Pages

Nuffnang Ads

Sunday 19 August 2012

Review Starship Troopers Invasion


Aku jamin korang yang pernah tengok filem starship troopers mase tahun 90-an dulu tak mahu miss tengok filem CGI sci-fi yang penuh aksi ini. Filem asal starship trooper dihandle 100% oleh orang putih. Tapi untuk filem CGI kali ni, diarahkan oleh Shinji Aramaki dan kesemua animasi CG ini dilakukan oleh orang jepun dan sedikit orang korea. Dan kualitinya sangat mengagumkan.
reka bentuk suit trooper yang sangat canggih. Ala-ala suit trooper dalam game HALO gitu
 Sekilas pandang, kerekter dalam filem ni ada yang nampak macam karekter dari game metal gear solid, begitu jugak dengan suit tenteranya yang canggih ada feel MGS. Karekter Johnny Rico pun nampak macam solid snake! Haha!

Kisah ini menceritakan krew kapal Alicia yang diarahkan untuk menyelamatkan survivor yang terdiri dari trooper, banduan askar (Hero), perisik tentera (Carl Jenkins) dan kapten kapal (Carmen Ibanez) dari serangan serangga alien yang tak terkira banyaknya terhadap Fort Casey.
Fort Casey adalah pangkalan tentera persekutuan yang bertapak diatas sebuah asteroid.

askar serangga yang sangat ramai dan susah dibunuh.
askar serangga ini juga mempunyai abiliti untuk hidup di angkasa lepas tanpa bantuan oksigen. Menjadikan ia musuh yang sangat sukar ditewaskan.
 Namun begitu, perisik tentera yang asalnya nak diselamatkan tu belot, dan melarikan diri bersama sebuah kapal bernama John A. Warden bersama-sama kargo rahsia, iaitu seekor permaisuri serangga yang sangat kuat. Salah satu abiliti permaisuri serangga ini adalah mengawal kapal angkasa, dan menghasilkan tentera serangga yang tak terkira banyaknya dan juga kuasa psikik. Siapa pernah tengok filem starship trooper yang terdahulu, akan paham ciri-ciri ni yang biasa ada pada queen bug.

Dan queen bug itu telah mengawal kapal john A. Warden dengan tujuan menghempaskan kapal itu ke bumi dan membiak di bumi.
Kapal angkasa John A. Warden melalui wormhole untuk jalan singkat ke bumi.
pangkalan satelit L-6 yang di handle sendiri oleh johnny rico.
dalam cerita ni, Johnny Rico dah naik pangkat jadi jeneral.
Jadi misi tentera didalam kapal Alicia ni tadi ialah untuk menawan semula kapal John A. Warden dan memusnahkan semua serangga alien termasuk queen bug itu tadi. Di dalam filem ni jugak, macam-macam senjata baru yang tak pernah ada dalam file starship trooper ditunjukkan. Macam meriam laser yang bapak besar, bom nuklear, mecha baru yang digunakan untuk menentang serangga alien. Memang cool gila...
design mecha ni pun nampak macam mecha didalam game MGS.
 Ini pendapat aku bagi filem ni- Plot cerita sangat bagus. Aksi sangat dramatik dan mendebarkan. Mecha, awek CGI yang vody vaek. Kapal angkasa yang canggih dan peralatan ketenteraan yang sangat cool. Cuma aku tak puas hati filem ni Cuma 1 jam setengah. So, mengikut penilaian aku, aku bagi filem ni

Wednesday 15 August 2012

Rancangan Awal Proposal Twin-X#5


Dari dua minggu lepas, SEMUA kerja freelance, commission, art-trade tak kiralah online ke, dalam dunia sebenar ke, semuanya dah aku siapkan. Aku berasa sangat lapang. Kini masih menunggu duit masyuk. Disamping menghabiskan hari-hari terakhir di ofis untuk bercuti panjang. Agagaga.

Apa yang aku risaukan adalah, aku jarang boleh rilek-rilek macam ni. Nanti bila-bila masa job masuk, sekali melambak masuk. Bila dah melambak masuk, aku jadi pening dan terpaksa buat pilihan, nak tolak yang mana satu? Bukannya aku saja nak tolak ke apa... Cuma aku tak suka kompeni sekian-sekian bagi deadline pendek sangat. Time aku rilek-rilek tak nak bagi. Time aku tengah menggelabah, bagi selonggok. Maijiet.

Sebut pasal deadline pendek sangat ni, aku pernah buat freelance dengan kompeni ilustrasi kat puchong tahun lepas. Job berkenaan deadlinenya cuma seminggu lebih. Ilustrasi yang harus dilukis pulak adalah berjumlah 82 unit. Sebab sangat rumit dan aku terpaksa banyak buat research sikit untuk menyiapkan ilustrasi berkenaan. Ia adalah ilustrasi untuk beku teks tingkatan 5 tak silap aku. Bekenaan drama kehidupan orang kampung dan berkaitan dengan hutan dan tumbuhan.

Ini menyebabkan aku terpaksa topup broadband aku hampir setiap minggu untuk mencari gambar tumbuhan-tumbuhan tertentu untuk dibuat rujukan. Ini memang aku takde masalah. kerja tetap kerja. Bayaran yang diberi taklah mahal sangat. Tak sampai rm500 pun untuk 82 ilustrasi.

Yang aku bengang sangat tu, deadline seminggu lebih, tempoh menunggu untuk mendapatkan bayaran adalah 2 bulan.

FUCK! FUCK! Maijiet!

Ada jugak job yang aku buat baru-baru ni dah siap dan dihantar bulan lepas. tapi hujung minggu hari tu aku cek belen dalam bank aku takde pertambahan la pulak. Deja vu? Mother fucked la aku macam ni... shieth! Fuackh!



Okey. Cuti seminggu nanti memang aku nak bercuti sekejap aje. Lepas tu aku akan terus balik ke sini. Rancangan adalah untuk membuat proposal twin-x#5 aku. Holy shit. Inilah kali pertama aku buat proposal untuk volume twin-x. Padahal sudah bertahun aku lukis komik ni.



Kepada peminat twin-x semua yang sabar menanti, janji siap, eh, janji mesti ditepati. Komik twin-x#5 akan terbit tahun depan. Hujung tahun kot. Agagagaga.

skymaster - warlord, jentera baru joshua didalam twin-x#5
vhecm - forbidden, jentera yang akan dipandu aizam dalam twin-x#5


Akhir kata, selamat bercuti dan selamat balik kampung. Kepada sesiapa yang takde kampung macam aku, duduk dalam rumah diam-diam buat kerja, jimat duit.
Dan yang paling penting, BERHATI-HATI DIJALAN RAYA!

Sekian terima kasih.