Pages

Nuffnang Ads

Friday 26 August 2011

The Making Of Twin-X #4 - Kepayahan menaip dialog komik sci-fi/sci-fact


Salam dan selamat sejahtera. Semoge anda aman dan tenang selalu. Semalam aku sudah mengupload kesemua manuskrip dan dialog twin-x4 kepade tuan wanzu. Aku rase die mesti dah bercuti balek kg sekarang ni.  

manaip dan menyusun atur dialog didalam komik twin x4 bukanlah perkara mudah

Walau bagaimanapon aku masih belom menghantar cover dan fan art. Sebab aku masih menunggu sampai malam ni lebeh kurang pukol 1230 malam (27/8/11) untuk semua fanart sampai ke emel aku. Hehehe. Setakat ni, pukol 5:52 petang aku baru dapat 7 fanart iaitu dari xan,irfan,nuri hime,mustaqim,lavendra dan butet.

Disini aku nak cerita sikit tentang susah payah menulis cerita twin-x 4 ni. Serius aku cakap, inilah volume twin-x yang paling rumit. Ini disebabkan, aku harus memahami sistem suria terutamanya jupiter dan memahamkan pembaca tentang sistem suria.

Didalam komik ini jugak terdapat banyak istilah-istilah bahasa inggeris yang tidak mempunyai perkataan dalam bahasa melayu. Dan mengikut kamus bahasa melayu susah nak di translate kan. Dan ade pulak perkataan yang tak boleh nak di translatekan lalu menjadi sama bunyi dengan perkataan asal (BI). Ada jugak perkataan BI yang terpakse aku guna jugak sebab kalau aku translatekan jugak, bunyinye jadi hodoh sangat. Teros rosak ayat dalam komik atau lari maksod.

Contoh2 masalah diatas adalah:
  1. wobble - bertatih-tatih
  2. short cut - jalan pintas
  3. normal-matter - biasa-perkara
  4. antimatter - antimatter
  5. cosmic microwave background - tanah belakang gelombang mikro kosmik
  6. shaft - aci
  7. fuselage - fiuslaj
  8. AI – (same)
  9. big bang - besar bang
  10. tune/tuning - lagu / tuning
  11. deadline – tarikh akhir
  12. jovian - luhur
  13. transponder – (same)
  14. proposal - cadangan
  15. helmet – topi keledar
  16. shuttle - ulang-alik
  17. volume - kelantangan
  18. super – (same)
  19. dating – (same)
  20. set - menetapkan
  21. output – (same)
  22. flux - fluks
  23. debris - serpihan
  24. ferit – (same)
  25. diboride – (same)
  26. team - kumpulan
  27. quark - Kuark
  28. skalar - ?
  29. staging - menganjurkan
  30. booster – (same)
  31. doppler effect - kesan Derma
  32. title - tajuk
  33. particle collider - zarah collider

ade sesetengah perkataan tu boleh buat aku tergelak sampai macam nak pecah perotla  bile ditranslatekan...

kadang-kadang aku rase macam nak tambah sendiri perkataan dekat dalam kamus dewan bahasa... yelah. Contohnye macam matahari yang melakukan wobble setiap masa. Takkan aku nak cakap matahari itu bertatih-tatih setiap mase?? Jadi aku ubah sendiri maksod perkataan itu mengikot fahaman aku sendiri. Aku ubah wobble = berhayun.

Lagi satu ayat shortcut. Semue orang pon tau ayat shortcut bermaksud jalan pintas. Tapi sesiapapon tak kirelah fanatik agama yang langsong tak boleh trime sains akan mengaku yang dekat angkasa lepas TAKDE jalan atau jalan raye. So, laluan terdekat antara orbit ni, aku gambarkan sebagai shortcut aje.

Yang paling menarik adalah perkataan fuselage. Siapa tau ape bende fuselage tu? Kalau korang pakai google translate pon, takkan ade maksud untuk fuselage. Tapi aku boleh terangkan apa maksud fuselage tu.
Fuselage=ambil contoh sebuah kapal terbang, bahagian SELAIN sayap (termasuk enjin thruster) dan sayap ekor itulah fuselage.

Aku ni dahla cepat bosan bile menaip dialog. Lepas tu dialog yang ditaip pulak macam ni... lagi bosanla aku.keseluruhan masa menaip dan menyemak dialog mengambil mase 3 hari. Fuh! Bosan. Tapi ape boleh buat? Aku sangat2 cintakan sains.

Besok aku akan buat lagi the making of twinx4 macam ni. Terutamanya untuk menghargai penyubang fanart

komik-m di POPULAR jusco bukit raja. banyak dan diletakkan ditempat yang sepatutnya.

komik-m di MPH jusco bukir raja. sangat sedikit dan bercampur dengan buku-buku lain di rak yang terpencil

No comments:

Post a Comment