Pages

Nuffnang Ads

Saturday 17 January 2015

Memory: The Ultimate Time Travel


dalam minda aku, aku banyak kali fikir, kalau aku ada mesin masa kan bagus. boleh aku ubah sesuatu perkara pada masa lampau supaya pada masa depan aku tak begitu depreesing dan FUCKED-UP. ardamalech dalam imaginasi aku (2014) ada capibility sebagai kapal angkasa yang boleh handle tekanan hyperspace atau black hole (yang pastinya sangat mustahil) dilengkapi landing module untuk mendarat ke bumi/mana2 planet yang compatible.
Sebulan ni aku banyak sangat kemas rumah, buang barang, susun atur barang dalam rumah. Sampai jiran dan tuan rumah tanya “nak pindah ke?” aku cakap “fuck no, why would I?” bagi aku rumah ni tak la best sangat. Ada 2 bilik aje. Panas gile babi pulak tu. tapi somehow ia special buat aku. Banyak memori aku kat sini dewasa ni. Btw, rumah ni bukan aku yang carikkan, bukan aku yang pilihkan. Sepatutnya aku masih dekat semenyih atau USJ16 kalau dalam many world interpertation (teori quantum) aku buat pilhan lain dalam hidup aku.
"dalam kepala otak aku masa ni, "mak, jom balik. lets make this a good prank". tapi dalam masa yang sama, aku cakap, "mak, lets do it" [24/12/2011]. dalam quantum interpretation, mungkin aku sudah split universe kepada 2 jalan yang berlainan arah.

Bulan lepas aku cek balik komen2 dalam blog ni. Ada anonymous tanya aku 2 kali soalan “bolehkah masa diubah dan bolehkah masa diubah?” nampak sangat silap aku sebab tak cek langsung komen2 yang masuk dari pembaca/pelawat blog. Kiranya commenter ini macam sangat2 nak tau samada kita boleh balik ke masa silam dan membetulkan sesuatu atau mengubah sesuatu. So, jawapan aku tak boleh. Alam semesta yang kita huni ini berkembang setiap saat secara exponential. Bukan menguncup balik. Masa mungkin boleh diperlahankan sampai ketahap hampir boleh diberhentikan. Contohnya berdekatan dengan black hole, masa yang berlalu disitu tak sama dengan masa yang berlalu di space biasa. Tapi masih tetap tak boleh undur kebelakang.
berkemungkinan besar, berkemungkinan aku tak akan berada kat sini dalam quantum mechanics, many world interpretation. disebabkan perkara yang kita dah decide lebih awal, possibilities untuk sesuatu branch dalam mulityverse akan berlaku dan menjadi realiti. fuck.

Saintis2 terkenal macam albert einstein cakap, time travel adalah possible dengan memasuki worm hole. Contohnya kalau wormhole itu dapat dikawal dan hujungnya (exit hole) ditarik cukup panjang ke space lain, berkemungkinan objek yang keluar dari hujungnya akan end up di masa yang lain/masa yang dah berlalu. Jadi time travel possible? Mana satu? Boleh atau tak boleh? Kalau boleh, aku ada komen berkenaan time travel paradox.

Ia dipanggil the granfather paradox. Ia berbunyi macam ni. Katakanlah ye, katakanlah aku ada mesin masa untuk balik kemasa silam dan berjumpa dengan datuk aku/embah aku masa dia muda, lepastu aku bunuh dia. Disebabkan tindakan aku itu, mak aku atau bapak aku tak akan wujud. So macam mana aku boleh lahir dan naik mesin masa lalu kembali ke masa silam?? Itulah dia the grandfather paradox. Tak masuk akal.

Aku tak mau bercerita tentang multiverse/many world interpretation dalam quantum mekanik. Sebab ia agak menyimpang jauh dan aku tak rasa benda2 tu time travel yang legit. Bagi aku ada lagi satu jenis time travel yang agak funky dan sangat menarik.

Bau-bauan
Lepas duduk di sesebuah kawan, contohnya hostel, rumah sewa, rumah kampung mak bapak. Deria bau kita akan kenal bau disekeliling kita pada masa tu. disebabkan masa berjalan, kita tak boleh duduk terus disesuatu tempat. Kita akan berpindah ke tempat lain, rumah lain kawasan lain. Jadi kita tak merasa bau yang biasa kita hidu tu. entah macam mana dalam tempoh selepas2 tu, kita pergi melawat rumah kawan/saudara/bos bau yang pernah kita hidu pada satu masa dulu dikesan balik oleh deria hidu kita. Serta merta, BANG! Otak kita mula mencari2 dekat mana aku pernah hidu benda ni. Memori kita mula membukak balik laci2 lama yang dah bersawang didalam sudut yang dah lama tak disentuh dalam otak kita.

Penglihatan
aku dan pepper bertemu di animagaki 2014(9/08/2014). ia adalah pertemuan yang agak mustahil pada masa itu disebabkan dia bukan dari bidang ini. fuck. why the fuck someone from freethought/science community nak bergi ke tempat yang macam ni?
Masa kemas2 barang hari tu, banyak benda2 relics yang aku jumpa, siap ada bau2 yang unik dekat barang2 tu, contohnya bau dari kertas lama, bau baju, bau buku2, bau pewangi bilik air yang masih berisi dan macam-macam barang. Ada barang yang aku tengok dan belek lama2. serta merta otak aku carik balik, bila masa aku kenal barang ni. Beli dekat mana, beli untuk siapa, beli dengan siapa. Bila dah dapat carik laci yang dah bersawang dalam minda tu, macam2 memori keluar. Tengok stokin pun, my shit aku ingat ni sapa punya. Teringat macam2. benda yang cantik, benda yang menggembirakan, benda yang just nice and sweet. Dalam tak sedar, aku tersenyum sorang2. haha.

Bunyi
kucing keluarga aku yang pertama, pertama yang aku panggil nyalhah.  gambar ni diambil kat semenyih pada 21/4/2012 dan hilang masa kat sg buloh. aku rasa aku ada jumpa dia dalam setahun ni. tapi aku buat tak tau/tak cuba nak ambil balik coz it hurts. bunyi dan suaranya masih sama suma agak low tone sikit, sikit.
Tak semua bunyi akan membuatkan kita periksa balik memori lama. Sebab you know, its just bunyi. Hari2 kita dengar macam2 bunyi disekeling kita tanpa give a shit pun apa peranannya dalam memori. Tapi bagi aku, aku ada memori yang agak, agak kuat bila ada sesuatu yang trigger deria2 gampang ini. contohnya bila dengan lagu2 lama (macam lagu gundam), lagu anime, lagu game (fortissimo), aku boleh ingat balik dekat mana aku pada satu masa dulu diwaktu aku suka dengar lagu berkenaan. Dengar lagu opening game candy crush aje pon dah boleh triger time machine dalam otak aku. Aku dengar dengan sapa, dekat mana, ada siapa2 yang special ke masa tu. its just a freakishly weird and awesome thing.

Rasa
Ini efeknya lagi lemah dari bunyi dan yang lain2. sebab ada certain behaviour yang kita tak boleh tinggalkan terutama dalam bab makanan. Dalam keadaan tertentu, ada jugak jenis2 makanan yang kita tak jamah buat satu tempoh masa yang lama. Tiba2 pada suatu hari, kita makan balik benda. Pada masa itu baru kita mula tertanya2, my shit... kat mana aku pernah makan benda ni dulu? Siapa yang bagi aku makan benda ni? Tapi again, ia bukanlah efek time travel yang kuat. Aku pon sekali2 aje rasa efek ni. Sebab tujuan aku makan adalah untuk kenyangkan perut dan terus hidup.
aku tersangat sangat pokai pada masa ni tapi berasa sangat infinitely happy yang tak terhingga. dayum shit fuck its a good memory. dayum. fuck. shit.

Dan akhir sekali, video dan gambar/photography
Yeah... ini benda yang aku paling suka. Memori boleh diubah, ditokok tambah, dimanipulasi detailnya. Tapi takde siapa boleh tipu gambar. Kalau ada penipuan dalam gambar, kita akan perasan kat mana yang silap. Sebab diri korang ada dalam gambar tu (sekurang2nya). Aku ada koleksi gambar yang diambil secara rigoriously melalui telefon bimbit sejak dari tahun 2004 sampai sekarang. Kebanyakannya disimpan didalam photobucket. Zaman tu google play dan android OS tak wujud lagi. Ou shiet~~ gambo mms amoy selfie tayang bikini g-string hitam bontot puteh pon ade dalam google plus. Howly shiet! Cheeses christ! Fuack~~ Memang sangat kuat kesan time travel dari gambar. Otak kita lagi cepat ingat akan sesuatu hal yang berlaku pada masa lepas. tengok satu gambar ni, BAM! Terus ingat engkau dekat mana pada masa tu, buat apa, dengan siapa, sampai tahap kau boleh ingat perasaan macam mana yang engkau rasa pada masa tu. howly shit. This is a very powerful thing. Dalam taksedar aku ketawa sorang2, mencarut sorang bila tengok sekian2 gambar. Dalam kes tertentu aku bertanya sendiri “why the fuck ko ambik gambar macam tu?”
gambar sebelum aku decide untuk mengambil keputusan besar. fuck this shit guys, I'm already at broga hill you bitch!

Memori adalah satu bentuk time travel yang bagi aku, sangat menarik. Melalui deria bau, pandangan, bunyi, rasa dan gambar, kita boleh lawat balik kawasan yang dah lama tak disentuh didalam kepala otak kita. Walaupun perkara yang dah berlaku itu tak boleh diubah, ia tetap memori yang bagus. Tak apa kalau tak dapat betulkan silap dulu2. kalau kita dapat betulkan silap2 berkenaan, kita tak belajar apa2. Aku admit, aku takde pengalaman, memori yang paling bagus dalam dunia. Lagi banyak keperitan dari kebahagiaan dan kesenangan. Tapi aku sangat hargai memori berkenaan. Memori membuatkan sorang individu itu unik dan membuatkan kau adalah kau.

Tahun 2015 agak special bagi aku. Ia adalah tahun ke 10 aku berkayra secara mainstream. Review selepas ni memang aku bercerita tentang perjalanan aku dalam liku2 industri komik tanah air. Sampai kat sini aje setakat ini.

Cau cin cau.


main page

4 comments: