Pages

Nuffnang Ads

Wednesday, 9 May 2012

Riview komik Ali & Tuah dan misi 10A+


Mintak maaf semua. Sekali lagi aku telah membiarkan blog aku bersawang.



Aku baru baca komik ali dan tuah-sarang 4 penjahat dan jugak, misi 10A+. Aku dapati macam membaca komik yang ditulis oleh 2 orang yang berlainan kedua2 komik ni. Macam matter dan anti-matter gitu.

Mula2 aku baca komik ali dan tuah. ilustrasinya memang ok. Biasela. Afiq punye lukisan, memang berkualiti. Mula2 nampak macam best. Lepas bab 2 dan bab yang ali dan tuah jumpa naga, aku dah mula rasakan yang komik ini tak ditulis dengan sirius... fuck.

Lagi sekali, macam dalam aviasi fantasi, aku dapat tengok binatang heksapod. Iaitu naga, dan beberapa haiwan yang takde dalam fosil rekod iaitu, harimau jadian, gajah jadian dan burung entah ape ntah namenye yg nampak macam angrybird tu. Aku tak ksah kalau cerita ni fantasi atau berlaku didalam dunia lain. Tapi bila diorang pon menyebut nama2 diety yang sama dalam dunia kita, nampak macam tak kena pulak.

Oh. Lupa aku nak bagitau, tahun lepas hingga tahun ni, aku masih tak berhenti belajar astronomi dan evolution (by natural selection) dengan lebih mendalam. Lagi2 berkenaan dengan sejarah planet kita. Dan psuedo science yang cube diperkenalkan oleh creationist untuk melawan evolutionis. Dengan ni, baru aku boleh carik mane2 topik yang kena dengan claim oleh dua2 pihak. Aku dapati... ini cerita lain. Lain kali aku cerita.
Berbalik kepada naga didalam ali dan tuah, ia adalah binatang hexapod. Macam yang aku bagitau dalam entri aku yang sebelom2 ni, aku dah jelaskan kenapa hexapod tak wujud di planet kita (serangga tu dah masuk lain cerita, diorang tu haiwan anthropod).

Kalau kita tengok ilustrasi diatas, semua makhluk diatas planet ini memiliki ciri2 yang hampir sama. Ini disebkan kita berubah dari plan genetik yang asal dari hidupan yang terdahulu. Mata, telinga, hidung dekat kepala. Ada 2 kaki depan dan 2 kaki belakang. 5 jari yang dimiliki oleh kebanyakkan mamalia dan lain2.
Kaki depan yang dimiliki mamalia berubah menjadi sayap contohnya, kelawar(mamalia terbang) dari masa kesemasa dengan komponen natural selection.
Burung pulak mendapat kepak dengan trade-in yang sama, dari tangan depan. Bila nenek moyang diorang, archaeopteryx dan berpuluh2 lagi transitional fossil dinosaur separuh burung mula menyesuaikan diri dengan aviasi.
Naga atau apa pun namenye yang sesuai menggambarkan binatang itu, boleh wujud. Tapi trade-in yang aku sebutkan diatas tak boleh dielakkan. Reptilia jugak tak tertinggal dalam menyesuaikan diri dengan aviasi. Sebab tu aku kata, haiwan seakan2 naga ada kebarangkalian untuk wujud.
Contohnya macam pterosaur dan beratus2 lagi spesis reptila yang boleh terbang dizaman purbakala. Mereka masih mematuhi hukum trade-ini. Mereka berubah(evolve) dari nenek moyang mereka yang mempunya 2 kaki depan dan 2 kaki belakang ------ 2 kaki/2 sayap dan 2 kaki belakang. 
hidupan bertulang belakang diatas darat menggunakan blue print haiwan ini, tiktaalik. boleh wiki nama ini untuk mengenali tiktaalik dengan lebih lanjut.
 
So, soalan aku sekarang, darimana datangnya sepasang sayap pada naga hexapod dalam evolusi haiwan diatas bumi ini?

Tentang harimau jadian dengan gajah jadian ni, aku ingat macam pengaruh hindu didalam masyarakat nusantara. Aku anggap aje benda ni sebagai mitos dan cerita yang tidak terbukti.
Dari segi saintifiknye, aku boleh cakap mutasi aje. Tapi mutasi tak boleh dikawal oleh kehendak individu contohnya macam sel kanser. Agagagaga.
Satu lagi tentang ‘aura’, macam mana kita nak ukur benda ni? Dekat mane kedudukan aura ni didalam spektum elektromagnet?
Kesimpulannye dekat sini, nazry ko memang tak sesuai tulis cerita bergenre fantasi. Memang hancur. No hard feeling bro.

Untuk misi 10A+ pulak, aku dapati komik ni lagi bagus dari siri misi2 yang lain. Sebab komik ni berwarna (1 point). Yang lain, semuanya okey. Kisah yang agak menarik adalah berkenaan dengan aizad dengan special trainingnya untuk menguatkan fizikalnya. Bagi aku, itu memang logik dan berkesan untuk menguatkan fizikal. 

Lagi point yang menarik adalah dekat pertandingan matematik peringkat daerah-negeri dan kebangsaan.
Pertandingan matematik peringkat daerah agak menarik. Dimana semua rakan2 zahid sangat cepat menjawab soalan dan meninggalkan dewan dengan cara yang cool. Kawan zahid yang bernama mat itu pun sangat cool sebab tidur selepas menjawab kertas soalan.

Kaedah menayangkan soalan menggunakan slide dalam waktu yang tertentu dan peserta kene jawab soalan dengan cepat adalah kaedah yang paling baik untuk menguji kepantasan peserta. Idea yang bagus. Ada lagi, menjawab soalan dengan menekan butang sepantas mungkin itu pun sangat menarik.
Cerita abang zack jugak sangat menarik... macam pernah kukenal cerita ini. Hehehe. Agak senang nak teka pada awalnya, siapa yang melukis lukisan misteri dimerata sekolah. Cuma yang menjadi tandatanya, apa jadi dekat abang zack lepas tu? Balik kampung?

Kesimpulannye dakat ni, nazry, kalau ko menulis cerita moden, memang best. Siri misi 8,10, 10+ memang ko punye legasi.
Aku rase ko ade kemampuan untuk menjadi penulis sci-fi yang bagus, kalau ko cube.
Skian terima kasih.





6 comments:

  1. Nah!! tu dia bila nizampac buat review..pedas dan jujur, sangat educated untuk aku, tunggu komen balas dari tuan punya komik lak..

    kedua-dua komik lum baca lagi, review ni sangat membantu aku..^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe. kitorang professional.
      saling boleh menerima kritikan yang membina.

      Delete
  2. Haha! Terima kasih atas ulasan kau, Pac. Aku harap kau boleh jadi pengulas tetap untuk semua komik kitorang. Insya-Allah, aku dan Afiq akan buat jauh lebih baik pada masa akan datang.

    Thanks! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak banyak komik tempatan yg aku rase layak menerima riview aku.
      senang citer, aku ni ade high taste terhadap komik terutamanya komik yg educational.

      ini asek2 komik malas aje... watak penjahat plak penjahat murahan. sampai bile kite nak statik macam ni aje? takde kamajuan langsung dalam penulisan komik?

      mari kite same2 memajukan industri komik kita, upgrade sikit komik kita.(nasihat ketas diri sendiri jugak)

      teroskan berkarya kepade korang berdua. aku menantikan yg terbaek.

      Delete
  3. kritikan yang best ... Teruskan dan jangan lupa update blog dengan karya terbaru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kaseh banyak2.
      itu dah pasti.

      Delete