Pages

Nuffnang Ads

Tuesday 22 November 2011

Einstein, General Relativity, Singularity, String Theory, M-theory dan Multiverse.

Salam dan selamat sejahtera. Semoga korang berada didalam keadaan aman, tenang dah sihat selalu. Dah lama aku tak update blog ni. Biasela, dah nak kawen banyak hal yang nak diselesaikan. Kali ni, aku nak ceritakan kat korang satu cerita yang best gile. Mungkin ada yang tak paham, tapi kalau korang bace balik entri ni 2-5 tahun akan datang baru korang paham. Dan mentol didalam kepala korang akan menyala!

Ceritanya bermula macam ni...

Lebih kurang 100 tahun dulu, ade sorang saintis yang bername albert einstein. Sebelom die mati, di ade buat satu teori yang bername general relativity. Ia adalah satu formula yang dapat menjelaskan semua hal yang berlaku didalam alam semesta ni. Termasuklah daya elektromagnet, tenaga elektrik, hinggalah kepada nuclear fusion, bagaimana matahari boleh berfungsi, dan pengembangan alam semesta itu sendiri. Ia juga dikenali sebagai theory of everything. Namun begitu, teorinya masih belum lengkap dan tak sempurna.

antara saintis yang aku kagumi. saje aje aku letak gambo einstein mase mude2 dulu. baru smart.
Kadang-kadang kita tak ambek peduli akan hal ni. Teori sains dan fiziklah yang membenarkan kita menggunakan elektrik dirumah kita pada masa kini. Aplikasi gelombang elektromagnet yang dihasilkan oleh fizik juga membenarkan kita mendengar radio, menonton tv, menggunakan telefon pintar, laptop dan wifi dan beratos2 lagi aplikasi yang berkaitan dengan gelombang radio.

Tapi korang mesti tak tau, yang albert einstein ni penah berkali2 di fuck oleh rakyat amerika yang alim pada masa tu disebabkan teori yang dia buat. Albert einstein adalah orang jerman dan berpindah ke amerika masa WW1 dulu. Dia adalah penganut agama yang berteraskan old testament, iaitu torah dan sum. Senang cerita hebrew bible la. Tapi, semakin lama dia mendekati sains, orang alim disekelilingnya beranggapan dia semakin terpesong dari agamanya.

Dia pernah dihalau keluar dari amerika disebabkan kerjanya yang hebat. Ada orang kata, yang einstein adalah seorang deist, ada jugak orang kate die panthiest. Ke2-2 nya adalah athiest bagi monotheist. Tapi bagi aku, dia adalah seorang yang sangat hebat. Aku berterima kasih banyak-banyak dengan beliau, sebab sekarang aku boleh pakai internet, tengok tv, hantar e-mail, dengar radio dan macam-macam lagi disebabkan teori general relativitynya.

Tanpa saintis, ahli biologi dan ahli fizik, mungkin aku dan kau tak berkesempatan untuk hidup dengan membaca entri ini diinternet dan aku menaip artikel ni menggunakan laptop. Tapi ini cerita lain.

Ok. Berbalik pada cerita einstein, theory of everything yang diciptanya tak berkesan untuk menjelaskan luhong hitam dan kejadian sebelum big bang. Masalah ini dikenali sebagai singularity. Sebelum tu, aku nak mengingatkan yang singularity yang aku maksudkan ni, bukanlah singularity yang diperkenalkan oleh ray kurtzwell. ini einstein punye singularity. Bile2 nanti aku akan ceritakan tentang singularity oleh ray kurtzwell kalau berkesempatan. Aku pernah bagi tau sorang kawan aku, juga penulis komik dan novelis yang agak itelektual dalam hal sains untuk menjenguk topik ini. kalau dia buat dulu, lagi bagus.

Berbalik kepada theory of everything. Teorinya gagal untuk menjelaskan lohong hitam dan keadaan sebelum big bang. Ini menjadikan fenomena ini menjadi misteri hinggalah baru2 ini, ramai saintis dan ahli fizik mula memikirkannya semula setelah sekian lama dipendamkan.

            Apa benda yang menyebabkan diorang berminat balik untuk menyelesaikan theory of everything? Ha... ini yang paling best aku nak cerite ni. Pada zaman moden macam sekarang ni, saintis dah boleh kawal, menganalisis, dan bermain2 dengan atom. Yang peliknya, bile diorang cuba menentukan posisi partikel atom, macam elektron, diorang tak dapat jumpe tempat yang fix. Senang cerite, diorang tak dapat nak jumpe partikel atom tadi di 1 tempat aje. Sekejap ade, sekejap takde. Sekejap kat situ, sekejap kat sini.


partikel elektron yang tak pegun pada kedudukan asalnya, memberi persoalan yang hebat kepada ahli fizik.


Korang mesti boleh paham apa maksud semua ni. Ini bermaksod, partikel tadi tak wujud cuma di alam semesta kita. Ia jugak boleh wujud di alam semesta lain. Dan alam semesta ini terdapat dalam jumlah yang infiniti. Kesemuanya berlainan sikit dari satu sama lain. Contohnya macam dalam alam semesta yang 1 ni, negara kita masih dijajah oleh british. Dan di alam semesta yang 1 lagi pulak, negara kita dijajah oleh portugis sejak dari kurun ke16.

Dan di sebuah alam semesta yang lagi 1, aku dan kau tak pernah lahir.

Jadi, dengan penemuan baru ni, saintis cuba mengaitkan fenomena ni, dengan theory of everyhing. Dari ke einstein, ke stephen hawkings, ke michio kaku, burt ovrut, paul steinhardt, neil turok dan ramai lagi saintis2 lain cuba memikirkan penyelesaian kepada teori ni. Ahli fizik masa kini berpendapat yang alam semesta ini dan segala isi didalamnya dibina dari string (tali) yang halus, lebih halus dari atom dan bergetar dengan frekuensinya yang tersendiri. Korang boleh bayangkan yang semua benda dalam dunia ni, diperbuat dari tali yang bergetar, macam tali gitar atau tali biola. Yang setiap getarannya menghasilkan melodi yang berbeza. Stephen hawkings memanggilnya the mind of god. Dengan ini wujudlah satu teori yang dikenali sebagai string theory.

string atau tali yang sentiase bergetar, bersaiz lebih kecil dari atom, adalah komponen yang membina semua benda di alam semesta ini termasok atom itu sendiri.


Disebabkan ramai saintis berminat dengan teori ini, string teori pulak berpecah kepade 5 aliran yang berlainan. Dimana 5 teori ni, banyak bercanggahan sesama sendiri. Lalu saintis cuba memasukkan banyak dimensi didalam formula masing-masing. Dimensi yang dimaksudkan aku dekat sini macam, kita hidup didalam dunia 3 dimensi. Dimana aku dan kau boleh bergerak kedepan dan kebelakang, kekiri dan kekanan, keatas dan kebawah. Jadi ini dipanggil 3 dimensi. Ade jugak saintis cuba memasukkan dimensi ke-4. iaitu masa. Dan ada saintis memasukkan dimensi ke-5, iaitu extra dimension dan seterusnya.

Macam dah jadi trend pulak diorang ni menambah2 dimensi didalam formula masing2. sampai 1 tahap, saintis sudah menambah dimensi2 tadi sampailah ke 10 dimensi. Dan dimensi yang terakhir yang ditambahkan adalah dimensi ke 11, iaitu super gravity. Aku tak rase dimensi ke 11 ni penting dalam string theory. Tapi diorang tambah jugak. Dan...

1 keajaiban berlaku. Kelima2 pecahan string teori ni tadi, berselaras dengan teori masing-masing. Hilang percanggahan. Dunia yang dari asalnya sebuah tali kini berubah menjadi sebuah membrane yang besar. Apakah maksud membrane? Korang boleh bayangkan yang ia macam sebuah permukaan kain yang rata. Kalau kite tengok balik dari string theory ni tadi, asalnya jirim digambarkan dalam bentuk tali yang bergetar. Tapi lepas ditambah dimensi ke 11, tali2 tadi macam di sulam dan membentuk permukaan membrane! Memang cantik!

selepas tali tadi ditambah dengan super gravity, tali tadi mengembang dan bercantum menjadi membrane.


Dengan ini string theori berubah menjadi M-THEORY, setelah ditambah dengan 11 dimensi! HOLY SHIT! Apa maksud M dalam m-theory? Entah? Ade yang kate membrane, ade yang kate magic, magistic ade yang kate miracle dan ade yang kate MADNESS! So, inilah dia. End produk untuk string theory.

Tapi ini tak menjelaskan macam mana partikel atom tadi boleh berada dekat banyak tempat dalam 1 masa. Jadi ahli fizik cuba menggabungkan m-theory dengan 1 lagi m-theory. Jadi apa yang korang boleh bayangkan sekarang, adalah terdapat 2 buah membrane yang terapung-apung didalam hyperspace. Dimana didalam setiap membrane, terdapat jirim yang juga bergetar, macam yang terdapat membrane yang 1 lagi. Oh! Lupe pulak aku nak terangkan ape bende hyperspace tu. hyperspace, adalah 1 kawasan yang takde masa, takde dimensi, takde perimeter, takde jirim dan jisim. Aku pon tak tau same ade nak menyebot hyperspace ni sebuah ‘kawasan’ ke tak...

Berbalik dengan m-theory, setiap membrane pula mewakili sebuah alam semesta. Dan setiap alam semesta itu sedang mengalami proses pengembangan masing2. Ini adalah sebuah teori yang cantik dan menjelaskan alam semesta kite. Tapi teori ini masih belum cukup untuk diterima oleh sains mainstream. Nak tau kenapa? Sebab kenelah bertepatan atau dapat menerangkan teori big bang. Dalam cerita lain, m-theory harus syncronize dengan teori pengembangan alam semesta.

alam semesta kita yang tak licin, dan tak simetri terjadi semasa big bang.
disebabkan itu, teori membrane tak boleh licin dan rata, sebaliknya berbonjol2.


Macam mana kite semua boleh tau yang alam semesta ni berkembang? Ok. Kite menyimpang ke cerita lain sekejap. Pade 1 mase dulu di zaman einstein jugak, sorang mamat bernama edwin hubble berhenti bekerja sebagai kerani dan menceburi bidang astronomi. Dia meninjau sebuah kelompok bintang yang dinamakan andromeda cluster dengan sebuah teleskop biase. Dia dapati andromeda cluster ini tadi red shifted. Ini disebabkan kesan doppler shift yang berlaku pada objek yang bergerak semakin menjauhi atau semakin mendekati kita diangkasa lepas. Dia dapati andromeda cluster ni tadi bukanlah setakat kelompok bintang. Malah ia adalah sebuah galaksi. Dan dia jugak perasan, yang kesemua galaksi yang berada disekitar juga red shifted (semakin menjauhi galaksi kita). Dengan ini, sebuah kesimpulan dibentangkan, yang alam semesta ini sedang berkembang. Teori big bang juga terhasil disebabkan penemuan ini. Habis cerita.

Balik kemasa kini, sebuah sidang asronomi sedang berlangsung mase tu di cambridge, england. Seorang saintis, burt ovrut, menjadi tumpuan ahli kosmologi yang lain tentang penjelasan m-theory. Masa sidang astronomi tu, burt bagaikan seorang rock star! Tapi, teorinya masih belum syncronize dengan teori big bang.

rock star dalam komuniti sains


ahli fizik lain yang turut menyumbang buah fikiran
3 orang saintis dan sebuah train.


Pada hari terakhir di persidangan astronomi itu, neil turok, paul steinhardt dan burt ovrut, 3 orang ahli fizik yang mempunyai pendapat yang sama menaiki sebuah train untuk menyaksikan sebuah perlawanan copenhogan di london. Didalam train itu, masing2 berbincang pasal m-theory dan big bang. Perbincangan mereka merangkumi tentang misteri big bang dan bagaimana alam semesta ini boleh bermula/tercipta? Mereka dapati, alam semesta ini bukan licin, bukan rata dan tidak simetri. Terdapat galaksi, ruang kosong, cluster dan super cluster yang membuatkan alam semesta ini tak licin dan tak simetri. Jadi, mereka mencadangkan yang setiap membrane ini tadi berlekuk2 dan tak licin. Jadi dengan 2 buah membrane ini mendekati 1 sama lain, dan bersentuhan sesama sendiri, lalu menghasilkan bing bang yang lain. Senang cerita, dengan berlaganya 2 atau lebih dari sebuah membrane, membrane baru akan terhasil.

lebih dari 1 membrane terapung2 didalam hyper space
2 buah membrane merapati antara 1 sama lain
perlagaan sebuah membrane dengan sebuah lagi membrane
membrane baru terhasil dari perlagaan ini


Dengan ini singularity einstein dapat dijawab dengan m-theory. M-theory membayangkan didalam hyper space terdapat banyak membrane ataupun buih yang terapung2 dan berlaga sesama sendiri apabila terlalu rapat kedudukannya. Dan membrane atau buih baru terhasil dari perlagaan ini. Terjawablah semua misteri kosmologi yang kita cari2 selama ini. Matematik dan fizik juga membuat kiraan menggunakan m- theory dan menjumpai lebih banyak lagi buih atau membrane yang lain. Dengan ini, muncullah teori multiverse/parallel universe. Terdapat banyak lagi alam semesta diluar sana yang sudah sedia tercipta dan sedang tercipta pada setiap detik korang membaca artikel ini.

gambaran multiverse/parallel world mengikot m-theory


Dengan kesimpulan ini, alam semesta yang kita diami ini taklah seistimewa mana. Namun, ini hanya teori yang dijanakan oleh model, kiraan dan formula. Dalam 2-3 tahun akan datang saintis akan melancarkan kapal angkasa big-bang ditector yang boleh mengesan membrane, buih atau alam semesta yang baru atau sedang tercipta. Ada ahli fizik juga berpendapat setiap alam semesta ini bersambung dengan tali pusat, macam tali pusat bayi yang baru lahir tula... dan tali pusat ini bersambung dengan tali pusat membrane yang sebelumnya atau dengan kata lain, parent universenya. Dengan kata lain, tali pusat ni kite boleh kenali sebagai worm hole.

Macam mana pulak kalau kita tak dapat kesan ape2 dengan big bang detector itu? Ini bermakna, m- theory salah. Atau peralatan untuk mengesan big bang ditector ini masih belum cukup lengkap. Cuma masa aje yang boleh menentukan yang teori ini betol atau salah. Kalau salah, memang rugila... sebab kiraan matematiknye sunggoh cantik dan tepat... huhuhu... kalau teori ini dapat dibuktikan, maka ia akan menjadi sains mainstream dan akan keluar dibuku-buku sains anak2 dan cucu-cicit kita nanti. Hal ini bakal mengubah pandangan kita (manusia) terhadap sains, agama, tuhan, teknologi dan macam2 lagi. Only time will tell!

professor michio kaku. saintis yang paling aku minati pada masa kini. ni la orang jepon yang paling fasih berbahasa inggeris yang pernah aku kenal. kepale otak mamat ni memang sangat bergeliga. sekali dengo 1 ceramah sains beliau, boleh pecah kepale jugak aku...


Ade orang tertanye2, kenape aku suke sangat study pasal bende2 mengarut ni? Atau kenape aku tak jadi saintis ke ape, padahal aku takde diploma ke ijazah atau master pon dalam bidang berkenaan? Well, secare jujurnya, aku cume pelukis komik. Tapi aku jugak seorang penulis komik. Dan cerita komik yang aku tulis kebanyakkannya adalah sci-fi. To be honest, pembaca2 dekat malaysia ni sangat bijak dan pandai serta cerdik. Bila cerita dalam mane2 komik tak mengikot fakta, mereka pandai bersuara. Dan menyatakan komen masing2 didalam blog sendiri, bertanyakan didalam facebook, e-mail dan sebagainye. Cakap itu tak logikla. Itu tak boleh jalanlah, itu tak boleh pakailah dan sebagainya. Siriusly, ini memang komen yang membina dan menjadikan aku lebih teliti dalam penceritaan aku.

Kite kene paham. Maksud sci-fi, adalah sains fiksyen. Ataupun fiksyen sains. So, tak semestinya sesuatu teknologi atau fenomena didalam komik kita bertepatan dengan realiti. Senang cerite, aku boleh reka cerita dengan sesuatu tanpa menghiraukan hukum fizik dan realiti. Disebabkan hal ini (pembaca terlalu pandai), aku tak mau ade cacat yang jelas dalam penceritaan komik aku. Dengan itu, aku belajar semua haram jadah sains ni, supaye pembace boleh terimanya seiring dengan sains mainstream dan realiti. Kalau ade yang tak boleh terima jugak, aku dah tak peduli. Aku dah korbankan banyak mase untuk belajar semua ni. kalau ade yang tak suke sebab aku cerita pasal 1 benda yang menyeleweng ke, aku akan cakap, hoi! U r the one who fucking ask for this, u mother fucker!

Kalau aku ada masa, entri lepas ni aku nak buat pasal singularity yang diperkenalkan oleh ray kurtzwell pulak. Aku jamin, topik ni takde sesiapa pon yang boleh nafikan dan semue orang boleh paham dengan jelas. Dan yang paling best, korang akan bersetuju dengan apa yang singularity bakal hidangkan untuk korang semua. Sekian terima kasih. Majulah komik sci-fi untuk negara!

Saturday 5 November 2011

Berhenti Berilusi, Terima Realiti

 

I felt your grip begin to fade
You kept me tied, blind and afraid
But then I broke you and saw
The look on your face said it all

So could you feel the way I felt
Did you kneel the way I knelt
Did you stand up and yell
Pleading for someone to help

Or listen to reason
Open your eyes
It’s a wonder what you’ll find with an open mind
You may be surprised
Yeah

Gotta get away from this illusion
For the sake of the world, this delusion
It’s gotta, gotta, gotta go-ooh
Yeah-ooh

If the dark is just a thought
Then the light is in your mind
The lies we tell ourselves
Will ruin the world with time

Did you feel the way I felt
Did you kneel the way I knelt
Or did you look up and stare
Waiting for your acts or prayer

Won’t you listen to reason.
Will you open your eyes
It’s a wonder what you’ll find with an open mind
You might be surprised
Yeah

Gotta get away from this illusion
For the sake of the world, this delusion
It’s gotta, gotta, gotta go-ooh
Yeah-ooh

Gotta get away from this illusion
For the sake of the world, this delusion
It’s gotta, gotta, gotta go-ooh

When is it enough
When will we all wake up
So look around
And see what’s right before your eyes
No control beyond these skies

Gotta get away from this illusion
For the sake of the world, this delusion
It’s gotta, gotta, gotta go-ooh
Yeah-ooh

Gotta get away from this illusion
For the sake of the world, this delusion
It’s gotta, gotta, gotta go-ooh

Read more: Bryan Steeksma Listen To Reason