dispam sebab e-mel yang aku dapat tu dari manusie jugak. Bukan dari sistem e-mel automatik.

Tapi tawaran yang aku dapat memang super special macam untuk 3 device dengan harga RM1400. ade yang tawarkan aku RM550 siap dengan free gift dan waranty setahun. Memang murah gile. TAPI siapa nak pakai sampai 3 device sekali gus? Macam mana dengan waranty? Ini disebabkan semue produk yang ditawarkan tu barang import dari luar negara. Entah macam mana payment method yang aku kena buat nanti dan macam mana pulak kalau aku kene tipu? Dahla aku tengah sengkek ni. Nak beli peti ais lagi.

So, aku pon konteklah authorized dealer dari laman sosial facebook. Dia kata, jangan beli barang import ni, sebab takde SIRIM dan dikhuatiri fake. Bio mahal. Kalau ade problem dekat device, at least boleh repair dekat sini jugak. Bukan dekat UK. Dia jugak ade bagi lokasi nak membeli bende ni. Senang.

Aargh... setakat ni aku baru handle 4 e-mel yang masih mengharapkan dan bertawar-tawar supaye aku membeli bende ni. Tak taulah malam nanti ape jadi. Entah ade lagi ke tak?

Device ni sangat best sebab die murah. Kurang dari RM900. boleh masok sim kad plak tu. Kebayakkan tablet yang berjename macam blackberry playbook, samsung shit tab(optional) yang hargenye mencecah 1200 pon tak boleh masok sim kad, cume bergantong dengan wi-fi semata-mata. Dengan tablet I-mobile ni bolehla menggantikan laptop aku sebagai mobil browser yang baterinye cepat beno habes... takde peluang langsong aku nak berinternet diluar rumah. tak sampai 3 jam aje dah mati. Berat die cume 470g aje. Berbanding laptop aku yg 3kg bila masok beteri.

Nak tau lebih lanjot pasal gajet ni, boleh klik link diatas.

Sekian, terima kasih


Sunday 4 September 2011

Riview: Final Destination 5 - Di Summit USJ1

Salam dan selamat sejahtera. Diharap semuanya berkeadaan sihat sejahtera dan tenteram. Aku baru lepas balik dari menonton filem final destination 5 pukul 12.15 tadi. Sebenarnya aku memang takde niat langsung nak menengoknye hari ni... Tapi disebabkan aku ngan tunang aku dah datang jaoh-jaoh ke summit, terpakse jugaklah die temankan aku tengok citer ni sebab boring sangat.

antara filem yang paling aku gemari sepanjang hayat. aku ada koleksi filem dari FD1 sampai FD4.


Bagi aku, filem ni bukanlah dalam kategori sci-fi ke ape... Cuma aku suka tengok orang mati dalam keadaan yang pelik-pelik dan ekstrim yang cuba untuk dipaparkan. Dan yang penting adalah misteri!

Tunang aku tu tak suke tengok cerite ngeri-ngeri ni. Sepanjang dekat wayang tadi pon die asek dok menyorokkan muke aje... hahaha. Ape boleh buat? Dari pade tengok sorang-sorang baek tengok berdue ye tak?

Macam biasela kan FD, cerita pasal sekumpulan manusia yang terselamat dari maut. Dan maut mencari sorang-sorang manusie yang terselamat dari maut yang sepatotnye menimpa mereka dari awal. Setiap kali filem FD baru aje, peminat mesti dah tau basic pasal filem ni... kinda boring jugak sebenonye. Tapi apa yang membuatkan filem ni best, adalah cara sesuatu kerekter itu mati dengan tragis dan misteri sekali. Dan masing-masing cuba sedaya upaya untuk mengelak maut. Kadang-kadang, ada yang tak cuba langsung mengelak maut. Situasi ni biasenye berlaku pade watak yang TIDAK berdamping dengan watak utama. Dan watak yang cube mengelak maut, adalah watak yang rapat dengan watak utama.

Ada juga teori-teori yang dikemukakan untuk mengelak maut, macam dalam FD2, untuk mengelak maut, kita kena selamatkan orang yang hendak melahirkan anak. Dalam FD1, watak utama cuba mengelak maut dengan berkurung didalam rumah dan mengelak dari berinteraksi dengan orang ramai, benda-benda merbahaya dan bencana alam. dalam FD 3 dan 4 pulak, watak utama dan kawan-kawan rapatnya akan berkumpul bersama untuk melindungi nyawa masing-masing dari maut itu sendiri. Dan akhir sekali dalam FD5, untuk mengelak maut, kita boleh korbankan orang lain untuk mati ditempat kita.

Tetapi, akhirnya maut tetap menanti selepas setahun, sebulan tau dua minggu. Apa moral cerita ini? takde sape boleh mengelak maut. Walaupon kita boleh mengelak turutan maut, ia akan datang balik mencari kita bila sampai kitarnya semula...

Apa yang menarik tentang FD5 ni, ia adalah starting point FD1. hahaha... lepas watak utama yang bernama sam tu masuk kapal terbang dan terlihat pergaduhan didalam pesawat dan ada sebut penerbangan itu ke perancis, baru aku sedar, yang scene itu terdapat didalam FD1. cayalah FD. Memang tak pernah menghampakan peminatnye. Hahaha...

sekian terima kasih!