Pages

Nuffnang Ads

Tuesday 30 August 2011

Makhluk Asing (part 2)

Salam dan selamat sejahtera semua. Semoga anda sihat dan aman selalu. Setelah sekian lama, baru aku teringat balik nak buat entri yang kedua berkenaan makhluk asing. Topik kali ni lebih kompleks sikit. Iaitu makhluk asing yang bertamadun.

Emmm... Aku terpaksa pendekkan entri kali ni. Sebab takut menyentuh hal-hal sensitif dan untuk mengelakkan diri aku kene fuck.

Apakah maksud makhluk asing? Secara ringkasnya, sebarang kehidupan yang boleh kita jumpa selain di bumi.
Tetapi, macam mana kalau makhluk asing yang bertamadun? Makhluk asing yang mampu membina bangunan, kenderaan, bersosial, mempunyai pentadbiran dan undang-undang? Haa.... ni yang berat sikit ni. Aku sebagai pelukis komik sains fiksyen memang banyak memikirkan permasalahan ni. nak tau sebab apa topik makhluk asing bertamadun ni bermasalah?

  1. makhluk hidup memerlukan masa untuk berevolusi untuk mencapai status makhluk yang mempunyai kesedaran.
  2. evolusi tidak memerlukan tangan pencipta dalam prosesnya (inilah masalah yang paling besar).
  3. masa yang diambil untuk berevolusi sangat-sangat-sangat lama.
  4. lepas sesuatu makhluk itu sudah mempunyai kesedaran, bagaimana pula dengan kepercayaannya?

Kalau boleh aku tak mahu sentuh isu ni. Tapi ada sesetengah penulis sains fiksyen tempatan main ‘skip’ aje isu ni. Dan aku cuba nak ingatkan balik untuk tidak melakukan skiping tanpa berfikir panjang.

abad ke 21 adalah masa untuk giordano bruno membalas dendam!

Macam profesor Michio kaku pernah sebutkan dalam ceramah sainsnya, kalau ada dunia lain yang dihuni oleh makhluk lain di angkasa lepas, dekat situ ada pope juga ke? Ada chirst dan saint jugak ke? Isu ni boleh buat kite pecah kepala untuk memikirkannya. 400 tahun dulu, seorang astronomer bernama giordano bruno dihukum mati oleh pihak gereja katolik disebabkan dia membuat teori wujudnya banyak dunia lain, planet lain yang didiami makhluk asing di angkasa lepas. Well, 400 tahun kemudian, tengoklah apa yang KEPLER dapat? Beratus-ratus exo planet di angkasa lepas dikesan setiap tahun! Dengan teori fizik masa kini juga, munculnya M-theory dan string theory, yang menyokong kewujudan tak terkira banyaknya multiverse diluar alam semesta kita.

goldilock zone mengikot drake equation. jarak planet dan bintang menjadi faktor utama untuk membenarkan air wujud dalam bentuk cecair diatas permukaan planet. tak terlalu dekat dan tak terlalu jauh.


Aku rasa ramai orang takkan percaya dengan info yang aku bagi ni. Kalau macam ni senang aje, buktikan dekat diri sendiri dulu. Taiplah keyword m-theory, string theory, KEPLER, giordano bruno, exo planet, gliese 581, goldilock zone dan macam-macam lagi topik yang berkaitan dekat google ke yahoo ke, metacrawler dan sebagainya.

sistem gliese 581 berada didalam senarai teratas bagi exo planet hunter!


Baca, fahamkan. Perlu diingat, alam semesta ini terlalu luas. 13.7 juta tahun cahaya luas jaraknya. Sedangkan planet bumi ni macam seketul habuk sebesar zarah aje dekat dalam alam semesta yang luas itu. Tak mungkin kita bersendirian.

Bila kita tengok wayang cerita asal makhluk asing macam green lantern, thor, superman, super 8, battle lost angeles dan macam-macam lagi filem yang ada highly inteligent alien, kita tak fikirkan ke logik asal-usul makhluk itu? Ustaz zakir naik pernah berkate: orang yang mempunyai kepercayaan harus berfikir secara logik.

Akhir kata, jangan terkejut pulak kalau ada editor dimana-mana syarikat komik rijek proposal anda kalau didalaminya ada sentuh pasal alien.

Takkan ade lagi entri makhluk asing part 3 selepas ini. hehehe...
Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment