Pages

Nuffnang Ads

Sunday, 4 September 2011

Riview: Final Destination 5 - Di Summit USJ1

Salam dan selamat sejahtera. Diharap semuanya berkeadaan sihat sejahtera dan tenteram. Aku baru lepas balik dari menonton filem final destination 5 pukul 12.15 tadi. Sebenarnya aku memang takde niat langsung nak menengoknye hari ni... Tapi disebabkan aku ngan tunang aku dah datang jaoh-jaoh ke summit, terpakse jugaklah die temankan aku tengok citer ni sebab boring sangat.

antara filem yang paling aku gemari sepanjang hayat. aku ada koleksi filem dari FD1 sampai FD4.


Bagi aku, filem ni bukanlah dalam kategori sci-fi ke ape... Cuma aku suka tengok orang mati dalam keadaan yang pelik-pelik dan ekstrim yang cuba untuk dipaparkan. Dan yang penting adalah misteri!

Tunang aku tu tak suke tengok cerite ngeri-ngeri ni. Sepanjang dekat wayang tadi pon die asek dok menyorokkan muke aje... hahaha. Ape boleh buat? Dari pade tengok sorang-sorang baek tengok berdue ye tak?

Macam biasela kan FD, cerita pasal sekumpulan manusia yang terselamat dari maut. Dan maut mencari sorang-sorang manusie yang terselamat dari maut yang sepatotnye menimpa mereka dari awal. Setiap kali filem FD baru aje, peminat mesti dah tau basic pasal filem ni... kinda boring jugak sebenonye. Tapi apa yang membuatkan filem ni best, adalah cara sesuatu kerekter itu mati dengan tragis dan misteri sekali. Dan masing-masing cuba sedaya upaya untuk mengelak maut. Kadang-kadang, ada yang tak cuba langsung mengelak maut. Situasi ni biasenye berlaku pade watak yang TIDAK berdamping dengan watak utama. Dan watak yang cube mengelak maut, adalah watak yang rapat dengan watak utama.

Ada juga teori-teori yang dikemukakan untuk mengelak maut, macam dalam FD2, untuk mengelak maut, kita kena selamatkan orang yang hendak melahirkan anak. Dalam FD1, watak utama cuba mengelak maut dengan berkurung didalam rumah dan mengelak dari berinteraksi dengan orang ramai, benda-benda merbahaya dan bencana alam. dalam FD 3 dan 4 pulak, watak utama dan kawan-kawan rapatnya akan berkumpul bersama untuk melindungi nyawa masing-masing dari maut itu sendiri. Dan akhir sekali dalam FD5, untuk mengelak maut, kita boleh korbankan orang lain untuk mati ditempat kita.

Tetapi, akhirnya maut tetap menanti selepas setahun, sebulan tau dua minggu. Apa moral cerita ini? takde sape boleh mengelak maut. Walaupon kita boleh mengelak turutan maut, ia akan datang balik mencari kita bila sampai kitarnya semula...

Apa yang menarik tentang FD5 ni, ia adalah starting point FD1. hahaha... lepas watak utama yang bernama sam tu masuk kapal terbang dan terlihat pergaduhan didalam pesawat dan ada sebut penerbangan itu ke perancis, baru aku sedar, yang scene itu terdapat didalam FD1. cayalah FD. Memang tak pernah menghampakan peminatnye. Hahaha...

sekian terima kasih!

2 comments: