Pages

Nuffnang Ads

Sunday, 14 February 2021

Review Polygon Bend R5 (Bahasa Melayu, stail Packun)




Musim mananam anggur telah tiba semula pada awal tahun 2021. Disebabkan hidup yang terlalu anggur, maka aku datang balik kesini untuk mereview basikal baru. Hahaha. Tak salah menanam anggur. Hidup yang beranggur pula adalah best kerana setaip anggur itu boleh dijadikan, tanik, taniks, tanix, tanixxx dan tanixah. Whatever the fuck that is.



Pada pertengahan disember tahun lepas, aku pergi buat solo bicycle touring dari sg gadut ke air Keroh, melaka. Basikal yang aku pakai adalah trek emonda alr 5 disc, dengan upgraded bearings dan tayar besar 700x32mm. Apps yang aku pakai adalah komoot untuk membantu navigation. Problem apps komoot ni, dia akan halakan rider untuk pakai jalan yang jarang dilalui kereta. So, I'm fucked, jalan yang aku lalui adalah washboard, single track. Hambik!! Memang basikal Road bike takleh tahan dengan terrain sebegitu rupa. Lepas balik dari touring sampai rumah sendiri, macam2 problem basikal ni jadinya. Aku terfikir, kan elok kalau aku ada basikal gravel awal2 dulu, macam trek checkpoint alr 5?

Well... Basikal tu tak wujud kat sini, begitu juga dengan basikal gravel yang lain macam cannondale topstone, specialized diverge e5, giant revolt, dan merida silex. Beberapa hari lepas tu, kedai basikal berdekatan aku ada jual gravel bike. So, aku datang tengok, ukur saiz, ejas sana sini, terus beli.



Memperkenalkan polygon bend r5. Basikal ini didatangkan khas dari Indonesia, ia juga adalah produk indonesia. Model bend ada 2 jenis. Bend r2 dan bend r5. Aku pilih bend r5 sebab spec dia lagi tinggi dari bend r2. Nak tau mana tinggi? Sangat tinggi.



Tapi, ada tapinya, Bend r5 tetap 1x drive terrain. Maksudnya dia ada 1x11=11 speed sahaja. Bend r2 yang peliknya ada 2x drive terrain, 2x10=20 speed. Yang bestnya bend r5 pakai grx810. Grx adalah groupset khas shimano untuk permukaan gravel. Tapi nampak macam road punya groupset. Orang kata, grx adalah anak kepada mtb groupset berkahwin dengan road groupset. So, grx ni memang hybrid. Kaset yang dibekalkan adalah jenis mtb, slx 11 speed, 11t-42t. Aku dah test basikal ni sebulan, dan ia memang perfect utk climbing. Cuma basikal ni berat sikit. 10.6kg selepas aku tanggalkan semua rack. Nak buat macam mana? Gravelbike mmg anak mtb dengan roadbike pun. Komponem dia berat sikit dari komponen roadbike, ringan sikit dari mtb. Btw, racks stock yang didatangkan dengan basikal ni sangat ringan dan functional tapi simple. Ia diperbuat dari aluminium alloy.



So, apa yang menyebabkan basikal ini berat? Pertama tadi aku sebut pasal frame dia. Kedua, kaset dia. 11t-42t itu teramatlah besar. Roadbike punya kaset minimum cuma 11t-28t, maximum 11t-34t. Lagi 1, ia tak pakai seat post biasa, tapi dia pakai dropper post. Asalnya ini adalah seatpost khas utk mtb yang bertujuan untuk turun rendah atau naik tinggi bila lever sebelah kiri di klik. Seriously aku tak pakai pun function ni. Sebab dah biasa dengan fixed seatpost pada roadbike. So, aku ada plan untuk ni. Aku dah order dari shopee untuk mengantikan dropper post ni dengan carbon seatpost. Hehehe.




Lagi 1, basikal ni banyak mounts utk rack. Ini menyumbang sikit pada keberatan basikal. Benda yang bagus pasal pakej bend r5, ia didatangkan dengan racks depan dan belakang siap2. Basikal ni memang dapat2 dah boleh terus pergi touring, tanpa menambah beg macam back loader dan front loader. Pakai beg baju biasa pun dah boleh. Sumbat dengan segala keperluan, ikat dengan bungee chord pada racks depan dan belakang, selesai. Terus jalan. Jimat duit.



Aku rasa tayar dan wheels langsung tak menyumbang kepada keberatan. Wtb venture 47mm memang sangat selesa di permukaan gravel. Tapi tak selesa diatas jalan raya. So, ini mmg normal kenapa aku rasa pelik sikit dengan behaviour tayar ni. Dah lagi 1, wheels basikal ni adalah 650B, bukan 700c. Kecik sikit diameter dia berbanding 700c. Jadi dia ringan sikit. Disamping itu, masih ada banyak clearence untuk tayar yang lebih besar dan lebar.




Disebabkan wheelset ini pakai 160cm disc, 6 bolt (bukan center lock), bermakna hubnya adalah sistem thru axle. Depan 100x12. Belakang 142x12. Yang peliknya alenkey yang digunakan untuk kedua dua thru axel langsung tak sama saiz. Belakang 5mm alenkey, dan depan 6mm alenkey. I mean like, why the fuck???



Ciri2 lain yang best adalah carbon fork berclearence besar sampai 650B, 50mm dengan internal cable routing. Cantik! Lepastu, tengok! Bottom braketnya adalah threaded BB. Nice! Lagi satu, bend r5 size S cuma ada 2 bottle cage mounts. Untuk size L dan M ada 3 bottle cage mounts, 1 diatas down tube. 1 di seat tube, dan lagi 1 dibawah down tube.




Handle bar basikal ni pulak, mmg selesa nak mampus. Lebih selesa dari handlebar trek emonda aku. Bukan setakat tu aje, sti lever grx agak kecik dan selesa dipegang di bahagian hoodnya. Ditambah dengan brek lever grx yang flat, lagi gila babi selesa untuk dipegang berbanding 105, tiagra, ultegra dan dura ace yang lebih melengkung. Kurang selesa untuk dipegang.



Grx memang terbaik. Desebabkan dia macam hybrid antara mtb dan road groupset, rear derailleur nya juga ada mechanism clutch, sebijik mcm deore, slx dan xtr!! Benda ni digunakan dengan menarik tombol clutch ke atas supaya jokey jadi ketat dan prevent chain slapping. Chain slapping really sucks, pesky dan sangat annoyingly bising. 



Sebut pasal chain, basikal ni dah memang siap datang dengan rantai kmc x11. Memang terbaik. Satu lagi komponen yang bukan dari shimano pada basikal ni adalah chainringnya yg 1x. Jenamanya prowheel, 38t, panjang crank arm 170cm. Upgrade yang akan aku buat adalah... Aku akan tukar benda ni jadi grx 2x kalau ada duit nanti.



So, berapa harga basikal ni? Rm4.7k-4.8k dah boleh dapat. Aku beli basikal ni mahal sikit, rm5k sebab aku tambah pedal favourite aku, PD-EH500, instead of pedal default. Tapi oklah, tak semahal basikal yang tak wujud, harga hampir 8k.



Gravel test ride yang aku buat keatas basikal ini adalah di penang. Situ ada banyak gravel track yang cukup menarik dengan permandangan indah. 



So yeah, kebetulan pulak ada amoi cantik dari group cycling aku yang racun aku untuk pergi sama2. Adoila amoi cantik... I baru balik touring melaka, dah mahu ajak cycling penang pulak. Racun punya racun, akhirnya aku termakan jugak racun amoi ni. Lagipun bila lagi nak pergi? Kami bertolak pagi sabtu, sampai penang 1230pm mcm tu. Lepas jalan2 cari makan, kami terus pergi ke rumah tumpangan audi kat balik pulau. Dan bermalam disitu. Tapi sebelum tu, kami ride pusing2 balik pulau melalui jalan gravel. Memang perfect dan terbaik.


















Malam tu kami cuma jalan2 cari makan, lepas tu terus meeting, disebabkan ada possible MCO2.0 bermula minggu depan, hari selasa. Kami bersetuju untuk meneruskan aktiviti di Kuala Kurau, perak keesokan hari dan membatalkan niat untuk berbasikal di parit, perak untuk hari ke 3. So, hari kedua kami terus chow balik ke kl.









Kami akan bawa aktiviti berbasikal di parit, perak ke hari lain selepas MCO2. Sebenarnya berbasikal di kuala kurau boleh tahan jugak. Tak banyak jalan gravel berbanding balik pulau. Tapi oklah. Ada sawah jugak. Dan sawah itu dipisahkan dari laut oleh 1 sungai dan jalan raya meretasi persisir pantai. Sangat cantik permandangannya.



Kesimpulannya... Bagi aku, basikal bend r5 adalah sebuah basikal pure gravel yang best. Wheel 650B sangat selesa dan mantap digunakan untuk gravel. Benda yang aku tak gemar dengan basikal ni cuma 2, 1x drive terrain dan dropper seatpost yang aku sendiri tak pakai. Kalau 2 benda ni di tukar atau diupgrade, semuanya perfect dah. Oh, spoiler alert, basikal bend r5 ni boleh masuk wheel 700c, maksimum lebar tayar adalah sampai 40mm!! How about that? Perfecto!



Review apa selepas ni? Entri pasal apa lepas ni? Berkemungkinan aku akan review pasal road bike kespor exhort, roadbike entry level yang menggantikan megamo opal lite disc. Aku bengang betul bila takde orang buat review pasal entry level roadbike.

Sunday, 5 April 2020

Review Trek Emonda ALR 5 disc (Bahasa)

New bike day!
Setelah sekian lama mengangur, aku teringat pulak pasal blog aku. Dah lama Tak update. Sebelum ni memang aku nak review pasal phone dan smartwatch, tapi dah ada melambak review dalam bahasa melayu di luar sana. Jadi sempena menunggu anggur berbuah dan menukarkannya menjadi tanik, tanix, tanixxx, tanixah jom kita buat review road bike.
Semenjak 2015 aku menunggu sesuatu, sampai 2020 takde sesuatu berlaku. tengok2 dalam poket ada banyak duit maka dengan gembiranya aku terus pergi ke dealer basikal trek berdekatan. Aku terus bertanyakan trek checkpoint alr 5, sebab memang aku teringin nak gravel bike. Road bike lama aku banyak limitation sebab tak boleh pergi off road. Tuan kedai cakap ada, tapi bukan ALR. Cuma ada SL, carbon model. Aluminum kena tempah. Aku tak mau carbon, aku nak aluminium, sebab kalau eksiden frame tak rosak langsung. Cuma hilang cat aje. Kalau aku ride carbon mesti bersepai macam kaca bila eksiden.
Bottle cage spare ditambah

Pilihan aku yang ke 2 adalah trek emonda ALR 5 disc. Dan diorang ada model tu! Ada 3 saiz, 54, 52, 50 kalau tak silap aku. Tinggi aku 173cm, so aku ambik saiz 52. Aku rasa ini basikal paling best yang pernah aku beli sebab ada model disc dan rim, ada 2 pilihan kaler, 2 2 aku suka. Satu kaler flat kelabu yang tak glossy, hampir macam matt. Yang satu lagi kaler flip blue. Flip blue adalah cat yang berubah warna dari biru gelap kepada unggu gelap bila ditengok dari sudut yang berlainan. Sumpah macam magik kaler tu. Memang cantik. Tapi disebabkan aku ada identiti dicklish dan sick eshol aku ambik yang kaler kelabu flat tu. Baru nampak tactical ye tak?
Basikal RM8k tak boleh beli setiap hari. tapi boleh beli setiap tahun.

‌Frame basikal ni diperbuat dari aluminium 300 alpha series. Entah apa maksud nya tu pun aku tak tau. Yang aku tau ada aluminium 6061, 6066, 7855 dan lain2. Itu adalah gred industri aluminium aloy. Tapi yang 300 alpha aluminium ni, memang aku tak tau apa benda. Ia adalah aluminium aloy yang ringan, lebih ringan dari basikal hijau teal lama aku tu. 
Cuma kabel hidraulic pada fork sahaja yang bukan internal.

Ciri2 lain frame ini adalah internal cable routing. Semua cabling terletak didalam frame, kecuali kabel pada fork. Ia jugak ada fork yang diperbuat dari carbon composite. Part ni aku tak suka, tapi ia membuatkan basikal ini jadi lebih ringan. Seatpostnya jugak adalah carbon composite, menjadikan basikal ini lagi ringan dari yang dijangka dari basikal aluminium. Aku bukan tak suka basikal karbon. Cuma basikal yang diperbuat dari logam lagi sesuai dengan aku. Aku pakai basikal lasak, commuting, touring, semua ride aku 40km keatas setiap hari. Kadang2 eksiden, jatuh, terpelanting, terbang, fucked. Takde basikal carbon boleh handle the abuse. Basikal ringan2 ni kalau nak buat berlumba boleh la, sebab bila ringan, laju. Tapi trek emonda alr 5 ni lain cerita, ia memang ringan macam basikal carbon, sampai aku sendiri pun tak percaya basikal aluminium ringan macam ni. Berat basikal ni 8.9kg dengan tayar default tak temasuk pedal, tak temasuk bottle cage.
Warna kelabu flat memang paling sesuai untuk sick eshol macam aku

‌Tayar default basikal ini adalah bontrager r1 lite case saiz 25mm. Didalam website rasmi trek, saiz tayar maksumim untuk frame rim brake adalah 25mm dan frame disc brake adalah 28mm, tapi ada sumber luar mengatakan yang frame disc brake boleh masuk sampai 32mm.

Internal Cable Routing memang terbaik. Nampak kemas dan hensem
‌Tayar default ini agak bagus. Tapi perlu diganti dengan tayar yang super kuat sebab aktiviti berbasikal aku terlalu lasak. Dan jalan raya Di Selangor - kl memang teruk tanpa belas kasihan langsung.

Thru axel depan dan belakang memudahkan pemasangan wheel
Frame emonda ini bukan untuk semua rider. Terutamanya rider yang suka racing dan agresif. Ini disebabkan frame ini adalah dalam format h2, bermaksud ia bergeometrikan basikal endurance. Bukan racing. Jadi posisi masa duduk atas basikal ni agak kekok bagi aku untuk 2 minggu. Tapi lepas dah biasa, semuanya OK! Handlebar dan stem pada basikal ni adalah aluminium alloy. Bartape default juga sangat tebal dan selesa dipegang. Grip memang selesa, tak payah tukar baru atau tukar 2 lapis. Yang default ni pun dah sedap dipegang.
Sadle basikal ini adalah Sadle montroose. Nampak macam mahal, tapi rasanya tak berapa bagus. Macam ada creaking masa climbing. Yang ni memang patut diganti kalau boleh.
Benda pertama paling best pasal basikal ni adalah frame dia yang mengggunakan teknik kimpalan halimunan. Dalam bahasa inggeris, ia dipanggil invisible welding.
Free Aluminium pedal

Kalau korang tengok sekali pandang dekat frame ni, korang akan ingat ini basikal carbon, dengan matt finishnya yang juga seakan2 carbon. Basikal carbon memang popular sebab harganya mahal nak mampos. Dan basikal carbon takde kasan kimpalan sebab carbon frame dihasilkan dengan proses molding. Memang nampak bersih dan kemas. Basikal logam pulak perlu di kimpal dan proses kimpalan tu biasanya membuat kan frame nampak tak kemas. Tapi dengan invisible weld, basikal ni nampak kemas, bersih dan cantik. Padahal ia frame logam. Kena padang 2 3 kali baru orang akan perasaan ini bukan basikal carbon. Hahahaha.
Stail framenya sama macam basikal teal hijau lama aku tu

Wheelset yang dibekalkan adalah bontrager affinity. Ia diperbuat daripada aluminum 6061. Dilengkapi dengan reflector depan dan belakang. Ia agak ringan dan lebar sesuai untuk tayar yang lebar macam 28mm dan berkemungkinan 32mm. Hubnya pula jenis disc dengan centerlock. Ia tak pakai quick release, sebaliknya thru axel. Benda yang best pasal thru axel adalah tak kira berapa kali kita tanggal wheelset dan pasang balik, kedudukannya akan tetap sama. Memang ia tak selaju quick release bila ditanggalkan. Tapi quick release mesti ada ralat dalam posisi axel-hub kekanan atau kiri. Hal ini boleh merosakkan wheelset yang mengunakan rim brake. Baru pakai 2 hari, sebab posisi lari sikit, wheelset mahal jadi gelong. 2 hari aje pakai. Jadi dengan sistem thru axel, no worries. Ia sangat sesuai untuk sistem disc brake yang ada pada basikal ni. Thru axel yang di bekalkan juga adalah jenis aluminium alloy dari jenama terkemuka DT swiss. Memang agak berat sikit dari skewer quick release, tapi berbaloi untuk safety, ketahanan, dan pegangan yang kuat bagi wheel ke fork/frame. Thru axel berukuran 12x100 depan dan 12x142 belakang.
Kemas dan hensem

Bottom bracket pula adalah jenis press-fit bottom bracket, bukan threaded. Jenis shimano BB71. Saiz 86.5cm. Beza press fit dengan treaded adalah cara pemasangan dan penanggalan yang berlainan. Press fit dipasang dengan alat yang menekan ke2 2 cup rapat ke tengah dari arah kanan dan kiri. Dan threaded pula, cup diputar macam skru sampai ketat ke tengah dari arah kanan dan kiri. Tools yang digunakan pun langsung tak sama.
Shimano 105 R7020 memang terbaik

Benda kedua best pasal basikal ni, pakejnya sangat bagus dan komponennya up-to-date. Ia dilengkapi dengan groupset yang memang aku nak beli dari dulu lagi, iaitu shimano 105 R7000. Tapi disebabkan ini ia adalah disc, so, ia jadi shimano 105 R7020, hidraulic brake! Sweet mama~ fug~ syed~ dayum~ ia dibina berdasarkan template shimano ultegra R8000 yang terdapat pada basikal lama aku dulu. Dan shifter yang menyamai R8020, cuma lain sikit. Sikit aje. Shifter hidraulik R8020 lebih solid, manakala R7020 kurang solid, ada getaran halus pada shifter disebabkan tuil brek lever R7020 semula jadi longgar. Ini bukan sebab ia rosak. Cuma model R7020 punya tuil brek semula jadi longgar. Tuil brek R8020 pula, ketat dan solid. Sebab tula ada 1/3 beza harga groupset 105 R7020 dan ultegra R8020. Senang cerita ultegra lagi sedap dipakai. High end la katakan sebelum Dura-ace.
Shifter R7020 agak besar untuk tangan orang asia. Susah untuk dicapai semasa memegang drop bar

Groupset ini menyediakan compact crankset 50-34t dan kaset 11 speed, 11-28t. Rear derailleur adalah SS, short cage. Kaset maksimum besar yang boleh masuk dengan derailleur SS adalah 11-30t. Rantai pula adalah shimano 105 11 speed standard. Bukan kmc. Nak kmc boleh beli lain hari. Hahaha.
Brek pula adalah shimano 105 R7020 hidraulic disc. Disc pula bersaiz 160cm standard, dan centerlock. Prestasi brek hidraulik sangat mengagumkan. Tak kira hujan, panas, kering, basah, cengkaman brek yang dihasilkan tak ada beza langsung. Tetap kuat dan persis. Ini membuatkan rim brake terasa macam kuno, ketinggalan zaman. Dan mereka yang berasa takut yang disc brake akan menyentap dan menyebabkan anda tersentak dan melayang, terbang, terpelanting ke depan, anda sudah salah. Ia betul2 brek yang sangat predictable dan akan ikut arahan rider. Seriously, cubalah. Gerenti anda tak akan pakai rim brek lagi lepas ni.
Basikal yang perfek untuk commuting? Bagi aku hampir perfek. Masa aku beli, basikal ni takde bottle cage, takde lampu keselamatan depan dan belakang. So, mari kita buatkannya jadi perfek.
Lampu belakang, depan, dan reflector untuk keselamatan.

Mula2 sekali aku tukar ke 2 2 tayar default tu dengan tayar kebal dari pancit. Ia adalalah tayar touring bernama continental touring plus saiz 28mm. Benda yang best pasal tayar ni, ia keras, kebal, tahan lama, tahan lasak, grip kuat kalau brek dan dilengkapi dengan strip reflector. Aku dah lama pakai tayar ni untuk basikal lama aku tu. Memang sangat kebal. Downside tayar ni adalah berat nak mampus dan sangat susah untuk dipasang sebab terlalu keras. Masih ada ruang 1cm yang tinggal di fork dan 1.3cm di seat tube. Aku rasa kalau masuk 32mm pun boleh ni.
Lepas tu aku tanggalkan reflector yang ada pada rim. Lepas tu aku pasang 2 bottle cage aluminium berjenama btween yang boleh didapati di decathlon dengan harga yang sangat murah. Rm15 aje. Sekarang baru aku boleh pakai 2 botol sekali gus. Basikal lama aku tu cuma ada 1 bottle cage sahaja.
Lepas tu aku pasang lampu keselamatan depan berjenama alx dan belakang berjenama cateye. 2 2 lampu ni memang bagus dan amat berkesan. Dengan reflector tambahan sebagai emergency kot2 bateri kong ditengah jalan menjadi kan ianya perfect. Pedal yang dibekal juga boleh tahan walaupun ia adalah aluminium. Aku lebih suka pedal plastik sebenarnya, sebab solid takde skru dan tak makan kasut. So oklah.
Costumized Trek Emonda ALR 5 final form! Bersedia untuk Gravel ride!

Aku suka basikal ni. Trek émonda alr 5 disc bukan untuk semua orang. Tapi untuk aku, ya. Dan basikal yang aku nak beli lepas ni lagi mahal dari basikal ni. Namanya trek checkpoint ALR 5.