Pages

Nuffnang Ads

Tuesday 1 April 2014

life update part1

 
Bulan lepas january, february dan mac memang bulan paling awesome dalam tahun ni setakat ni. Antaranya  adalah disebabkan bulan ni aku dapat commission paling banyak dari sebelom2 ni dalam 1 bulan aje. Yeah. Agak susah jugak jugak sebenarnye nak menyiapkan kerja2 yang banyak. Tapi job macam ni la yang menguji kelajuan aku sambil mengekalkan kualiti ilustrasi yang awesome. Itu pun ada lagi 4-5 commission untuk bulan 3 ni. Banyak tu beb! Full kaler plak tu. aku ingat ramai commissioner luar negara nampak harga aku terlalu rendah, jadi ramai2 commissionkan aku serentak, sampai aku tak boleh nak handle. So, mulai 1 april aku nak naikkan harga dari USD15 ke USD45. ini bukan bermakne teros naik ke USD45. tapi ikut kategori, berapa ramai orang dalam ilustrasi, komik berapa petak dan kompleksiti latar belakang. Aku jugak dah tak upload artwork ke deviantart lagi disebabkan deviantart terlalu strict. Aku sensor ke tak artwork aku, bagi diorang anggap same aje. Diorang delete artwork, lepastu diorang block akaun korang selama sebulan. Memang fuck. So aku upload semua artwork terkini aku ke pixiv sekarang. Orang jepon ni memang open. Diorang dont give a fuck pon dengan ape yang korang lukes. Janji aku kene tag artwork aku dengan tag yang proper.


Selain itu, aku dah menghadiri perjumpaan ke2 group fb APOSL buat kali ke2 pada 8/2/2014 hari tu untuk delayed telecast debate antara bill nye vs ken ham, evolution vs creationism. Sebenarnye aku dah tengok debat ni 2 hari sebelum perjumpaan. Tapi memang aku sendiri nak dengar pendapat aku dengan rakan2 sains aku dalam hal ni, aku pergi jugak. Lokasi perjumpaan ni diadakan dekat rumah samuel loh. Memang kaye gile kawan aku sorang ni. Rumah beso nak mampos kawan aku ni. Bini amoy lawo, anjing mahal, kete beso, fuck aku rase aku tak patot bergaul dengan diorang ni. Lagi satu, diorang ni cakap BI aje memanjang. Begitu jugak dengan kawan2 APOSL ni. Diorang ni memang orang sains betol. Aku rase macam fuck kalau nak dibandingkan knowledge aku dengan diorang ni pasal real world. FYI, semua ahli APOSL ‘percaya’ akan evolution, termasuk aku. Bila aku cakap pasal percaya, aku tak maksudkan aku percaya (believe) in evolution. Tapi kami paham kenapa evolusi adalah perkara yang benar dan kami menerima evolution sebagai realiti.

Jadi kami secara basicnya berpihak kepada bill nye. Bukan sebab bill nye seorang saintis. Ini disebabkan evolution adalah subjek sains dan teras biologi. Ini macam seorang geologist harus percaya plat tectonic. Kalau seseorang tu geologist tapi dia tak percayakan plate tectonic, maka dia buat sains dengan cara yang salah. Ramai saintis diseluruh dunia mengecam perbuatan bill nye untuk berdebat dengan ken ham. Ini kerana creationism bukan sains. Tak patut untuk didebatkan lagi hal ini. sebelom tayangan semula debat ada sorang pakcik cina ni sembang dengan aku (dia ni orang inteligent design). Dia tanya aku macam2. macam mana aku boleh ada kat sini, memandangkan ada sorang melayu aje yang ada kat situ. Aku cakap aku minat sains, aku berminat untuk mengetahui perkara yang betul. Dia macam tak percaya dalam ramai2 ahli APOSLE ade sorang melayu sesat kat situ. Well, aku ade kat situ, what you gonna do? Hahahaha.
 
ken ham menghadapi krisis kewangan untuk "taman temanya". berkemungkinan tujuan debat ini diadakan untuk mengaut keuntungan dari jumlah kutipan wang masuk creation museum nya.
Sebelom tu, bio aku perkenalkan siapa ken ham dulu. Mamat ni adalah director dekat creation musium dekat petersberg, kentucky. Dia percaya yang yahweh mencipta alam semesta ini dalam masa 6 hari dan semuanya berlaku serentak lebih kurang dari 6000 tahun dulu mengikut genesis yang didapati dalam bible. Ok. Mula2 biar aku terangkan kat sini, aku tak attack mana2 agama. Tapi bila ada pihak yang mengatakan, ok dalam kitab suci aku ini sains, aku terpaksa tak bersetuju. Ken ham jugak percaya akan penciptaan adam daripada debu dan eve dari pada tulang rusuk adam. Dah tentu korang akan pikir, ini memang bullshit.

Didalam debat itu, dia menyatakan haiwan macam harimau, singa, serigala diciptakan dalam bentuk asalnya sebagai herbivor, pemakan tumbuhan. WTF?? Selepas kejadian banjir besar didalam bible baru haiwan2 berkenaan jadi pemakan daging (karnivor) disebabkan original sin. Kalau korang tak paham apa itu original sin, korang boleh refer old testament dalam bible tentang noah dan banjir global. Ken ham menerangkan, semua hidupan dijadian dalam bentuk asalnya oleh yahweh, macam anjing memang anjing, ikan paus memang ikan paus, manusia memang manusia sejak mula2 lagi. Semua spesis yang ada diatas muka bumi ini diciptakan dengan bentuk asalnya oleh tuhan sejak dulu lagi. Ken ham jugak menerangkan kenapa kaedah radiometric dating tak boleh dipercayai untuk mengukur umur dunia ini disebabkan kau tak berada disitu (ditempat kejadian) semasa semuanya berlaku. Jadi, bible adalah satu-satunya keterangan yang boleh dipercayai disebabkan tuhan (yahweh) cakap macam tu.
 
bill nye ni rupanya anak murid carl sagan pada satu masa dulu. patutla dia pun turut sama hebat dan berkarisma macam carl sagan. disamping minat beliau untuk memperjuangkan kepentingan pendidikan sains untuk rakyat amerika dan seluruh dunia.
Bill nye pulak memberikan bukti-bukti kukuh kenapa keterangan ken ham salah. Bill nye menjelaskan kaedah untuk mengetahui umur planet bumi dan alam semesta serte perkara yang berlaku pada masa yang lalu macam dalam cerita CSI. Memang aku dan kau tak ada dekat tempat kejadian untuk menyaksikan semuanya, tapi kesan-kesan yang ditinggalkan membolehkan penyiasat dan makmal CSI menentukan macam mana proses jenayah dilakukan dan siapa penjenayahnya. Radiometric dating adalah teknik yang boleh dipercayai setakat ini (korang kene baca buku the magic of reality yang ditulis oleh richard dawkins untuk mengetahui kenapa radiometric dating adalah kaedah terbaik untuk mengetahui umur sesuatu fossil). Bill nye menjelaskan evolusi boleh berlaku dalam jangka masa umur manusia (lebih kurang 25 tahun) untuk spesis cicak di galapagos dan boleh diperhatikan. Dia menjelaskan keadaan macam setiap spesis terjadi macam poof!! adalah sangat mustahil. Sebaliknya random genetik mutation yang menyebabkan spesis boleh berpisah dan melalui jalan lain lalu menjadi spesis lain melalui natural selection dalam beberapa juta tahun. Bill nenunjukkan beberapa fossil hominin (dalam kes evolusi manusia) yang dijumpai dengan turutan yang betul dimulai dengan austrolophiticus dari 4 juta tahun dulu diikuti dengan homo habilis, homo erectus, homo neanderthal homo antasesor, homo heidelbergensis hingga ke archaic homo sapeins 200,000 tahun dulu.

 Grand canyon juga menjadi bukti kenapa planet ini berumur jutaan tahun disebabkan proses semula jadi yang memakan masa jutaan tahun. Satu lagi fossil yang paleontologist jumpa selama ini tak salah tempatnya dalam setiap lapisan tanah. Kita boleh jumpa fosil mamalia, diatas bukan dipaling bawah contohnya pada era cambrian. Sedangkan apa yang saintis jumpa, semua fosil hidupan yang dijumpai mengikut turutan, dimana hidupan yang kurang kompleks di lapisan paling bawah, dan semakin kompleks diatas. Dan mengapa hanya marspuial sahaja dijumpai di australia. Ini disebabkan continental drift yang berlaku jutaan tahun dahulu, dimana plat yang menanggung australia berpisah dari pangea disebabkan pergerakan tectonic plate yang tak pernah berhenti. Disebabkan ini haiwan di australia berevolusi secara indipendant dari tanah besar. Kalau sebagai marsupial yang ada advantage disitu, maka marsupial lah yang thrive disitu, dimana cerita didalam bible tentang global flood tak menjelaskan perkara ni.
Bill nye juga menjelaskan yang sains boleh meramalkan sesuatu macam; disebabkan kita bervolusi dari common ancestor, ini bermakna kita boleh jumpa fosil nenek moyang kita yang macam ikan tetapi bersifat tetrapod dapat dijumpai. Ya, fosil ini sudah dijumpai pada tahun 2001 dulu dekat amerika utara dan diberi nama tiktalik. Tetrapod bermaksud binatang yang mempunyai 4 anggota. Kalau kita tengok, semua haiwan terutamanya mamalia, reptilia dan amfibia mempunyai binaan asas yang sama iaitu 2 kaki depan dan belakang (tetrapod). Ini menjelaskan yang kita berkongsi nenek moyang yang sama lebih dari 200 juta tahun dahulu. Bill nye jugak memberi point kenapa ahli pengkaji bintang menjumpai CMB radiation yang menunjukkan alam semesta ini berusia lebih dari 6000 tahun, iaitu 13.7 billion tahun. Kebanyakan bintang juga berusia lebih dari 6000 tahun cahaya dengan teknik mengira kecerahan type 1A supernova (korang boleh tengok kuliah prof lawrence krauss untuk paham bende ni). Dan betapa pentingnya matapelajaran sains untuk ganerasi muda didalam amerika untuk menjamin kemajuan negara. Korang patut tengok sendiri debat ni dalam youtube sebab tak semua point ken ham dan bill nye aku sebotkan kat sini.

Diakhir debat, terdapat sesi soal jawab dari penonton. Dan yang paling menarik adalah soalan yang diajukan kepada bill nye dan ken ham alah berbunyi macam ni, “apakah perkara yang membolehkan korang berubah fikiran?”
 
melalui kajian sains dari pelbagai bidang, arkeologi, palentologi, genetics, manusia hanya produk alam semula jadi macam semua kehidupan lain diatas planet ini. yeah, kita ada sepupu spesis terdekat bernama homo neanderthal 400,000-500,000 tahun dulu yang berkemungkinan interbreed dengan homo sapiens untuk blend in.
Bill nye menjawab, bagi aku bukti yang fosil haiwan kompleks muncul di lapisan yang salah, dan aku akan ubah fikiran.
 
mengikut old testament, adam dan eve diciptakan oleh yahweh didalam garden of eden. kemudian eve ditipu oleh syaitan dalam bentuk ular dan menyebabkan kedua-duanya disingkir dari situ. pengkaji sejarah beranggapan ia diplagiat dari epik gilgamesh bersama beberapa cerita lain termasuk kisah upnapishtim. kemudian cerita didalam old testament ini diplagiat oleh 2 agama baru yang datang kemudian. boleh pulak adam dan eve tu ada pusat pulak, padahal diorang tak lahir dari kandungan sesiapa pun.
Ken ham pulak, aku seorang kristian, bible adalah kata2 tuhan dan ia adalah betul sampai bila2. Aku tak akan berubah fikiran.

Jelas sekali, kita boleh tengok dekat sini, siapa dickhead. Tapi untuk ken ham, macam debat ni tak berbaloi disebabkan dia tak mungkin berubah fikiran selepas dibentangkan dengan macam2 bukti saintifik. Tapi tujuan bill nye adalah untuk menyedarkan para penonton untuk sedar yang sains penting dalam kehidupan semasa dan creationism adalah bullshit dan tak masuk akal langsung.

perbandingan bukti evolusi dan bukti yang menidakkannya.


Sebelum bersurai aku tanya kawan aku, pepper lim, siapa pakcik yang tanya aku macam2 tadi. Dia cakap pakcik tu cikgu sains, tapi dia orang inteligent design (juga seorang kristian). OH SHIT! Sebab aku mencarut bila ken ham cakap ada buku (bible) yang menjelaskan masa bill nye cakap “ aku tak tau jawapan untuk soalan ni”, aku rasa bersalah pulak kat pakcik tu...  lepas sampai rumah, aku pikir2 balik, fuck! Apasal aku sorang aje melayu yang ada dekat gathering tu? korang cube bayangkan dekat situ ada sorang aje melayu yang peduli entang sains, tentang apa benda yang betul. Korang tak rasa fucked up ke? Ape kene dengan bangsa aku? Macam mana aku nak setlekan twinx sedangkan orang melayu sendiri tak penah berminat dengan sains, dengan kebenaran?! Fuck! Fuck! Fuck this shit!

Pada 22/5/2014, kawan aku samuel loh yelah mengadakan street survey disekitar KL macam bukit bintang, kl sentral dan sungai wang berkenaan dengan sains. Ada 3 soalan yang dikemukakan secara rambang. Iaitu:

1. Humans are developed from earlier species of animals. (True/False/Not sure)
2. Sun Goes around the Earth. (True/False/Not sure)
3. At least 1 of them exist- Ghost, Spirits, Penunggu, Vampires, Toyol, Pocong, Langsuir. (True/False/Not sure)

aku terjemahkan dalam bahasa melayu:
  1. manusia berasal dari spesis haiwan sebelumnya. (benar/salah/tak pasti)
  2. matahari mengorbit bumi. (benar/salah/tak pasti)
  3. sekurang kurangnya salah 1 dari benda2 ni wujud- hantu, roh, penunggu, toyol, pocong, langsuir. (benar/salah/tak pasti)

 dan ini aku quotekan respon kawan aku tu lepas mengadakan street survey dekat page rasmi APOSL:

The responses we got were shocking. Stay tuned while we compile the data. In the mean time, take a guess on what the average Malaysian thinks”.

Maklum balas yang kami terima sangat mengejutkan. Teruskan bersama kami untuk kami mengumpulkan data. Dalam masa yang sama, cuba teka apakah jawapan kebanyakkan orang malaysia.”  

Ok. Ini jawapan aku, personally.
  1. benar.
  2. salah.
  3. tak pasti.

Ini pulak keputusan dari survey yang aku teka:
  1. salah
  2. salah
  3. benar

bagi aku keputusan ini memang menakutkan. Tapi ini belum pasti lagi. Kalau ada apa2 update, aku akan letak dekat sini.
Majulah sains untuk negara.



5 comments:

  1. pengalaman yang menarik. such an interesting debate. thanks for sharing.

    ok ini jawapan aku:
    1. salah (aku percaya creationism in dogmatic way not evolution)
    2. salah
    3. salah

    ReplyDelete
    Replies
    1. maklum balas yg bagus. nanti aku update dengan kawan aku yg buat survey tu.

      Delete
  2. nice post bro..

    Ramai orang kita yang masih tidur.. Tidak mahu berfikir luar sedikit dari kebiasaan atas alasan takut terpesong. Sememangnya perkara diluar kebiasaan tidak semestinya betul, namun ada kemungkinan ianya lebih mendekati kebenaran dari apa yang kita sedia yakini..

    keep up the good work :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks man. sori lambat reply. tak dapat notification langsung ada komen. ko agak2 kalau aku buat entri macam ni lagi, ramai orang minat baca tak?

      Delete