Pages

Nuffnang Ads

Thursday 6 October 2011

Sembang Komik Bersama Retah dan Penerbitan Komik Visikreatif

Salam dan selamat sejahtera semue. Semoge barade didalam keadaan sihat, aman dan tenang selalu. Dari minggu lepas aku kebosanan disebabkan takde job baru yang masok. Itu termasoklah job ilustrasi atau komik. Setiap kali aku menopup internet, aku akan check email aku, kot-kot ada job baru masuk, tapi malangnya masih takde satu pon. Begitu jugak dengan proposal komik baru, yang aku ingat nak siapkan sebelum kahwin, masih belom mendapat lampu hijau.

komik multiverse yang dirancang untuk siap sebelom aku kawen ni, mungken tak sempat disiapkan disebabkan proposalnya masih dihold

bila aku membuat komik, ceritanya dan lukisannya akan difikirkan dengan teliti.


Dengan kebosanan melampau dan muke tak malunye, aku menghubungi seorang kenalan lama aku bernama butet the great atau juga dikenali sebagai retah. Aku bertanyekan die kalau-kalau die ade job untuk aku. Die kate ade BANYAK! Aku pun mintakla sikit supaya diberikan 1 atau 2 job untuk mengisi masa yang amat lapang serta poket yang sudah kering ni. Dua hari lepastu, kami berjumpa. Selain itu, dia jugak ada membawa contoh produk die.

antara job yang aku dapat hasil dari perjumpaan ini


Sirius, retah tak tau langsung yang aku dah lame berenti kerje dekat cyberjaya dulu. Ok... mungkin kami jarang berhubung, tapi kami tetap member. Kini retah adalah pengarah dan juga ketua editor di visikreatif publication sdn bhd. Pergh... kagom sekejap aku. Memang usaha dan minatnya menjadi kenyataan jugak untuk mempunyai syarikat komik sendiri. Dia menunjukkan beberapa komik (novel grafik) yang telah syarikatnya terbitkan. Taklah banyak sangat, sebab baru bertapakla katakan. 

ofis visikreatif setahun lepas cume sebuah kilang printer


Sekali aku selak-selak isi komik itu, aku tengok... pergh! Ini sudah bagos! Lukisan boleh tahan jugak. Memang retah ni pandai carik pelukis berbakat untuk berkarya dengannye. Aku tak ingat name pengkarya berkenaan dah tajok komik tu, sebab baru dalam proses mokap. Yang aku pasti kebanyakan pengkarya di visikreatif adalah kawan-kawan aku di facebook jugak.

Lagi satu hal yang membuat aku pelik, kerekter, penceritaan dalam komik, dan tema yang dipersembahkan didalam komik adalah OPEN. Contohnya macam kerekter perempuan, anda bebas nak bagi dia pakai apa. Kecuali yang bagi kerekter tu jadi hentai. Selain tu, nama yang korang bagi untuk kerekter itu pon bebas! Janji sedap didengar. Tema cerita jugak BEBAS! Nak buat cerite misteri ke, pasal cinta ke, kehidupan remaja, hantu ke semuanya boleh. Janji ceritanya menarik!

retah tetap yakin dengan usahanya walaupon pernah difuck berkali-kali. kalaula aku ade semangat untuk berjaya macam mamat ni, memang rase-rasenye aku pon boleh sukses.


Aku cakap, WOW! Ini sudah bagos! Kalau macam ni, sesiape aje pon boleh berkarya dengan visikreatif. Dan sudah tentu polisi yang lebih open akan dapat menarik perhatian ramai pengkarya. Aku tanya retah, “ko tak kisah ke kalau kerekter dalam komik yang ko terbitkan ni tak bertudong ke, pakai ketat ke.” Dia kate, “no problem. Aku buat komik ni OPEN supaya boleh diterima macam-macam jenis pembaca dan boleh masuk pasaran luar yang boleh diterima ramai.” Aku pike, dia ni memang berani betol... dan aku bersetuju dengan polisi penerbitannya.

salah satu produk visikreatif dalam novel grafik. memang perfect!


Bermakna, tak kisahla aku nak buat kerekter bertudong ke, tak bertudong ke, ade scene pembunuhan kejam ke, ade scene hantu penanggal ke kat dalam komik aku. Janji content menarik, semuanya OK! Keadah bayaran mestilah royalti 10%. Tapi aku tak taula yang 10% tu untuk 1st print atau 3rd print. Tapi kalau untuk 1st print, memang sah aku join!!
Aku jugak belom bertanyakan tentang kaedah lump sum, samada ia wujud ke tidak dalam pembayaran untuk novel komik. Dia jugak ada bagitau aku pasal future planningnya dalam dunia perkomikkan untuk masa depan. Tapi hal ni masih lagi rahsia dan aku tak boleh menyebotnye disini. Sebab dia pon masih belom boleh menjamin apa-apa. Tapi aku yakin, sebab aku kenal sangat perangai retah ni yang hati kering. Nak tak nak die mesti buat jugak satu hari nanti.

kad bisnes retah, boleh hanto karya anda dekat die ni kalau nak test nasib.


Sambil itu dia jugak masih tengah mencari-cari pengkarya (pekomik) yang sudi berkarya dengannye. Kepada sesiapa yang berbakat besar dalam penghasilan komik, tapi tak pernah diterima proposal/artwork oleh mana-mana syarikat penerbitan, bolehlah berhubung dengan butet the great a.k.a retah melalui e-melnya butethegreat@yahoo.com untuk mempersembahkan proposal korang.

Sekian, majulah komik untuk negara!

3 comments: