Pages

Nuffnang Ads

Sunday 7 August 2011

memandang sesuatu kejadian dari luar kotak

Salam dan selamat sejahtera kepade pengunjung blog pacuniverse. Pade hari ni aku nak bercerite tentang melihat agama dari luar kotak. Ceritenye bermule dengan perbualan aku dengan adik kawan aku yang berbangsa cina. Hari ahad lepas aku dijempot oleh kawan aku pegi uluyam. Kampong kawan aku tula. Mase tu tengah sembang-sembang tentang anjing yang berkeliaran disitu. adik kawan aku cakap, "eh. you tak takot anjing ka? orang melayu banyak takut anjing, you tau ka?" bullshit, aku cakap. orang melayu takot anjing gile aje.
anjing ni sangat jinak dan comel. ia telah mendorong aku mengusap2 kepalanya (dalam keadaan tangan yang kering)

Lepas tu adik kawan aku tu bercerite tentang anjing yang tengah baring berdekatan dengan kitorang. Die cakap yang anjing ni sebelum kehidupannye yang mase kini mungkin adalah seorang manusia. Mungkin didalam kehidupannye yang lepas dia adalah seorang manusia yang jahat dan buruk perangai. Selepas kematian orang itu, dia dilahirkan semula sebagai anjing dan entah ape-ape lagi haiwan yang lebih rendah sifatnya dengan manusie. Aku tercengang kejap dan berfikir, biar betol? Lepas tu aku tanya pulak dekat dia yang dia tu beragama budha ke? Die kate ye, die bergama budha. Lepas tu aku tanye die balik, habes adek perempuan, emak ngan bapak kau pon same ke beragama budha. Dia kata ya, mereke beragama budha. Lepas tu aku tanye balek, kenape abang kau sorang aje kristian? Die berkate dengan tenang yang kite semua ade pilihan maseng-maseng. Terpulanglah pilihan ape yang kite nak ambek, tapi kita tetap satu keluarga. Aku cakap kepada diri aku sendiri, fuck me! Kenapa boleh macam ni, sedangkan agama yang keluarga aku anuti turon temuron tak boleh ade keharmonian sebegini? Kalau kakak aku ke, bapak aku ke anuti agama lain, tentu jiran atau ahli keluarga aku sendiri dah bunoh diorang. Well... ia kelihatan tak adil bukan? Hal ni bukannye susah sangat pon nak difikirkan ketidak adilannye. Sebab bende ni common sense. Tak payah jadi saintis roket pon boleh fikir pasal sesuatu yang adil dan baik... akhirnya, malam itu kami bertiga sama-sama menyaksikan tembakan bunga api dan mercun bersempena 'bulan hantu'. kononnye dengan dentuman mercun tu, hantu boleh takotla... berpuluh kali mercun ni ditembak selama seminit lebeh. nice!

Dua hari selepas kejadian itu, aku keluarlah makan malam dengan kawan aku yang kristian tu. Aku tanya dia pasal kelainan agama yang dianutinya dengan keluarganya. Serius aku cakap, aku dah lame kenal mamat ni sejak dari sekolah menengah. So, kalau kitorang bersembang, memang open gile, takde segan-segan kami nak bertanye pasal hal-hal sensitif. Jawapan dia pon same jugak dengan jawapan yang adeknye bagi. Ia adalah pilihan bebas masing-masing. Keluarganya langsong takkan halang. Lepas tu aku tanyelah die, yang keluargenye tak kesah ke kalau agama kristian tu salah dan agama budha tu betol? Pon die cakap keluargenye tak kesah. Ia pilihan masing-masing. Lepastu aku tanye dia balik, macam mana pulak dengan kehidupan selepas mati? Macam mana kalau lepas ni die dilahirkan balik sebagai pokok bayam ke, ulat sutere ke atau pon jesus selamatkan die dari seksaan api neraka? Jawapan dia, dia tak pasti macam mana kehidupan selepas mati. Ataupon bila kita dah mati, mati teros? Lepas tu aku tanya balik kenapa dia memeluk agama kristian dan dimanakah keistimewaanye. Die cakap dengan aku yang cara sembahyang sangat menarik. Boleh menyanyi dan menari, berdoa dengan bahasa yang mereka faham dan macam-macam. Yang paling mengagumkan aku, agama kristianlah satu-satu agama yang menjamin semue orang yang percaye dan menerime korban jesus akan masuk syurga. Well... memang menarik. Tahniah, kawan.

Die jugak ade sedikit tak puas hati dengan agama rasmi negara ni. Kalau orang lain nak kawen dengan perempuan melayu atau lelaki melayu kene masuk islam dulu. Aku cakap, bullshit! Tak semestinya. Dalam surat khabar dan mana-mana cerite, orang melayu sanggop kawen lari sebab tak mau tuko agame secara rasmi. Kire kawen diam-diamla dan memeluk agama lain. Cume perkara ni tak dihebah-hebahkan dan kawan aku tak tau. Bile die tanye aku, ape pendapat aku tentang orang melayu murtad ni, aku cakap aku tak peduli pon. Kalau aku pegi bunoh orang tu, aku boleh hidop aman damai ke? Tentula tak. Agama islam sendiri pon melarang dari mengambil nyawa orang lain. Mengambil nyawa seorang manusia umpama membunuh seluruh umat manusia.

Sepanjang zaman ni ade aje kisah-kisah tentang orang membunuh disebabkan agama. Bile kite tengok hal macam ni, rase macam jijik pulak. Saintis dan doktor kene bunuh dengan ahli agama, ahli agama bunuh kanak-kanak, orang awam dan macam-macam lagi. negara ini menyerang negara itu atas dasar agama dan kerakyatan. Yang paling best bile seseorang (tentera ke, polis ke, ahli agama ke) tu membunuh dengan menggunakan nama tuhan. tak rase malu ke dengan tuhan masing-masing? Itu yang tak best tu. Semua logik dan common sense hilang sebab.... lu pikirla sendiri.

sebelom mengundur diri, aku nak mintak maaf kalau aku ade menyinggung perasaan sesape kat sini. aku cube meluahkan ape yang terbuku dihati ini.
Beberape minggu ni memang banyak ilmu aku dapat dan minggu yang menarik. Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment