Pages

Nuffnang Ads

Tuesday 18 October 2011

Review Aviasi Fantasi #2 (dengan komentari)

Salam dan selamat sejahtara. Semoge aman, tenang dah sihat selalu. Aku dah lame tak update blog sebab baru menyiapkan kerja freelance yang sangat banyak. Tapi ini cerita lain. Kali ni aku nak riview komik yang sudah agak lama dalam koleksi aku, iaitu komik aviasi fantasi#2. aku tak mau riview aviasi fantasi#1 sebab dah banyak sangat kot review dalam dunie cyber ni. Sebelom tu, perlu diingatkan yang ini bukanlah riview yang official. Ini lebih kepade komen, kritik dan persoalan peribadi tentang karya afiq dan nazry.

aviasi fantasi #2 terbitan pertama 2010. dah lame aku nak riview komik ni tapi tak sempat.


Mula-mula sekali aku tak tau nak kategorikan komik ni(AF#2) dalam jenis ape. Misteri? Fantasi? Sci-fi? Pengembaraan? Entah? Mungken kesemuenye sekali? Dari volume 1, komik ini menceritakan tentang dua remaja bernama aidil dan hadi yang menjumpai sebuah pesawat kecik (naga kecil) dalam sebuah gudang. Lepas dua orang mamat ni memasang dan membetulkan kapal terbang ni, diorang mula mengembara keluar dari kampung halaman mereka. Disamping itu terdapat bayangan tentang bencana besar yang bakal menghancurkan kehidupan dibumi.

Sambungannye pulak mengisahkan pengembaraan aidil dan hadi yang bertembung dengan sebuah kapal laut diruang stratos. Kononnye kapal laut itu diterbangkan oleh puting beliung yang sangat-sangat-sangat berkuasa. Bayangkan sebuah kapal laut entah berapa juta tan boleh terangkat sampai ke stratosfera? Holy demon shit power gile kan? Dan mereka yang panik dan terkejut sempat mengelak. Disamping tu, sebuah taufan dan puting beliung baru aje melande jepun dan sedang turun kearah selatan. Destinasi taufan itu adalah Filipina. Wah.... paano mo? Mo kumain? Haha...

Ntah macam mana ade sorang mamat pinoy ni kononnye kuat sangat datang menyelamatkan keadaan disitu. Tapi akhirnye dia dibaham dek puting beliung tu jugak. Holy shit. Aku ingat mesti mamat pinoy tu hancur selepas dikisar dek puting beliung tu. berbalik kepade aidil dan hadi, diorang ni terjumpe terowong awan plak dekat atas tu dimana exitnye adalah sebuah labyrinth puting beliung. Bile nampak scene ni aje, teringat aku dekat siri tv star trek next ganeration pade taon 90-an dulu... scenenye memang sebijik. Entah macam mane didalam ke-susahpayah-an untuk melepaskan diri dari maze tu, mamat hati kering 2 orang ni perempuh puting beliung bapak beso ni tadi... emmm... shit. ni yang buat aku berkerut dahi memikirkan logiknye. Nanti aku cube ceritakan dalam komentari dibawah.

terowong awan yang misteri diatas stratosfera.


Entah macam mana lepastu diorang dapat melepaskan diri dari puting beliung tu dan keluar ke tempat yang selamat dan misteri. Ini yang membuatkan aku berkerut dahi bile bace sampai kesini. Takpe. Dalam komentari aku akan kupaskan sedikit misteri mengikut logik aku. Di dunia baru yang misteri itu, bermacam-macam keanehan dapat dilihat, contohnye macam buah yang terdiri dari gelatin yang manis, burung hexapod, primat yang seakan-akan marsupial dan tanah(?) dengan komposisi gas. Senang cerita hidupan dan keadaan sekeliling disitu berevolusi dengan cara yang pelik.

Komik penuh misteri ni sangat menarik bagi aku yang jugak penulis sci-fi. bak kate prof lawrence krauss, “saintis sukakan misteri”.

Komentari terdapat dalam 2 bahagian iaitu dari segi teknik lukisan dan penceritaan. Jadi aku nak mulekan dulu dari teknik lukisan.

Pelukis komik ni sangat rajin, bagi aku. Lukisannya detail, berperspektif dan dinamik. Tapi tak kemas. Nak tau sebab ape tak kemas? Sebab banyak sangat cross hatching. Mungkin disebabkan pelukis terlalu rajin... Lukisan jadi kotor somehow. Atau teknik semase men-scan adalah grayscale, bukan black&white?

Dari segi penceritaan pulak, aku pernah bertanyekan dengan penulis komik ni sendiri pade 1 mase dulu. Aku ingatkan dunia misteri yang aidil ngan hadi ni pergi ni tadi bukan diatas planet kita. Mungkin planet lain, atau dunia selari yang terdapat dalam teori multiverse. Yelah, sebab homo sapient pon ade dalam dunie tu kan, so, aku anggap ni macam dunia selari ajela.

salah 1 scene yang membuatkan dahi aku berkerut.


TAPI semue teori aku silap! Nazry menerangkan yang dunia misteri tu adalah kawasan dibumi yang masih belum diterokai. Kire macam segitiga bermuda dekat asia la ni. Hehehe. Masok pasal puting beliung ni pulak, memang aku kerut dahi betul. Puting beliung mempunyai bertan-tan tekanan atmosfera yang dapat mengoyakkan besi, kayu, simen dengan barang-barang dan sampah yang diangkut bersama-sama puting beliung itu sendiri. Kamonlah, aku tak rase pesawat naga kecil cume boleh kehilangan suku dari kedua-dua sayapnye. Kalau nak survive puting beliung sekurang-kurangnye objek itu adalah sebuah safety vault!

burung hexapod yang aku maksodkan. sepasang sayap+2 pasang kaki=hexapod


Akhir sekali adalah burung hexapod. Burung hexapod? Kamon... macam mana burung boleh jadi hexapod dekat atas bumi ni? Setakat ni(aku tak taula evolusi boleh bawak kita sampai kemana), reptilia dangan mamalia diatas planet ni semuanya tetrapod. Hexapod dengan oktapod yang kite boleh jumpe cume serangga aje. Emmm... ikan boleh dikira sebagai hexapod ke? Nak tau contoh makhluk hexapod, boleh tengok movie avatar. Hampir semua binatang dekat atas pandora adalah hexapod, kecuali navi(tetrapod). Walaubagaimanepon, ini adalah idea yang sangat kreatif. Mungkin pelukis komik ni cuba menunjukkan evolusi boleh menyimpang kearah lain dalam persekitaran yang tak normal(?).

Anyway, aku sangat suke komik aviasi fantasi ni. Dalam banyak-banyak komik terbitan komik-m, ni ajela SATU-SATUnye komik yang nampak bijak. Mintak maaf, bukan aku nak offend pengkarya lain. Tapi inilah standard aku. Oh lupe pulak, senang cerita semua komik yang dihasilkan oleh afiq dan nazry adalah komik yng mencapai standard aku. Itu termasuklah misi8A dan misi10A.

kalau aku salah ke, silap tafsir ke, sebarang komen atau diskusi boleh dilakukan di ruangan komen dibawah.

Majulah komik untuk negara. Sekian terima kasih.

2 comments:

  1. AF#2 aku xbaca lagi..kebanyakkn kedai aku gi xde jual,dia jual AF#1 jerk..tpi melalui penerangn ko ni aku paham2lah skit ttg smbg dia..thanks,aku mmg ikuti karya adikberadik ni,agaknye si Afiq tu suka teknik cross hatching kot,karya2 diorng sebelum2 pun same gak..

    aku setuju bila ko cakap "karya ni satu-satunyanye komik yang nampk bijak",bole nampak dr gaya penceritaan dia..tahniah tuk Nazry

    ReplyDelete
  2. pade akula... artwork yg clean lagi selesa dibace. tapi,clean bukan menyuruh utk mendekati escapist. cume untk mengelakkan artwork jadi kotor.

    ReplyDelete