Pages

Nuffnang Ads

Friday 9 September 2011

Sembang Komik Bersama Wanzu dan Proposal Komik Baru

Salam dan selamat sejahtera. Semoga aman tenteram dan tenang selalu. Semalam (8/9/2011) adalah satu hari yang menarik. Ini kerana, jarang sangat aku boleh luahkan buah fikiran aku terhadap seseorang, iaitu pekomik, penulis komik ataupun editor komik. Pada mereka yang sudah lama kenal aku akan faham maksud aku ni. Aku jarang keluar rumah untuk bersosial. Itu termasuklah dengan berbual dengan sesiapa yang terbabit dengan industri komik. Namun begitu, semalam encik wanzu dengan murah hatinya telah menjemput aku untuk melakukan ‘perbincangan mini’ di KL sentral. 

Lebih kurang pukul 130 petang macam itulah, aku sampai awal di KL sentral lalu menghabiskan masa dengan berasap sementara menunggu pukul 230 seperti yang dijanjikan oleh wanzu 2 hari lepas. Tapi aku sedar yang masa sering mencemburui kita semua. Lalu aku teros mesej beliau. Rupanya beliau pun sudah ada di KL sentral pada pukul 2. Lalu aku mencadangkan supaya kami berbincang di KFC. Macam biasela. Aku mane ade duet. Die pon takde duet jugak (biasela lepas raye... you know what i mean). Tapi die belanje jugak aku makan. Dapat jugak makan nasik selepas 2 hari. Thanks wanzu.

permandangan didepan KL sent... shiiitttt!! aku terlupe langsong nak ambek gambo mase meeting semalam!

Perbincangan kami menyentoh pasal strategi berkomik pada asasnya. Macam mana nak dapat untung dengan melukis komik. Dalam perbincangan ini, aku dapati ‘luck’ memainkan peranan penting. Sape yang dah lame kenal aku, mesti tau yang aku bukan jenis orang yang selalu didampingi luck. Sampai perkataan ‘luck’ pon hampir hilang dari kamus hidop. Akan tetapi, perkataan ‘fuck’ memang sentiasa mendampingi diri ini dalam sedar atau tidur. Dalam tidur pon aku sebot ayat itu. Sunggoh burok beno perangai...

antara komik yang aku dapat semalam. langkamaya2, antologi aku kau dan cinta dan komik-m raya-misi menyelamatkan puan ainon. semuenye bes.
Aku berasa kagum dengan teknik pemasaran pts pop, terutamanya komik-m. Yang memikirkan berbagai alternatif untuk melariskan produk. Aku rase masih belum cukup layak untuk menyebot teknik-teknik itu disini. Sambil itu wanzu bagi aku agreement twinx3 dan twinx4 untuk disain. Aku jugak dapat beberapa naskah komik baru terbitan komik-m. Sudah cukop untuk mengisi hari-hari yang bosan dengan hanye melukis komik.


antologi aku kau dan cinta ni boleh tahan jugak. sebab ade 2 komik hentai dari lavendra ain hafizah.

Macam biasela, wanzu okey je. Die sentiase yakin dengan kerja aku. Cume yang merisaukan adalah pihak atasan yang akan membuat keputusan. Oh ye, sebot pasal proposal ni, ade jugak wanzu menceritakan pengalamannya dalam meng-QC proposal komik baru. Macam-macam hal. Sampai aku mengurut dahi sendiri lepas mendengar cerite beliau. Cume 1 yang aku paling tak suke bile orang hanto proposal dengan watak-watak jepun didalamnya.

Aku yakin korang dah banyak kali dengo cerita ni sampai naik bosan. Contohnye, didalam komik itu terdapat scene bunge sakura dan pokok sakura (padahal dekat malaysia), pintu bilik darjah jenis slide macam sekolah dekat jepun. Lepas tu ade watak bernama jepun didalam komik. Tak cukop dengan tu, watak dalam komik sesuka hati boleh mewarnakan rambut masing-masing. Amboi? Sekolah korang bagi ke korang kaler-kaler rambot ni? Bile waktu makan tenghari, diorang bawak obento atau onigiri. Kenapa tak buat nasik lemak dan kuih kaswi? Kalau ade pelajar transfer masuk sekolah, mesti pelajar dari jepun. Apahal? Tak boleh ke buat pelajar tu dari palestin ke, london ke, jerman ke, russia ke? Ittaly ke? Filiphin ke?
isu ini jugak pernah disebot dalam komik-m, misi menyelamatkan puan ainon. untuk mengetahui kisahnya secare terperinci, sile dapatkan komik ini dipasaran. still available!

taula korang lukes stail manga. Aku pon (perasan) lukes stail manga. Sekurang-kurangnye, bagila komik tu jadi lojik sikit walaupon random... aku pon bukannye lukes best sangat. Sales komik aku tak sampai mane pon. Tapi bila berkarya dengan komik-m setakat ni, memang aku tak pernah buat kesilapan macam yang aku sebutkan diatas. Korang tak sayang ke bangse ngan budaye korang? Muke jawa, tapi pakai name jepon dalam facebook. OH, KAMON!!

Bila aku dengar cerita wanzu dan editor-editor komik-m yang lain, aku berase kecewe ngan konsep komik yang bakal diterajui oleh generasi-ganerasi muda pada masa akan datang. Aku takla maksudkan semua, tapi kebanyakannye memang macam tu. camne proposal tak kene rijek? Ha? Camne tu? sekurang-kurangne tambatlah hati editor dulu dengan proposal. Pasal kebenaran orang atas, itu dah lain cerite. Yang penting editor dulu orang yang patut diyakinkan. Alah... korang kan bace bakuman? Yelah... peminat manga la katekan. Sepatutnye dah boleh faham konsep ni.

Inilah topik yang paling akhir yang kami bincangkan semalam. Ia memang menyegarkan. hahaha.

Aku jugak mengambil kesempatan untuk menunjukkan proposal komik terbaru aku. Taklah banyak helai sangat. Dalam 6 helai dokumen aje. Ia terdiri dari rekaan watak (2 helai), jentera (3 helai) dan jalan cerita (word document). Ia bertajuk multiverse. Mungkin akan diubah kalau ia tak bersesuaian. Aku nak ceritakan sains secara umum dalam komik ni. Dan teori-teori sains baru. Yang mungkin 200-400 tahun akan datang dapat dibuktikan.

design watak-watak yang terlibat dalam komik ni.

ni pulak watak-watak tambahan untuk komik ni. watak tambahan ni pon penting jugak peranannye
Aku dapati, untuk mengembara ke dunia lain bukanlah satu perkara mudah. Banyak peralatan yang releven harus dicipta untuk membenarkan ia berfungsi. Kalau kita faham fizik, kuantum mekanik, memang alam semesta ini tak membenarkan sesuatu benda bergerak lebih laju dari cahaya, tetapi tetap ada caranya untuk memecahkan limit ini. iaitu dengan menggunakan worm hole!

design kapal angkasa yang paling asas dalam komik ni.
attachment penting sebagai alatan sokongan bagi kapal angkasa.
gerbang yang membenarkan pengembaraan angkasa jarak jauh.
Dalam masa yang sama, aku akan cube untuk ringankan konteks komik ini supaye tak terlalu kompleks. Supaya selese dibace oleh semua orang. kalau boleh aku nak buat 2 volume aje. Lepas tu aku sambong balek twinx. Hehehe.

Sekian terime kaseh.

4 comments:

  1. Puahhh En Pac... kagum betul dengan sketching ni... terbaik...

    Aku pun tepuk dahi baca cerita en wanzu tu kt sini.. patutlah ramai mengeluh proposal tak lulus... hahahaaaa...

    Moga dengan komik MMPA tu dapat menyedarkan mereka (alert sikit pun jadilah.. kekeeee...

    Aku tunggu komik baru kau ni.... ^______^

    ReplyDelete
  2. terime kaseh banyak2 reja.
    sian unit editorial komik-m melayan proposal yang agak memanaskan hati (not to offend anybody here). aku harap orang macam ko dan pekomik-m yg laen boleh buat 1 blog entry untuk mengajar cara2 membuat proposal yg boleh menambat hati editor. hehehe

    ReplyDelete
  3. Hahaha, aku sokong kau dengan proposal budak-budak sekarang.

    Dulu aku pun macam tu, tapi start masuk sekolah menengah tak pula aku macam tu lagi. Sekurang2nya ada la tukar nama jadi nama omputeh. Asek jepun je boring gak.

    Aku sekarang ni tengah belajar macamana orang Jepun sampaikan budaya mereka menerusi anime/manga. Nak aplikasi untuk budaya melayu pulak. HEHE~

    ReplyDelete
  4. Trime kaseh untok komen ni. Kalau ade mase buatla blog entri untok mempromotkan mesej ni. Dulu aku pon mcm ni jugak. Lagi2 sblom berkarya dengan BS dulu. Lame2 dah takde pape lagi yg nak dikagumkan dengaan budaye jepun tu...

    ReplyDelete