Pages

Nuffnang Ads

Saturday, 15 November 2014

Terima Kasih Sains


Sepatutnya aku kena letak entri pasal benda lain. 
Tapi tak jadi. Belum boleh lagi. Aku nak perkenal group sains fb, APOSL. Aku kenal grup ni tak sampai setahun. Itu pun main pergi aje takde niat nak jatuh cintan ke rasa sense of belonging ke. Takde. Aku ingat aku orang seni, kartunis, illustrator, mangaka whatever you wanna call it. Tapi aku silap. Ada side dalam diri aku yang aku baru kenal sejak 5 tahun ni. Aku sukakan kebenaran, aku sukakan sains. So, yeah. Local science group meet up? Sure.
baju hari tesla


bulan lepas, APOSL ada buat gathering sempena hari tesla. Sepatutnya kitorang dapat tempat kat pusat sains negara kat damansara untuk program hari tesla ni. Tapi last minit, pepper, founder APOSL dapat notis yang permintaan ditolak padahal event tu Cuma dalam seminggu aje. So, fuck it, pepper buat semua ni kat rumah mak dia kat mana entah aku tak ingat holyshit. Ia adalah tayangan video tentang nikola tesla, apa sumbangan dia dekat dunia moden, apa kejayaan dia, apa benda yang dia ingin sangat nak invent, kegagalan dia, dan macam-macam sejarah hidup tesla. Kalau ada sesiapa tak kenal nikola tesla, aku tak taula nak cakap apa. Mungkin pendidikan sains kat sekolah2 kita tak cukup bagus lagi.

benda yang paling berguna, juga yang paling penting dalam kehidupan moden kita, adalah motor janakuasa elektrik dan jugak kuasa AC. Kuasa AC adalah current yang keluar dari soket 3 lubang yang ada kat mana2 rumah kita. Kalau dekat amerika, mungkin soket tu ada 2 lubang aje. Tapi yang penting ia adalah kuasa AC. Ia dihasilkan dari motor janakuasa yang terdiri dari gelung dawai yang memotong medan magnet. Kita panggil ia sebagai AC motor. So, whats a big deal kalau kuasa AC takde? Pernah dengar nama thomas edison? Mamat ni jugak inventor macam tesla, lagi awal dari tesla. Tapi dia advocating penggunaan kuasa DC. Kuasa DC dalam contoh paling senang nak tunjuk adalah bateri. Korang bayangkan kalau kuasa AC takde, dan semua benda peralatan elektrik macam PC, TV, mesin basuh di kuasakan oleh bateri, isnt that fucked up? Kau nak cas henfon pun susah dengan kuasa DC yang dihasilkan bateri sangat terhad. Now you know.
 
Ciptaan penting dia yang lain juga termasuklah alat kawalan jauh (radio control). Tanpa benda ni, kita takkan ada wi-fi, telefon bimbit, bluetooth dan macam2 lagi aplikasi yang melibatkan gelombang radio. Dan yang paling best, tesla tak pernah claim royalti pun untuk segala ciptaan dia. Dia mati pada umur 80 lebih dekat hotel dekat new york  dalam keaadaan papa kedana. Ironinya lepas kematian tesla, barula komuniti sains nak canangkan nobel prize untuk testa untuk best invention.

dalam masa yang sama, tesla jugak tak kawin, tak ada anak, so memang bakat dia tak dipasskan turun temurun. Rugi gila, sedangkan pelakon popular perancis pon dah sangkut dengan dengan tesla ni. Tapi tesla ni terlalu asyik dengan idea dia, dan passion untuk terus mencipta benda baru, yang bermanfaat kepada semua orang. Bagi aku what a waste sebenarnya. Tesla jugak salah sorang hero aku selain charles robert darwin. Bezanya, charles darwin ada anak, ada cucu, ada cicit. Keturunan darwin masih ada sampai sekarang dan salah sorang darinya penulis skrip untuk filem. What a waste tesla, what a waste.

dalam masa yang sama, dapat kenal dengan ahli baru APOSL. Dan sorang ahli lama APOSL yang baru first time aku jumpa. Haha holyshit. Ada 3 orang melayu sorang dah kerja dan 2 dari universiti tempatan join. Masing2 ambik kursus fizik. Holyshit. Bukan calang2 diorang ni. Akhirnya ada jugak geng melayu dalam grup ni. Kawan2 yang memenati sains sebelum ni, kebanyakannya cina, ada singh sorang. Aku bukan rasis ke apa, Cuma bangsa aku sendiri yang aku kenal macam bodoh2 belaka. Kerjanya asik nak ugut bunuh orang, bertekak pasal isu bangang (pegang anjing pon jadi isu, pegang awek boleh pulak), kerja asyik nak membenci bangsa lain, agama lain yang tak sama dengan sendiri punya serta  fahaman lain (bukan main buat kempen anti oktoberfest, sembelih lembu depan kuil hindu kat bukit rotan sempena raya haji boleh pulak). Apa benda semua ni? Sangat memalukan. Kuasa apalah agaknya yang membuatkan bangsa aku ni penuh dengan kebencian?

Dan aku jugak dapat jumpa ada sorang amoi sabah ni, add fb aku awal tahun dulu, langsung tak communicate ngan aku time tu. So, aku buat tak taula. Tapi lama2 aku tengok post dia, like dia banyak pasal sains dan rational thinking. aik? aku punya klon ke? And of course, I’d give a damn about science so much. 7-8 bulan lepas tu tak sangka pulak dapat jumpa dia kat gathering APOSL. Dia cakap dia ambik kursus kimia kat uni sabah dan minat quantum mechanic, adoi, fuck, aku kalah. Korang studyla quantum theori kalau berani, mau jadi pecah kepala. Einstein sendiri pon pecah kepala pasal quantum theory dan banyak tak setuju dengan neils bohr tentang realiti dunia quantum.

pada akhir perjumpaan sebelum diorang balik, aku cakap dengan amoi sabah ni supaya join cosplay kat comic fiesta 2014 ni sebab aku nampak dia ni open minded. Dia kata OK. Aku cakap; What? Senangnya. Pastu aku ajak sorang lagi amoi ni, dia ni ahli lama APOSL sebab aku memang dah lama nak cakap. Dia kata tengok dulu, dan dia sangat bangga sebab aku ada guts untuk ajak. Howlyshiet. Aku sangat suka dengan ahli2 group ni.

aku, pepper dan 2 orang ahli baru tadi stay sampai last sembang2 pasal macam2. entah kenapa, aku rasa tak kira siapa pun kita, lahir dalam tradisi apa pun, kalau engkau suka sains, minat sains, peduli akan kebanaran, engkau dan aku akan cari jalan dan berjumpa dengan sesama sendiri. Itulah yang aku nampak bagi part aku.  

bila aku fikir balik, aku pi kerja 5 hari seminggu tido kat ofis, lepastu balik rumah, sunyi sepi takde siapa. Depressed, lastly get drunk like shit and hangover the next morning. Is there any purpose of life for me? Ada. Group APOSL banyak tolong aku handle depression terutanya pepper. Dia buat aktiviti group tiap2 bulan, supaya kitorang boleh gather together. Find someone to talk, find shoulder to cry on. Find the meaning of life in the name oh science. Aku sangat setuju, because the only thing we had in this life is each other. Human beings.

so, pepper tau aku depressed. Aku tak pi klinik untuk test, Cuma sekadar self diagnose dan bukan boleh diharap sangat. Human jugdement always wrong about something. Tapi aku ada tengok video kat youtube tentang tanda2 depressed, memang aku layak untuk itu. Dia ajak aku pi gathering sempena APOLS’s Story of science vedio show beberapa minggu lepas. Aku cakap aku depressed, aku tak mau pergi. But he still insist that I go. Okla. Tengahari aku pon gerak ke PJ dengan berat hati, duit dalam poket pon tak banyak. Sampai tepat pukol 5 dengan sorang ahli lama. Masok2 dalam rumah pepper, fuck me, MY PEOPLE! Ada 4 orang 2 darinya aku kenal sangat2 dalam fb. Holyshit memang awesome. Hilang sikit kemurungan dan tekanan. Lepas sembang2 kenal2 sikit. Pepper set up video the story of science. Semuanya ada 6 siri.
-What Is Out There?
-What is the World Made of?
-How Did We Get Here?
-Can We Have Unlimited Power?
-What Is the Secret of Life?
-Who Are We?

pepper tanye nak play siri mana? Masing2 yang lain macam tak ambik peduli. Aku cakap how did we get here? So pepper pasang video tu. Padam lampu, bukak keropok, layan. Pada masa yang sama ada ahli2 baru yang datang.
Ramai jugak melayu yang datang kali ni. Aku bangga sebab akhirnya ada segelintir dari bangsa aku yang minat akan sains dan rational thinking. Howlyshiet! Lepas habis rancangan kitorang perkenalkan diri masing2. ahli APOSL memang ada good mix, ada variety. Ada student, ada IT guy, ada mobile apps guy, ada tukang masak restoran indon, ada chemist, ada kartunis, ada cikgu tuisyen, pembantu opis dan real estate guy. Memang terbaik.

lepas sembang2, teng te teng, amoi sabah tu datang dengan kawan dia. Sebelom ni dia cakap nak buat cosplay, nampak macam aku paksa dia, tapi dia cakap dia nak buat jugak. Agak plek kenapa padahal, benda ni bukan bidang dia pun. Lepas tu kami keluar makan malam kat bazar makanan cina. Memang ini satu pengalaman baru. Dulu berpuluh tahun masa aku keluar dengan leong (sorang kawan cina aku kenal dari sekolah mengah sampai sekarang) pon, dia tak ajak aku pi makan kat restoran cina sebab terlalu respek dengan tradisi orang melayu.

lepas makan malam kami balik kerumah pepper, tinggal 4 orang. Semua orang dah balik, biasala malam minggu, siapa tak nak pi enjoy? Aku stay to the objektif dengan pepper, dia kata nak tolong aku. So kitorang sembang2 sampai pukul 10 suku malam pastu bersurai. Pepper ada bagitau, kalau depressed, jangan duduk sorang2. hujung munggu jangan get stoned/drunk. Pergi keluar, ambilk gambar (pepper tau aku suka photography), pergi jumpa kawan, besembang, tengok wayang dengai amoi ke, ape ke, just jangan stay sorang2.

besoknya aku update status pasal depression kat fb aku. Teng te teng... takpe. Hal ni biar aku aje yang tau.

minggu depannya pepper ajak aku pergi kampung hakka untuk photography masa hujung minggu. Aku agak terharu. Orang ni dari bangsa lain, membesar dalam tradisi yang bukan aku dibesarkan. Tapi sangat caring, dia siap tawarkan aku perkhidmatan print baju. Aku boleh print baju aku sendiri dengan design aku, keuntungan aku sendiri boleh ambik. What the fuck else can you say? You tell me. Tapi aku dah ada plan lain, aku nak jumpa mak aku. Aku rasa mak sendiri adalah teman sembang yang paling best. Yup, we both have different opinon about reality, but fuck, she still my mom. And we understand each other, respect each others opinion and that’s what all family should do. Mak aku pun ajak aku datang minggu satu lagi, tapi aku nak keluar dengan kawan tengok filem sci-fi interstellar kat panggung wayang. Hari sabtu aku gerak pi cinema kat AEON cheras selatan dan ia memang sebuah movie yang sangat awesome! Nak dekat 3 jam jugak cerita tu. I dont give a shit also about the scientific accuracy of this and that in that movie coz it was very3 satisfiying.
AEON cheras selatan
Interstellar, badass motherfucking sci-fi. bilela boleh download 1080p punye?

balik rumah, pepper call ajak minum beer hari ahad. Aku tolak sebab nak melukis. Sebenarnya duit dah tinggal sikit. Nanti malam mesti nak makan punye kan. So, ahad aku stay. Dia wassap aku balik, ajak aku pi
APOSL Talk - AIDS Immunity by Dr. Lyana Khairuddin, sabtu minggu ni. Dia nak aku ambik gambo macam biasa. Aku set! Yang ni aku suka sebab talk disampaikan oleh orang yang betul2 buat kajian tentang AIDS. Lagipun ada sorang manusia ni yang aku betul2 nak bersembang dengannya. Hari tu jumpa masa story of science tak sempat berkata apa langsung. Maklumlah, orang tu sangat famous. Dengar dia kata nak ajak bersembang pun aku dah rasa bangga sedangkan aku cuma small fry. Hahahaha.

well, sampai kat sini aje leteran aku. Rajin pulak aku, taklah. Ni berapa bulan entah punya entry terkumpul tapi tak sempat nak update. Besok nak pegi dengar talk about AIDS. Kalau ada sesape berminat nak join kelab sains kami yg tak seberapa ni, search aje nama APOSL kat facebook. Kami sangat mengalu2kan.

ok li, cau cin cau zrass!!

No comments:

Post a Comment