Pages

Nuffnang Ads

Sunday, 14 February 2021

Review Polygon Bend R5 (Bahasa Melayu, stail Packun)




Musim mananam anggur telah tiba semula pada awal tahun 2021. Disebabkan hidup yang terlalu anggur, maka aku datang balik kesini untuk mereview basikal baru. Hahaha. Tak salah menanam anggur. Hidup yang beranggur pula adalah best kerana setaip anggur itu boleh dijadikan, tanik, taniks, tanix, tanixxx dan tanixah. Whatever the fuck that is.



Pada pertengahan disember tahun lepas, aku pergi buat solo bicycle touring dari sg gadut ke air Keroh, melaka. Basikal yang aku pakai adalah trek emonda alr 5 disc, dengan upgraded bearings dan tayar besar 700x32mm. Apps yang aku pakai adalah komoot untuk membantu navigation. Problem apps komoot ni, dia akan halakan rider untuk pakai jalan yang jarang dilalui kereta. So, I'm fucked, jalan yang aku lalui adalah washboard, single track. Hambik!! Memang basikal Road bike takleh tahan dengan terrain sebegitu rupa. Lepas balik dari touring sampai rumah sendiri, macam2 problem basikal ni jadinya. Aku terfikir, kan elok kalau aku ada basikal gravel awal2 dulu, macam trek checkpoint alr 5?

Well... Basikal tu tak wujud kat sini, begitu juga dengan basikal gravel yang lain macam cannondale topstone, specialized diverge e5, giant revolt, dan merida silex. Beberapa hari lepas tu, kedai basikal berdekatan aku ada jual gravel bike. So, aku datang tengok, ukur saiz, ejas sana sini, terus beli.



Memperkenalkan polygon bend r5. Basikal ini didatangkan khas dari Indonesia, ia juga adalah produk indonesia. Model bend ada 2 jenis. Bend r2 dan bend r5. Aku pilih bend r5 sebab spec dia lagi tinggi dari bend r2. Nak tau mana tinggi? Sangat tinggi.



Tapi, ada tapinya, Bend r5 tetap 1x drive terrain. Maksudnya dia ada 1x11=11 speed sahaja. Bend r2 yang peliknya ada 2x drive terrain, 2x10=20 speed. Yang bestnya bend r5 pakai grx810. Grx adalah groupset khas shimano untuk permukaan gravel. Tapi nampak macam road punya groupset. Orang kata, grx adalah anak kepada mtb groupset berkahwin dengan road groupset. So, grx ni memang hybrid. Kaset yang dibekalkan adalah jenis mtb, slx 11 speed, 11t-42t. Aku dah test basikal ni sebulan, dan ia memang perfect utk climbing. Cuma basikal ni berat sikit. 10.6kg selepas aku tanggalkan semua rack. Nak buat macam mana? Gravelbike mmg anak mtb dengan roadbike pun. Komponem dia berat sikit dari komponen roadbike, ringan sikit dari mtb. Btw, racks stock yang didatangkan dengan basikal ni sangat ringan dan functional tapi simple. Ia diperbuat dari aluminium alloy.



So, apa yang menyebabkan basikal ini berat? Pertama tadi aku sebut pasal frame dia. Kedua, kaset dia. 11t-42t itu teramatlah besar. Roadbike punya kaset minimum cuma 11t-28t, maximum 11t-34t. Lagi 1, ia tak pakai seat post biasa, tapi dia pakai dropper post. Asalnya ini adalah seatpost khas utk mtb yang bertujuan untuk turun rendah atau naik tinggi bila lever sebelah kiri di klik. Seriously aku tak pakai pun function ni. Sebab dah biasa dengan fixed seatpost pada roadbike. So, aku ada plan untuk ni. Aku dah order dari shopee untuk mengantikan dropper post ni dengan carbon seatpost. Hehehe.




Lagi 1, basikal ni banyak mounts utk rack. Ini menyumbang sikit pada keberatan basikal. Benda yang bagus pasal pakej bend r5, ia didatangkan dengan racks depan dan belakang siap2. Basikal ni memang dapat2 dah boleh terus pergi touring, tanpa menambah beg macam back loader dan front loader. Pakai beg baju biasa pun dah boleh. Sumbat dengan segala keperluan, ikat dengan bungee chord pada racks depan dan belakang, selesai. Terus jalan. Jimat duit.



Aku rasa tayar dan wheels langsung tak menyumbang kepada keberatan. Wtb venture 47mm memang sangat selesa di permukaan gravel. Tapi tak selesa diatas jalan raya. So, ini mmg normal kenapa aku rasa pelik sikit dengan behaviour tayar ni. Dah lagi 1, wheels basikal ni adalah 650B, bukan 700c. Kecik sikit diameter dia berbanding 700c. Jadi dia ringan sikit. Disamping itu, masih ada banyak clearence untuk tayar yang lebih besar dan lebar.




Disebabkan wheelset ini pakai 160cm disc, 6 bolt (bukan center lock), bermakna hubnya adalah sistem thru axle. Depan 100x12. Belakang 142x12. Yang peliknya alenkey yang digunakan untuk kedua dua thru axel langsung tak sama saiz. Belakang 5mm alenkey, dan depan 6mm alenkey. I mean like, why the fuck???



Ciri2 lain yang best adalah carbon fork berclearence besar sampai 650B, 50mm dengan internal cable routing. Cantik! Lepastu, tengok! Bottom braketnya adalah threaded BB. Nice! Lagi satu, bend r5 size S cuma ada 2 bottle cage mounts. Untuk size L dan M ada 3 bottle cage mounts, 1 diatas down tube. 1 di seat tube, dan lagi 1 dibawah down tube.




Handle bar basikal ni pulak, mmg selesa nak mampus. Lebih selesa dari handlebar trek emonda aku. Bukan setakat tu aje, sti lever grx agak kecik dan selesa dipegang di bahagian hoodnya. Ditambah dengan brek lever grx yang flat, lagi gila babi selesa untuk dipegang berbanding 105, tiagra, ultegra dan dura ace yang lebih melengkung. Kurang selesa untuk dipegang.



Grx memang terbaik. Desebabkan dia macam hybrid antara mtb dan road groupset, rear derailleur nya juga ada mechanism clutch, sebijik mcm deore, slx dan xtr!! Benda ni digunakan dengan menarik tombol clutch ke atas supaya jokey jadi ketat dan prevent chain slapping. Chain slapping really sucks, pesky dan sangat annoyingly bising. 



Sebut pasal chain, basikal ni dah memang siap datang dengan rantai kmc x11. Memang terbaik. Satu lagi komponen yang bukan dari shimano pada basikal ni adalah chainringnya yg 1x. Jenamanya prowheel, 38t, panjang crank arm 170cm. Upgrade yang akan aku buat adalah... Aku akan tukar benda ni jadi grx 2x kalau ada duit nanti.



So, berapa harga basikal ni? Rm4.7k-4.8k dah boleh dapat. Aku beli basikal ni mahal sikit, rm5k sebab aku tambah pedal favourite aku, PD-EH500, instead of pedal default. Tapi oklah, tak semahal basikal yang tak wujud, harga hampir 8k.



Gravel test ride yang aku buat keatas basikal ini adalah di penang. Situ ada banyak gravel track yang cukup menarik dengan permandangan indah. 



So yeah, kebetulan pulak ada amoi cantik dari group cycling aku yang racun aku untuk pergi sama2. Adoila amoi cantik... I baru balik touring melaka, dah mahu ajak cycling penang pulak. Racun punya racun, akhirnya aku termakan jugak racun amoi ni. Lagipun bila lagi nak pergi? Kami bertolak pagi sabtu, sampai penang 1230pm mcm tu. Lepas jalan2 cari makan, kami terus pergi ke rumah tumpangan audi kat balik pulau. Dan bermalam disitu. Tapi sebelum tu, kami ride pusing2 balik pulau melalui jalan gravel. Memang perfect dan terbaik.


















Malam tu kami cuma jalan2 cari makan, lepas tu terus meeting, disebabkan ada possible MCO2.0 bermula minggu depan, hari selasa. Kami bersetuju untuk meneruskan aktiviti di Kuala Kurau, perak keesokan hari dan membatalkan niat untuk berbasikal di parit, perak untuk hari ke 3. So, hari kedua kami terus chow balik ke kl.









Kami akan bawa aktiviti berbasikal di parit, perak ke hari lain selepas MCO2. Sebenarnya berbasikal di kuala kurau boleh tahan jugak. Tak banyak jalan gravel berbanding balik pulau. Tapi oklah. Ada sawah jugak. Dan sawah itu dipisahkan dari laut oleh 1 sungai dan jalan raya meretasi persisir pantai. Sangat cantik permandangannya.



Kesimpulannya... Bagi aku, basikal bend r5 adalah sebuah basikal pure gravel yang best. Wheel 650B sangat selesa dan mantap digunakan untuk gravel. Benda yang aku tak gemar dengan basikal ni cuma 2, 1x drive terrain dan dropper seatpost yang aku sendiri tak pakai. Kalau 2 benda ni di tukar atau diupgrade, semuanya perfect dah. Oh, spoiler alert, basikal bend r5 ni boleh masuk wheel 700c, maksimum lebar tayar adalah sampai 40mm!! How about that? Perfecto!



Review apa selepas ni? Entri pasal apa lepas ni? Berkemungkinan aku akan review pasal road bike kespor exhort, roadbike entry level yang menggantikan megamo opal lite disc. Aku bengang betul bila takde orang buat review pasal entry level roadbike.

1 comment: