Pages

Nuffnang Ads

Monday 1 October 2012

Review Nokia 808 Pureview oleh Pac




Dah lebih kurang 3 minggu aku pakai henfon ni, baru aku boleh review sekarang. Sebelum tu, sejarah henfon yang pernah aku miliki, sagem c950b, nokia 3315, nokia 6600 (kamera 0.3mp), nokia 6680 (1.3mp), nokia 3250XM (2mp/EDOF), nokia 5700XM (2mp/EDOF), nokia 5800XM (3.2mp/AF). Dan kini nokia 808 pureview (41mp/AF).

aku tak masukkan i-mobile i note dalam list ni, sebab bende tu lebih kepada tablet. aku memang peminat gajet.

i-mobile i-note


Bini aku lagi canggih, semua henfon yang dia miliki, mengikut turutan megapixel, itu termasuklah 5mp yang tak pernah aku miliki. Aku lompat dari 3.2mp terus ke 41mp.

*Diingatkan jugak, semua henfon yang aku pernah miliki, takde satu pun aku pakai masa
 zaman sekolah. Semuanya aku beli masa sudah bekerja.
kotak 808
micro usb charger. usbnya boleh dicabut dari badan charger untuk dijadikan data cabel.
kalau korang beli henfon ni, korang dapat skali earfon mahal nokia ni. memang earfon paling best pernah aku jumpe selain dari jenama phillips.
 
Nokia telah melancarkan smartphone nokia 808 pureview pada 3 bulan lepas. ia adalah smartfon yang fungsinya lebih kepada kamera. Ia dilengkapi dengan kamera 41 megapixel, 38 megapixel berkesan, carl zeiss optics. Sambil tu ada xenon flash untuk penggambaran dalam keadaan kurang cahaya dan LED flash untuk rakaman video didalam gelap. Kenapa 38mp berkesan? Ini disebabkan sensornya berbentuk bulat (41mp). Jadi bila aspect ratio penggambaran adalah 4:3, pixelnya  menjadi 38mp. Dan untuk aspect ratio 16:9, pixelnya menjadi 34mp.

senja, default (auto 5mp).
xenon flash on.

gambo dalam gelap habis. xenon flash on.
Selain itu, ia menggunakan teknik oversampling untuk menghasilkan gambar yang tajam disamping lossless zoom. Untuk pengetahuan anda, kamera 808 tidak menggunakan zoom mekanikal untuk melakukan tugas zooming. Selalunye DSLR aje yang buat kerja macam ni. Jadi, semua zooming yang dilakukan oleh 808 adalah digital zoom. Biasanya, kamera smartphone biasa akan gagal untuk menghasilkan gambar yang baik ketika digital zoom. Ini disebabkan kita  mengurangkan megapixel apabila zooming-in. Nak bagi korang paham bende ni, aku bagi 1 contoh. Korang ambil gambar 5mp. Tapi korang gunakan digital zoom contohnya 5 kali (full zoom). Jadi gambar yang korang dapat cuma 1mp sahaja, dengan dia punya kabur dan banyak noise.

no zoom
zoom x4
no zoom
zoom x4


Namun begitu, 808 berjaya mengatasi masalah ini dengan menyediakan megapixel yang banyak semasa mengambil gambar. Tapi ini tak bermaksud gambar yang dihasilkan adalah 38mp dan bersaiz bapak besar. Di sinilah fungsi oversampling memainkan peranan. Didalam mod pengambaran 808 terdapat fungsi creative yang membenarkan pengguna memilih untuk menentukan output kamera iaitu 3mp, 5mp, 8mp dan full resolution (38mp/34mp mengikut aspect ratio. Contohnya sekarang, aku ambik gambar mod 5mp. Jadi pixel yang banyak-banyak tadi akan digunakan kesemuanya untuk menghasilkan gambar 5mp yang tajam. Sekurang-kurangnya maklumat dari 7 pixel sensor akan diambil untuk menghasilkan 1 pixel yang cun!

malam, 8mp, 4:3, setting auto, takde flash
malam. automatic(default 5mp), xenon flash

untuk digital zoom pulak, kesemua 38mp tadi digunakan untuk fungsi zoom. Contohnya. Kalau korang ambik gambar dalam 3mp, 5mp dan 8mp dan korang zoom in, 1x hingga 4x ia tetap 3mp, 5mp dan 8mp. Jadi gambar tetap jelas dan cantik tanpa penurunan megapixel.
full resolution, 34mp
lossless zoom

untuk penggambaran full resolution, fungsi zoom-in tak boleh digunakan langsung. Ini disebabkan, kamera telah menggunakan kesemua 38mp untuk mengambil gambar. Jadi, ini bukan oversampling. Ini betul-betul gambar bapak besar.

tak lupa jugak, dalam penggambaran automatic mod (default), gambar yang diambil adalah sebesar 5mp. Saiz purata gambar dalam 600kb. Dan, fungsi lossles zoom ini jugak bertindak dalam rakaman video jugak! Ada setting video 360p (progresif), 720p dan full HD, 1080p.
no zoom

zoom x4
Jadi, aku nak berterus terang dekat sini, aku bukannya photographer profesional. Apa yang aku bagi tahu kat sini, adalah pemahaman aku sendiri tentang smartfon ni.
panoramic view dengan bantuan software camera lover.

Sekarang aku nak cerita pasal kehebatan 808 yang lain! Terutamanya ciri-ciri dan fungsi lain smartfon ni. Mula-mula sekali pasal kualiti binaan 808 pureview. Badannya diperbuat dari polykarbonat (sejenis plastik berkualiti tinggi). Ini membuatkan badan 808 nampak sangat bergaya, tak mengumpul cap jari/kotoran dan tahan lasak. Kalau korang pegang, ia nampak kukuh dan tak berbunyi-bunyi macam sesetengah henfon sony ericson yang akan berbunyi (creaking) bila korang menaip sms.
sekali pandang, badan 808 nampak macam diperbuat dari anodize aluminium. tapi sebenarnya bukan.

808 datang dengan 3 warna setakat ni, hitam, putih dan merah. Tapi disebalik ciri fizikal yang nampak tahan lasak ni, ada 1 bahagian yang paling fragile, iaitu bahagian kamera dibelakang yang macam diperbuat dari besi. Bila besi bergesel dengan besi atau benda keras yang lain, ia akan meninggalkan kesan calar yang sangat jelas. Tapi untuk bahagian depan 808, ia dibina dari gorilla glass. Gorilla glass adalah sejenis kaca baru yang kuat, tak mudah calar, tahan pecah dan sangat tahan lasak. Jadi, untuk meletak 808 ke atas meja, lantai dan lain-lain, kita bukan meletaknya skrin menghadap atas. Tetapi meletakkannya secara terbalik, iaitu, skrin di lantai (bawah). Ini disebabkan bahagian 808 yang paling kebal adalah skrinnya. Selain itu, 808 adalah sebuah telefon bimbit yang sangat berat. Aku tak pernah pegang smartfon paling berat dalam hidup aku, selain dari 808. kalau baling orang boleh mati ooo...
bahagian kamera itu lah yang fragile
Smartfon ini berfungsi dalam quad-band dan penta-band. Secaral teknikal, 808 adalah smartfon yang sangat universal. Tak kiralah korang ada dekat negara mana pun, korang boleh buat panggilan macam biasa. Dan 808 masih smartfon 3.5g. bukan LTE(4g).
Skrin 808 adalah skrin sentuh capasitif, multi-touch. Korang boleh gunakan pinch to zoom in dan zoom out untuk tengok gambar dan melayari internet. Skrin 808 juga menggunakan 4” AMOLED clear black display, 640x360 pixel. Ini bermakna, korang boleh tengok skrin 808 dengan jelas dibawah sinar matahari yang terik. Berbanding dengan skrin smartfon lain yang canggih-canggih dah tinggi resolusinya, skrin smartfon itu akan berubah menjadi cermin dibawah cahaya yang matahari terik! Inilah keistimewaan skrin 808 yang susah kita nak jumpa pada smartfon lain dipasaran.

skin AMOLED clear black display boleh dilihat dengan jelas dibawah sinar terik matahari. setakat ini, tiada siapa boleh lawan lagi.
808 menggunakan cip pemprosesan berkelajuan 1.3ghz, 512RAM. sekali ganda lebih kuat dari nokia N8. 808 menggunakan symbian belle OS FP1. Ia adalah generasi selepas symbian anna. Apa? Symbian? WTF? Symbian tu OS yang sangat lapuk bukan? Okey, macam ni, symbian adalah OS yang paling ringan sekali dan kurang ‘memakan’ RAM dan processing power. So, korang bayangkan, symbian OS FP1 + 1.3ghz processor. Tambahan pulak, symbian OS FP1 sangat dinamik. Takde beza besar sangat macam android OS. Sebut pasal android OS, korang pernah baca entri review i-mobile i-note aku yang sebelum ni? Secara jujurnya ada sedikit lagging dalam penggunaan i-note terutamanya semasa web browsing, video playing (suara tertinggal sedikit dari video) dan beberapa aplikasi berat yang lain. Sekarang i-note kuasanya macam ni, android 2.2 OS +  800mhz processor, pun masih ada kemampuan untuk lagging. Nokia N8, symbian belle + 600mhz processor, sangat stabil. Inikan lagi nokia 808 pureview.



Telefon bimbit ini dikuasakan oleh bateri BV-4D, 3.8v 1400mAh, 5Wh. Kalau korang ambik gambar macam orang gila sehari suntuk pun, belum tentu lagi bateri 808 boleh habis. Dan bateri 808 jugak boleh ditukar bila-bila masa aje yang korang nak, kalau ade bateri spare. Keistimewaan ini tak dimiliki oleh nokia N8 yang baterinya sudah fix didalam badan henfon. Memang ada cara nak buka dan tukar baterinya, tapi ini dah cerita lain.
port micro HDMI dan micro USB
sebelah kanan, dari atas, volume rocker, suis unlock, butang kamera 2 fasa.
sebelah kiri, kosong.

kalau korang perasan dekat sebelah penutup port mikro HDMI tu ada lubang kecil. itu adalah mikrofon kedua yang digunakan untuk noise canceling semasa korang membuat panggilan. semasa rakaman video pulak, ia berfungsi sebagai stereo microphone.

bawah. mikrofon di tengah dan lubang untuk wrist strap.

antena NFC yang terletak dibelakang penutup bateri.
808 dilengkapi dengan slot mikro usb dan stereo jack 3.5mm dan port micro HDMI. Selain itu, jack 3.5mm 808 boleh digunakan untuk TV-out dengan kabel TV-out (dijual berasingan). Aku dapat test benda ni sebab masa beli nokia 5800XM dulu, disertakan sekali dengan kabel TV-out. Memang sangat canggih! Port mikro usb yang terdapat pada 808 jugak boleh berfungsi sebagai USB OTG (on the go). Ini bermakna dengan menyambungkan kabel USB OTG antara 808 dengan thumb drive/portable HDD, korang boleh masuk kedalam HDD/thumb drive korang samada untuk tengok file jpg, main muzik, tengok file video dan lain-lain kandungan didalam HDD. 
video format Divx dan Xvid boleh dimainkan pakai smartfon ni.

Secara teknikalnya, 808 adalah sebuah komputer portable. bukan setakat itu aje, 808 boleh memainkan bermacam-macam format video. Contohnya macam 3gp, mp4, avi, mkv dan flv.

Hampir terlupa pulak aku nak ingatkan, slot simkad 808 tak menyokong simkad biasa. Sebaliknya mikro sim. Kalau korang rajin, korang boleh potong simkad biasa korang jadi saiz mikro sim. Atau nak senang, suruh kedai henfon potongkan. Slot simkad dan microSD 808 duduk sebelah menyebelah. Korang kena tanggalkan bateri dulu untuk membuka simkad dan mikroSD. Kalau korang tak nak taruk microSD pun takpe. Internal memori 808 adalah sebesar 16gb memori. Boleh sumbat lebih dari 10 movie bersaiz 1.3gb kedalam smartfon ni.

 
Software didalam smartfon ini pun boleh tahan jugak. Contohnya macam nokia store, korang boleh download apa-apa perisian percuma atau beli dengan banyak pilihan. Mungkin nokia store masih belum dapat menandingi iphone dan android store lagi. Tapi perisian dalam nokia store ni, tak kurang hebatnya.


Fungsi search pada menu jugak sangat berguna. Kalau korang taip satu perkataan aje pun, fungsi search akan memaparkan semua kandungan didalam memori yang ada perkataan yang korang taip tadi.
setting untuk offline mode. ramai orang tak perasan part ni lalu berkata, "pakai nokia maps kene data charge kan?"

nokia maps



untuk ramalan cuaca, benda ni kena online. agagagaga.
Fungsi maps masih kekal macam telefon symbian terdahulu. Cuma ada fungsi kompas dan cip GPS yang lebih responsif! Kalau korang nak tau, nokia maps yang ada intergrated GPS adalah sistem navigasi percuma dan true offline. Maksudnya korang tak payah bayar sesen pun untuk data charge atau loading maps. TRUE OFFLINE! Janji korang ada dekat luar rumah dan dapat position dalam maps, semuanya dah ok! Siap ada suara untuk menunjukkan arah kemana korang nak pergi. Dan ini pun offline. Tapi korang kena download dulu dekat nokia suite. Nokia suite membekalkan peta dan suara navigasi untuk lebih dari 100 buah negara dan bahasa secara percuma. Dan benda ni dah ada dekat nokia suite-maps sejak 5 tahun lepas.
Selain tu, ada jugak radio fm dan fm transmiter. Fm transmiter akan menjadikan henfon korang sebagai stesen radio peribadi. Contohnya korang setkan frekuensi apa untuk dipancarkan ke radio kereta/rumah korang. Lepas tu korang boleh pasang mp3. radio kereta/rumah korang akan tangkap frekuansi yang korang dah setkan pada fm transmiter tadi dan memainkan lagu kegemaran anda terus ke radio kereta/rumah.

FM transmitter/play via radio

Henfon ini jugak sangat up-to-date dengan teknologi terkini yang popular. Contohnya macam NFC (near field communication). Ia adalah sistem sentuhan untuk membayar bil, tambang, tol dan macam-macam lagi jenis pembayaran elektronik. Senang cerita macam ala-ala touch and go tula... sekarang ni sentuh pakai smartfon aje. Cuma tak banyak service provider yang membekalkan fungsi ni untuk pengguna. Yang aku tau, satu kompeni aje yang nak buat benda ni, iaitu maxis. Fungsi NFC jugak adalah untuk menghantar gambar, memainkan speaker mobil yang ada NFC, bermain game multi player dan lain-lain dengan hanya menyentuhkan smartfon korang ke smartfon lain yang ada NFC.

cuma sentuhkan aje smartfon ni, untuk fungsi NFC.

sticker NFC yang dibekalkan didalam kotak. kalau korang sentuhkan smartfon dekat sticker ni, video tutorial NFC akan terbuka secara automatik.
Web browser 808 taklah seteruk macam yang disangka. Ianya pantas, dinamik dan lancar. Contohnya kalau aku layari facebook pakai default browser, memang takde satu pun fungsi facebook desktop yang takde. Semuanya cukup. Tapi untuk website deviantart, memang ada masalah sebab ia cuma memaparkan mobile site sahaja. Untuk penyelesaian macam ni, aku dowload opera mini dan semuanya berjalan lancar. Dengan processor 1.3ghz RAM 512, full site deviantart memang tak jadi masalah langsung.
sedikit kecewa dengan prestasi pixel 808 yang cuma 640x360. tulisan yang kecil langsung tak boleh dibaca.
dengan opera mini, deviantart memang OK

youtube, perfect!
Galeri 808 jugak sangat simple. Bagi aku, ia satu kekurangan jugak... Takde fungsi rotate ikut orientasi dan takde fungsi marking. Apa yang best tentang galery, korang boleh upload gambar yang korang tangkap terus ke facebook. Tapi jangan upload gambar 38mp pulak. Berjam jenuh menunggu nak upload file besar macam tu.
galeri yang tak boleh rotate mengikut orientasi henfon. potrait view sahaja.
masih style lama. bilalah music player ni nak berubah rupa?
Pemain muzik masih takde perubahan besar. Cuma ada mod dolby digital aje untuk sambungan dengan headfon yang berkebolehan dolby. Speaker 808 ni taklah best sangat. Sebab terletak dekat bawah dan cuma mono speaker aje. Kualiti bunyi okey lah...  Lagipun, ini bukan henfon siri XM.
walaupun kamus default english-english, keputusan cariannya sangat berkualiti.
game dan apps lain
Perisian joikuspot lite membolehkan korang jadikan henfon ni sebagai modem wireless dengan kata lain, wi-fi tahering. Android OS dah ade fungsi ni, built-in.
ada jugak perisian dictionary, zip (untuk buka fail zip dan rar), f-secure, quick office, office mobile, nat-geo tv, youtube dan macam-macam lagi perisian dan jugak game. Bluetooth dan wi-fi mestilah ada sekali.

macro mode yang tak macro langsung
akhir sekali, aku cuma tak puas hati satu benda aje dengan smartfon ni. Berat gila tu tak kisah, skrin beresolusi rendah, pun no problem. Speaker mono? I dont give a damn. Takde LTE(4g) pun tak jadi masalah. Cuma 1 aje... iaitu jarak auto focus kamera ni. Korang nak tau berapa? 15cm tu... shit! Itu pun aku dah set kepada close-up mod (macro mod). Kamera henfon 5800XM aku yang kameranya 3.2mp, 2cm pun masih boleh auto focus! Apa sudah jadi??? Jadi macam ni penyelesaian aku. Aku set kepada close-up mod, carik tempat cukup cahaya, zoom-in habis (x4), baru tangkap gambar. Itu pun gambar masih nampak jauh jugak. So, memang spoil sungguh part ini. mungkin ini trade-in untuk kamera megapixel besar dengan jarak auto focus?

nokia 808 pureview 41mp, f 1
/1.2, carl zeiss optics, xenon flash+LED flash
Diharap kepada sesiapa yang ada soalan, cadangan, pendapat tentang smartfon ni, boleh komen dibawah. Ia sangat dialu-alukan. Dan siapa nak aku riviewkan smartfon kegemaran korang, bak sini henfon tu, aku nak pinjam. 2 minggu aje, aku boleh reviewkan dengan penoh detail.

Sekian terima kasih!