Pages

Nuffnang Ads

Sunday, 28 August 2011

The Making of Twin-X4 - Mokap kaver dan penerbitan seterusnya



Salam dan selamat sejahtera. Semoge aman dan tenang selalu.
Akhirnye dengan perassan yang amat lega, berjaye juge aku menghantar semue fil-file yang berkenaan kepada editor.

kaver cadangan untuk twin-x4.aku harap takkan ade perubahan pade saat akhir macam dulu.


Terima kasih banyak-banyak diucapkan juga kepada penyubang fanart yang bertungkus-lumus untuk memberikan yang terbaik untuk isu twin-x ke empat ini. aku macam nak tunjukkan sekarang fanart-fanart itu, tapi nanti tak surprise la pulak...

So, diharap bersabar ajelah. Tinggal 2 bulan aje lagi komik ni akan keluar. Tu pon kalau semuenye berjalan lancar. Walaupon aku sudah hantar cover untuk isu ke 4 ni, ia maseh belom komfom lagi. Macam kes isu 3, kaver yang aku hantar maseh kurang menyerlah dan menarik perhatian. Maka, saudara zool dijempot untuk membuat kaver bagi twin x3. dan yang paling best, kover itu telah muncul sebagai pemenang kaver terbaik dalam anugerah pekomik 2011. ini menunjukkan, walaupon aku boleh buat komik, itu tak bermaksod aku terer buat kaver.

Sampai sekarang aku masih meneliti dan menyemak dialog dan buble walaupon dah lame jugak aku hantar... kot-kot ada banyak salah ejaan atau salah letak buble. Kalau aku jumpe mane-mane yang salah, akan aku betulkan dan update untuk pihak editor. Bukan ape... editor pun manusia jugak. Kot-kot terlepas pandang perkataan mana yang aku salah eja. Sebab tulah aku takkan berhenti menyemak dialog. Hehehe...

Untuk pengetahuan para peminat twin-x, siri ke 4 ini bakal menjadi siri yang terkahir. Tapi cerita ini belom tamat lagi. Aku bercadang untuk memberhentikan komik ni beberape tahun, sampai aku dapat hasil pulangannye semule. Yelah, aku dah melukes komik ni hampir 4 taon, tapi baru sekali aku dapat pulangan. Itu pon untuk isu#1. Isu 2 dan 3 kurang laris. Hehehe... mungkin ade masalah dalam penceritaannye kot?  Ini menunjukkan komik sci-fi tidak berapa mendapat sambutan disini.

Jadi ape aku nak buat lepas ni? Aku nak buat komik baru, bertemakan budak-budak sekolah yang kononnye sci-fi. Hehehe. Ape-ape pon nantikan preview komik terbaru dari aku dalam sci-fi universe. Nanti aku update pasal projek komik terbaru aku ni.

4 comments:

  1. selamat hari raya Pac, tak sabar hendak menambah koleksi komik Twin X.

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya jugak diucapkan. trima kasih banyak2 sebab menyokong twin-x.

    ReplyDelete
  3. twinX komik sci-fi yang best.. Tapi sayang penulis tak nak teruskan... Bila lagi nak berbuah komik best kat malaysia ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan tak nak troskan. aku cume hold dulu untuk tengok sale macam mane.

      Delete