Pages

Nuffnang Ads

Sunday 31 July 2011

Riview Kepten Amerika


Salam dan selamat sejahtera semua. Aku baru balek dari menonton filem yang paling ditunggu-tunggu sejak 2009 lagi (bersame meow-meow mulot kuceng mate singe), iaitu captain america. Jujur aku katakan dekat sini, semua filem adiwira dari marvel tak pernah menghampakan aku setakat ni. Dengan tayangan filem captain america ini, tamatlah kisah persendirian ironman, thor, captain america, hulk dan lain-lain lagi dengan filem baru yang akan ditayangkan pade musim panas 2012.

Berbalik kepade kisah captain america, sekali lagi topik perang dunia pertama dan perang dingin diketengahkan. Macam filem x-men first class, hellboy, watchman dan lain-lain jugak pernah mengaitkan topik yang sama dalam cerita masing-masing. Howard stark banyak memainkan peranan dalam legasi mervel ni. Contohnya didalam filem ironman, howard stark membantu amerika syarikat untuk memenangi perang dunia kedua dengan mencipta bom atom dalam projek manhattan. Selain tu, howard stark bekerjasame dengan anton vankov untuk mencipta ARC raektor. Beberapa taon selepas kematian howard stark, anthony stark meneruskan legasi bapanya dan menghasilkan miniature ARC reaktor untuk menjana suit mark4-nya dan terhasillah ironman.

Didalam filem captain america juga, Howard stark membantu dalam penciptaan super soldier yang dikenali sebagai captain america. Nick fury jugak, sudah tertu terlibat didalam hal ni sebab dia adalah pengarah SHIELD didalam dunia marvel dan menubuhkan avanger anniciative. Dan howard stark pula adalah co-founder SHIELD, menurut nick fury didalam filem ironman2. Walaubagaimanapun, ada kemungkinan yang nick fury tidak pernah sekali pon berjumpa dengan howard stark dalam hayatnya. Captain america adalah super soldier yang dihasilkan dari suntikan serum khas yang membolehkan Steve Rogers menjadi gagah dah kuat. Dengan kelengkapan perisai khas yang diperbuat dari vibraniumnya juga menjadikan captain america kebal terhadap bermacam-macam serangan. Dalam filem ini dikatakan cuma ada 1 aje perisai vibranium didalam dunia ni. Hmmm... tak hairanlah kenapa suit ironman tak kebal sangat sebab ia dibina dari emas dan titanium. Logik jugak.

Vibranium kalau nak diceritakan kisahnya memang panjang. Ia adalah unsur anti-besi dan mempunyai sifat-sifat menyerap tenaga. Itu termasuk memantulkan laser, peluru dan macam-macam lagi. Kononnya vibranium adalah variasi unsur adamantium yang pernah disebot dalam filem x-men. Dimana tulang temulang wolverine digantikan dengan adamantium- besi paling kuat didalam dunia marvel. Kalau korang nak tau lebeh lanjot pasal vibranium, korang boleh search dekat wikipedia.

Yang menariknya, filem ini mempunyai twist dan ending yang agak mengejutkan. Dimana Steve Rogers telah tidur 70 tahun selepas misi terakhirnya dan nick fury(macam biasalah) mempelawa beliau untuk menyertai avanger innitiative. Tapi dalam filem thor, agen phil colson pulak yang mengajak(ditawarkan) thor untuk menyertain avenger innitiative. Walaubagaimanapun, semuanya sudah selesai! Avanger akan ditubuhkan dan filemnye akan ditayangkan pada tahun hadapan!

Aku ada jugak menunggu sampai habes kredit filem captain america ni. Ade teaser filem avanger untuk taon depan. Yang aku nampak dalam seimbas, ironman, thor, captain america dan loki ada dalam teaser tersebot. Nice one! Apa-apa pon aku memang tak sabar nak tunggu filem tu kuar taon depan.

No comments:

Post a Comment