Pages

Nuffnang Ads

Tuesday 13 September 2011

Review I-mobile I-note



kotak pembelian I note. Didalamnya terdapat I note, charger (USB-micro USB), pelindung skrin, kain pembersih skrin, earfon standard, kad waranty dan buku panduan. Perlu dingatkan yang micro SD tidak disertakan didalam pakej pembelian.
Salam dan selamat sejahtera semua. Semoga aman tenteram dan tenang selalu. Enrti kali ni aku nak cerita sikit tentang i mobile i note ni. Ya, setelah bersusah payah mencarik disana sini akhirnya aku dapat jugak beli 2 bijik sekali gus. Ini disebabkan tempoh promosinya (RM799) yang amat terhad.
I mobile I note - sesuai digunakan untuk blogging
 Aku masih belum studi semua fungsi-fungsi lain gajet ni. Yang aku dah cube kebanyakannye fungsi yang paling basic. Disebabkan aku pakai simkad internet prepaid, setting internet dekat dalam tablet ni terpaksa di ubah sendiri. Kalau tak, memang tak dapat nak online langsung.

perisian facebook mobile yang dibekalkan sangat tak best. Output textnya terlalu besar
Rasa kekok jugak bila kali pertama pakai android ni. Skrin capasitifnya terlalu sensitif. Kalau tersentuh sikit aje dah boleh kacau ape yang kita nak buat. Sebelum ni aku pakai henfon 5800XM yang skrin sentuhnya adalah jenis resistif. Skrin resistif ni tak sensitif sangat berbanding capasitif. So, memang aku takde masalah langsung macam tersalah tekan atau tersentuh menu lain. keburukan skrin resistif ni adalah tiada multi touch. Dan hardwarenya terlalu primitif. Ia seperti teknologi zaman palm top (yang popular masa 90-an) dulu.

*huawei ideos S7 104 – tablet keluaran huawei. kebanyakan broadband usb yang kita gunakan hari ini adalah berjenama huawei.
Masa meronda-ronda plaza alam sentral hari tu, aku ada jumpa huawei ideos S7. inilah contoh tablet yang masih menggunakan teknologi skrin resistif. Harganya lebih kurang RM688 (murah tu). yang paling best, tablet model huawei ni antara tablet yang awal menggunakan kickstand macam henfon nokia N86 8MP tu... Peneraju pengguna skrin capasitif yang paling awal adalah iphone. Mase ni skrin henfon nokia masih lagi resistif. Maaf bercakap, fungsi henfon nokia memang paling top-best of the freakin’ best walaupun menggunakan teknologi skrin sentuh yang primitif.

setting internet yang wajib diubah untuk pengguna internet prepaid macam aku
Berbalik kepada android, aku masih tercari-cari fungsi untuk menutup aplikasi dengan berkesan. Sebab bila aku dah [back] sampai ke home screen, respon tablet masih slow. Ini bermakna, ada program yang masih running tapi aku tak tau dan tak nampak. Jadi aku terpaksa bukak balik setting>applications>manage applications/running services untuk menutup satu-satu sebarang aplikasi yang masih running. Ini memang menyusahkan. Kalau ada sesiapa yang ada pengalaman dalam menggunakan android, boleh komen di akhir entri ni.

boleh tahan jugak resolusi skrin I note ni
Ikon [menu], [search], [home] dan [back] yang berada dibawah tablet jugak sangat sensitif. Kadang-kadang tak sentuh pun benda tu boleh aktif. Terutamanya pada waktu charghing. Tak sentuh pun rase macam ade hantu yang sentuh. Shit... sekali lagi, bagi yang berpengalaman menggunakan android, boleh komen dibawah untuk jalan penyelesaian.

blogging bukan lagi benda yang susah dilakukan
Reka bentuk I mobile i note ni memang cantik dan kemas. Sampai aku rasa macam tablet ni tak sesuai dengan harganya yang murah. Skrin 7” sangat memuaskan walaupun kecerahannya kurang. Permukaan depan dan belakangnya pula sangat berkilat. Sangat senang tercalar dan mengumpul kekotoran. Setakat ni aku baru pasangkan skrin protektor. Susah gile nak pasang. Sebab permukaan skrin terlalu besar.

media player tablet ini dapat memainkan video berformat 3gp, avi dan mp4. aku dah cuba flv, tapi tak boleh. Mungkin dengan firmware update baru boleh kot.
Pada pandangan aku, gajet ni langsung tak macam tablet. Tapi lebih kepade henfon. Bezenye ia adalah henfon android bersaiz besar. Dengan gajet ni, korang boleh buat video call, voice call, sms, mms dan berinternet termasoklah berfacebook dan blogging. Ada wifi, wifi tathering, usb tathering, tv, radio, bluetooth, gps dan A-gps, pemain media, video recording, memori dalaman 16GB, kamera dan lain-lain lagi.
bahagian depan I note - default home screen
Dibahagian depan terdapat sensor cahaya, kamera untuk video call (0.3MP kot) dan LED yang berkelip bila proses mengecas. Dipisahkan dengan skrin 7”, dibawahnya terdapat simbol sentuhan menu, search, home dan back.
penutup bateri dibahagian belakang
under the hood. Ruang bateri, port SIM card dan mikro SD
Dibahagian belakang ade penutup bateri yang didalamnya terdapat SIM kad serta port micro SD. Dekat atas penutup tu pulak ada speaker, mikrofon untuk rakaman video dan kamera. Yang bestnye, aku tak perasan pulak kamera utamanya 5MP(takde flash). Henfon 5800XM aku pon cuma 3.2MP. Prestasi baterinya boleh tahanla... lebih kurang macam prestasi PSP2000. sebot pasal PSP ni baru aku perasan yang OS dan interface android ni ada persamaan dengan PSP. Andriod ni keturunan OS PSP ke...?
Kamera 5MP dan mikrofon untuk rakaman video
 
Bahagian atas terdapat butang on untuk skrin, juga merangkap butang power. Dan disebelahnya tu port mikro USB. Dekat sebelah port mikro USB tu pulak ade antena TV yang sangat halus dan nampak macam sangat fragile.
atas - butang power, micro USB dan antena TV
tepi kanan – butang volume
tepi kiri – kosong
bawah – mikrofon dan jack 3.5mm
Dekat sebelah tepi kanan pulak ada butang kawalan volume dan sebelah kiri takde ape-ape butang. Memang design yang sangat kemas. Dekat bahagian bawahnye pulak ada mikrofon dan jack 3.5mm untuk aerphone stereo. Kualiti bunyi standardla...
teknik wifi tathering, membenarkan laptop aku berkongsi talian internet dengan I note
Aku dah cuba aplikasi wifi tathering yang disediakan untuk tablet ni. Wifi tathering membenarkan tablet ini menjadi modem internet wireless. Jadi, sebarang peralatan lain yang boleh wifi boleh memasuki internet dengan connection yang dijanakan oleh tablet ini. aku rase, semua tablet ada kebolehan untuk wifi tathering. Bukan setakat itu aje, tablet ni jugak boleh digunakan untuk USB tathering.
saiz I note diatas tapak tangan (belom set semua)
I mobile i note ni memang susah sangat nak jumpe. Kene round 1 selangor dulu baru jumpa agaknye. Berbaloi dengan harganya, ia adalah tablet yang direkomenkan untuk pembeli yang inginkan tablet bajet rendah. Kalau sesiapa yang terbeli teblet ni jugak, sila tinggalkan link riview anda. Oh! Lupa nak bagitau... korang boleh beli benda ni dekat tesco semenyih. Last aku beli masih ada 4 unit. Kalau dah habis, jangan marah aku. Marah distributor i mobile sebab tak hantar banyak-banyak dekat tesco seluruh malaysia.

Sekian terima kasih.

8 comments:

  1. beb,klu ko nk tutup sume apps yg auto running,ko dolod advance task killer dr android market,free je..

    ReplyDelete
  2. Thanks, izhan. Sat lagi aku downlod.

    ReplyDelete
  3. bro, kat tesco last week harga dia dah drop rm699.. rasa nak beli, tapi musykil dgn baterinya takut susah nak ganti kalau dah kong..

    ReplyDelete
  4. Assist terlalu kureng dari imobile malaysia..inote aku dh stuck masa nk loading...firmware upgrade pn depa xsedia online..apa2 kena pi service center..nk lebih accessories kena la pi Thailand..becoz imobile company Thailand..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pon ade masalah dengan aku punye i-note skarang. nak hantar pi reper takot lame plak nak dapat gune balek. klau ade mase sesuai, aku try tengok mane yang boleh bagi servis cepat.

      Delete
  5. aku dah pakai tablet ni lebih setahun. 2 minggu lepas aku hantar ke service center di sunway mentari sebab tak boleh on. stuck kat welcoming screen bila tekan butang on dan apabila charging. dia orang charge rm40 untuk reinstall firmware. alhamdulillah setakat ni ok dan performance-wise lebih baik berbanding sebelum 'hang' dulu. aku sekarang tengah cari screen protector tapi tak jumpa. kalau sesiapa ada atau tahu kat mana nak cari, tolong beritahu. terima kasih ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pon ade masalah dengan tablet jugak. jadi stuck dan looping dekat welcoming screen. android v2.1 ni memang ade banyak masalah. kalau tak jadi keberatan, boleh bagi aku alamat kedai ko betolkan i-note ni? atau pon koordinat gps untuk kekedai tu?

      screen protector untuk screen tablet ni memang susah nak dapat. aku dapat screen protector ni pon sebab mase beli ade sekali.

      Delete
  6. Hi..as salam.. maaf mencelah.. saya ada pakai tab ini. tp now skrin dia dah crack.. nk cari kedai utk repair memg payah.. Boleh tlg advice x kat mana boleh repair tab ni???

    I dah pergi centre.. depa advice mahal nk repair better beli baru... emm.. tp sayang sangat tab ni..

    ReplyDelete