Pages

Nuffnang Ads

Tuesday, 24 July 2012

Tips Mencari Publisher Yang Best


gelak burok perangai. sebenonye aku takde idea nak tarok gambo ape kali ni. (kredit, hazwan zai ibrahim)


Sekali lagi, dah sebulan aku tak update blog. Aku ade isu yang dah lama nak di ketengahkan dalam dunia komik ni, iaitu publisher yang paling ideal untuk menerbitkan komik.

Sama macam parti, persatuan, kelab, kereta pilihan, etc, penerbit jugak amat penting dalam kehidupan seorang pengkarya. You know, kau dan aku sama-sama nak carik makan dalam industry yang belum terkenal lagi ni.

 Aku tau, ramai pekomik kat luar sana boleh melukis komik atau ilustrasi atau kedua-duanya dengan sangat cemerlang sekali. Soalnye sekarang, adakah penerbit itu akan memberi ganjaran yang setimpal dengan karya anda? Dekat sini aku layak untuk memberi nasihat kepada pengkarya yamg ada kat luar sana. Nak tau sebab apa? Sebab aku dah sangat lama buat freelance, macam-macam kerenah penerbit aku dah jumpe. Ade yang ok, murah hati, berkira, ade yang jenis anak haram – fuck ass punye perangai.

Jadi kat sini aku nak bagi sikit tips untuk memilih penerbit.

1)    berkawan dengan orang dalam – dengan cara ni, korang boleh kumpul maklumat tentang penerbit sekaian-sekean, macam mana  sales, macam mane payment yang syarikat berkenaan boleh bagi. Ya. Ada sesetengah kompeni yang meluat bila kita bertanyakan soalan macam, “bang, payment untuk 1 muka surat, berapa?”  memang ini hak kita untuk bertanya, sebab kita sendiri nak menjamin kebajikan diri sendiri bila berkarya dengan penerbit berkenaan. Tapi tak semua penerbit suka kalau kita bertanyakan jumlah payment. So, selidiklah perlahan-lahan, atau secara tak terus kepada kaki tangan kompeni itu. Macam aku senang aje. Kalau ade staff yang merokok dalam kompeni tu, aku ajak keluar untuk ‘disoal siasat’ secara lembut… agagagaga. Tapi ini tak bermakna aku mengajar korang merokok.

2)    bertanya terus dengan kawan yang sudah sedia berkarya dengan kompeni berkenaan – ini paling senang, tapi tak selalu ada kebetulan yang kawan korang ada bekerja dekat kompeni sekian-sekian. Peluang ni paling best. Katakanlah kompeni ni, bagus, kawan kau akan terus rekemenkan kau dengan kompeni ni tanpa teragak-agak. Andai kata kompeni ni fuck ass, member korang akan halang korang dari berkarya terus dengan kompeni ni. Silap-silap member anda akan pecah tembelang kompeni ni. Agagagaga, hambek kau.

3)    Kalau ade perjumpaan, pameran, meeting yang berkaitan dengan komik, illustrator, dan sebagainya, turun padang. Jangan terperuk dok kat rumah menoceng. Inilah peluang paling baik untuk mendapatkan maklumat tentang tempat kerja kawan-kawan yang menceburi bidang yang sama. Dekat sini kita sendiri boleh nilaikan kompeni mane yang bagus untuk berkerja/berkarya. Ramai kawan-kawan aku dapat job dengan cara ni la. Aku pon tak terkecuali.


Tiga point ini antara yang paling penting boleh aku bagi. Kalau korang yang membaca entri ni, ada yang lagi bagus, jangan segan silu untuk kongsikan. Aku sendiri pon tengah carik-carik kompeni lain untuk berkarya dalam tempoh jangka masa panjang. Zon selasa yang dianggap ok tak semestinya ok. Kadang-kadang fuck ass jugak.

Ada kawan-kawan aku yang cukup berbakat dan hebat dalam bidang ni, tak mendapat payment yang sepatutnye, takde agreement langsong dan macam-macam lagi masalah. Kesian jugak aku tengok diorang ni sebab nampak macam dipersia-siakan. Bayangkan kalau diri korang terperangkap dalam masalah ni. Fuck this, man… shit! Silap-silap ade yang gantung berus!

Mengikut pengalaman aku bekerja dalam bidang ni, kompeni yang paling pro dalam bidang ni adalah, jujur aku katakan, komik-m (PTS pop). Mungkin susah sikit nak berkarya dengan diorang ni, sebab diorang punye QC memang kaw-kaw punye. Tapi lepas korang dapat, memang korang rock la…

Kalau nak berkongsi maklumat tentang mana-mana publisher, boleh kontek aku teros kat e-mel aku. Kalau nak maklumat dari aku balik pon, aku takde masalah nak berkongsi. Kot-kot aku tau ke, kompeni tu fuck ass, dan korang pulak teros aje pegi situ. Memang silap aku la sebab tak sampaikan maklumat dengan betul.

Friday, 8 June 2012

Menipu Dengan Nama Agama

Sangat hampa aku hari ni lepas tengok satu iklan dkat surat kabo kosmo
8/6/12. Dimana ade syarikat penguluar air mineral menyatakan air yg
dibacakan ayat al quran tertentu dapat membentuk kristal tertentu dan
mengubat sesetengah penyakit.
keratan akhbar kosmo ms2, iklan air mineral yg bacakan ayat al quran

Kalau dapat mengubat sesetengah
penyakit, tu aku x brape tau dan kisah sangat. Sebab kalau aku nak
brubat, aku jumpe doktor bertauliah atau makan panadol (yg dapat
pengiktirafan kkm).
gambar air sebelom dibacakan ayat suci quran
gambar air selepas dibacakan ayat suci quran

Beberapa saat aku membaca iklan berkenaan, aku
terus google crystallize water. Dan aku nampak gambar yg sama dengan
gambar pada iklan tesebut. Nampaknye iklan berkenaan copy paste aje
gambo dari google untuk menerangkan yg produknye mujarab. Fucktard
sungguh...
website homeopathy
macam same aje gambo ni dengan yg kat atas tu kan? cuma captionnye bukan dibacakan dengan ayat suci quran.
air yg belom dibacakan apa2 doa. dalam gambo ni cakap, doa orang jepon. tapi nampak macam sama dengan gambo kat surat kabo tu kan?
  
Inilah contoh manusia mempergunakan agama untuk meraih
keuntungan dan menipu consumer dengan nama agama.

kalau nak buat produk tu, ujilah dulu dengan pihak yg bertauliah. jangan ikot sedap ambik gambo dari internet. kantoila... aku ni skeptik sket. klau ade sesape buat ape2 claim, aku kaji slidik claim tu. sebab semua org pon boleh menipu. agagagaga.

Keburukan pengaruh
sebegini adalah, seseorang itu akan mengetepikan perubatan mainstream
demi purubatan tradisional yg tak terbukti kemujarabannya dan membawa
kepada masalah kesihatan yg mengancam nyawa.

Lupa aku nak sebot kat sini yg website diatas mempromosikan homeopathy.
 http://www.detoxifynow.com/water_images.html

Agagaga. Fuck!

Wednesday, 23 May 2012

Muka Surat Rahsia Twinx#4


Setelah sekian lama, baru sekarang aku nak update tentang muka surat rahsia twinx4 ni.
Mula2 sekali aku nak ucapkan terima kasih banyak2 dekat azwan wan ark, yang sudi mengaler 3 page ini.

Honestly, 3 page ini tak tersiar didalam komik twinx#4 yang ada dipasaran.
So, aku bagi nombor 46a, 46b dan 46c mengikut bilangan muka surat twinx#4 yang berada dipasaran.

Enjoy!




juga mempersembahkan komik mini twinx (fanart) dari [data rosak].

sekian terima kasih dan enjoy!

Wednesday, 9 May 2012

Riview komik Ali & Tuah dan misi 10A+


Mintak maaf semua. Sekali lagi aku telah membiarkan blog aku bersawang.



Aku baru baca komik ali dan tuah-sarang 4 penjahat dan jugak, misi 10A+. Aku dapati macam membaca komik yang ditulis oleh 2 orang yang berlainan kedua2 komik ni. Macam matter dan anti-matter gitu.

Mula2 aku baca komik ali dan tuah. ilustrasinya memang ok. Biasela. Afiq punye lukisan, memang berkualiti. Mula2 nampak macam best. Lepas bab 2 dan bab yang ali dan tuah jumpa naga, aku dah mula rasakan yang komik ini tak ditulis dengan sirius... fuck.

Lagi sekali, macam dalam aviasi fantasi, aku dapat tengok binatang heksapod. Iaitu naga, dan beberapa haiwan yang takde dalam fosil rekod iaitu, harimau jadian, gajah jadian dan burung entah ape ntah namenye yg nampak macam angrybird tu. Aku tak ksah kalau cerita ni fantasi atau berlaku didalam dunia lain. Tapi bila diorang pon menyebut nama2 diety yang sama dalam dunia kita, nampak macam tak kena pulak.

Oh. Lupa aku nak bagitau, tahun lepas hingga tahun ni, aku masih tak berhenti belajar astronomi dan evolution (by natural selection) dengan lebih mendalam. Lagi2 berkenaan dengan sejarah planet kita. Dan psuedo science yang cube diperkenalkan oleh creationist untuk melawan evolutionis. Dengan ni, baru aku boleh carik mane2 topik yang kena dengan claim oleh dua2 pihak. Aku dapati... ini cerita lain. Lain kali aku cerita.
Berbalik kepada naga didalam ali dan tuah, ia adalah binatang hexapod. Macam yang aku bagitau dalam entri aku yang sebelom2 ni, aku dah jelaskan kenapa hexapod tak wujud di planet kita (serangga tu dah masuk lain cerita, diorang tu haiwan anthropod).

Kalau kita tengok ilustrasi diatas, semua makhluk diatas planet ini memiliki ciri2 yang hampir sama. Ini disebkan kita berubah dari plan genetik yang asal dari hidupan yang terdahulu. Mata, telinga, hidung dekat kepala. Ada 2 kaki depan dan 2 kaki belakang. 5 jari yang dimiliki oleh kebanyakkan mamalia dan lain2.
Kaki depan yang dimiliki mamalia berubah menjadi sayap contohnya, kelawar(mamalia terbang) dari masa kesemasa dengan komponen natural selection.
Burung pulak mendapat kepak dengan trade-in yang sama, dari tangan depan. Bila nenek moyang diorang, archaeopteryx dan berpuluh2 lagi transitional fossil dinosaur separuh burung mula menyesuaikan diri dengan aviasi.
Naga atau apa pun namenye yang sesuai menggambarkan binatang itu, boleh wujud. Tapi trade-in yang aku sebutkan diatas tak boleh dielakkan. Reptilia jugak tak tertinggal dalam menyesuaikan diri dengan aviasi. Sebab tu aku kata, haiwan seakan2 naga ada kebarangkalian untuk wujud.
Contohnya macam pterosaur dan beratus2 lagi spesis reptila yang boleh terbang dizaman purbakala. Mereka masih mematuhi hukum trade-ini. Mereka berubah(evolve) dari nenek moyang mereka yang mempunya 2 kaki depan dan 2 kaki belakang ------ 2 kaki/2 sayap dan 2 kaki belakang. 
hidupan bertulang belakang diatas darat menggunakan blue print haiwan ini, tiktaalik. boleh wiki nama ini untuk mengenali tiktaalik dengan lebih lanjut.
 
So, soalan aku sekarang, darimana datangnya sepasang sayap pada naga hexapod dalam evolusi haiwan diatas bumi ini?

Tentang harimau jadian dengan gajah jadian ni, aku ingat macam pengaruh hindu didalam masyarakat nusantara. Aku anggap aje benda ni sebagai mitos dan cerita yang tidak terbukti.
Dari segi saintifiknye, aku boleh cakap mutasi aje. Tapi mutasi tak boleh dikawal oleh kehendak individu contohnya macam sel kanser. Agagagaga.
Satu lagi tentang ‘aura’, macam mana kita nak ukur benda ni? Dekat mane kedudukan aura ni didalam spektum elektromagnet?
Kesimpulannye dekat sini, nazry ko memang tak sesuai tulis cerita bergenre fantasi. Memang hancur. No hard feeling bro.

Untuk misi 10A+ pulak, aku dapati komik ni lagi bagus dari siri misi2 yang lain. Sebab komik ni berwarna (1 point). Yang lain, semuanya okey. Kisah yang agak menarik adalah berkenaan dengan aizad dengan special trainingnya untuk menguatkan fizikalnya. Bagi aku, itu memang logik dan berkesan untuk menguatkan fizikal. 

Lagi point yang menarik adalah dekat pertandingan matematik peringkat daerah-negeri dan kebangsaan.
Pertandingan matematik peringkat daerah agak menarik. Dimana semua rakan2 zahid sangat cepat menjawab soalan dan meninggalkan dewan dengan cara yang cool. Kawan zahid yang bernama mat itu pun sangat cool sebab tidur selepas menjawab kertas soalan.

Kaedah menayangkan soalan menggunakan slide dalam waktu yang tertentu dan peserta kene jawab soalan dengan cepat adalah kaedah yang paling baik untuk menguji kepantasan peserta. Idea yang bagus. Ada lagi, menjawab soalan dengan menekan butang sepantas mungkin itu pun sangat menarik.
Cerita abang zack jugak sangat menarik... macam pernah kukenal cerita ini. Hehehe. Agak senang nak teka pada awalnya, siapa yang melukis lukisan misteri dimerata sekolah. Cuma yang menjadi tandatanya, apa jadi dekat abang zack lepas tu? Balik kampung?

Kesimpulannye dakat ni, nazry, kalau ko menulis cerita moden, memang best. Siri misi 8,10, 10+ memang ko punye legasi.
Aku rase ko ade kemampuan untuk menjadi penulis sci-fi yang bagus, kalau ko cube.
Skian terima kasih.