Macam yang dah
dijanjikan, pada 25/4/2015 ahli APOSL mengadakan lawatan ke muzium zoology
University Malaya yang terletak di petaling jaya, KL, whatever. Agak lama jugak
pepper merancang lawatan ni untuk kami, dan ia sangatlah menarik. We having a
mega blast! Sebelum tu aku nak mintak maaf sebab lambat update entri ni. Aku
banyak sangat berparti baru2 ni. Dan ada gambar yang tak cukup. Takpe, nanti
aku review dalam entri lain. Untuk lawatan APOSL ke muzium zoology UM, ini
adalah review.
Lawatan kali ni
memang menarik, sama macam hari darwin pada bulan Februari. Cuma tempat ni lagi
best sebab ada sample fossil dan tulang berulang, spesimen haiwan dan bermacam
diagram menunjukkan evolusi kehidupan diatas planet ini. tapi itu nanti aku
jelaskan selepas habis review.
Pepper, 2 orang
anaknya, terence, tay dan aku menunggu tour guide kami di stesen LRT taman
paramount pada pukul 930 pagi lebih kurang. Lepas dah dapat tour guide kami, ah
tsen, kami pun terus bergerak ke UM. Agak mengagumkan sebenarnya yang kawasan
dalam UM lagi luas dari UKM. Jarak nak ke satu tempat ke satu tempat memang
agak jauh. Dan ada jugak ahli APOSL yang lain dah sampai di muzium zoology.
Biasanya muzium zoology akan tutup untuk pameran pada sabtu dan ahad, kalau
ikut website rasmi UM. Disebabkan kami dari APOSL special sikit (memang special
pon) hari sabtu itu, kami dapat melakukan lawatan.
Dan kami
dikehendaki memakai t-shirt APOSL untuk masuk ke muzium berkenaan. Siapa yang
belum ada, memang kena beli dulu t-shirt tu dari pepper. Kalau tak sempat beli,
boleh tunggu lepas lawatan berakhir. Serius aku tak pernah masuk kedalam UM,
sama macam ke pusat sains negara dulu. atas sebab2 tertentu, aku rasa macam
pusat sains negara sucks a bit. Nak tau kenapa, nanti aku bagitau.
The tour
Sampai dekat luar
muzium zoology, kami diminta oleh ah tsen untuk masuk kedalam makmal/ruang
lawatan/whatever dan berjumpa dengan prof sasekumar. Beliau adalah kurator bagi
setiap lawatan yang pernah ada. Dayum~ prof sasekumar adalah pakar dalam bidang
ni, zoologi, evolution dan bermacam2 lagi benda berkaitan. Sama macam aku,
evolution adalah topik yang paling aku minat dalam sains. Cuma aku bukan
saintis. Aku Cuma sorang pelukis hentai. Fuack~~
Disitu kami
dijelaskan dengan bermacam2 info berkenaan evolusi hidupan diatas bumi. Ia
adalah topik sains yang sangat menarik. Dimulakan dengan geografi bumi dimasa
silam, planet ini sangat dinamik. Plat tektonik bercantum dan berpisah kemudian
bercantum balik untuk membentuk benua dan super continent. Hal yang berkenaan
menjadi salah satu faktor speciation. Aku akan jelaskan benda ni dalam entri
lain berkenaan basic understanding of evolution and natural selection yang
memang aku dah siap taip bulan lepas.
Prof sasekumar menunjukkan diagram sejarah kehidupan dibumi |
Aku memang paling suka benda macam ni♡♡ dayum~~ |
Lepastu kami
dijelaskan dengan zaman/era/period/masa/whatever yang tak boleh nak dijelaskan
dengan elok dalam bahasa melayu. Senang cerita ia adalah history of life on
earth, setiap zaman yang pernah berlalu dimuka bumi ini dan haiwan yang ada
pada masa itu bermula dari pre-cambrian, cambrian (542mya), ordovician
(448mya), silurian (443mya), devonian (416mya), missisipian (359mya),
pennsylvanian (318mya) dan permian (200mya) didalam zaman [paleozoic]. Diikuti
dengan zaman dinosaur, triasic (252mya), jurassic (199mya), cretacious (145mya)
didalam zaman [mesozoic]. Lepastu diikuti dengan era mamalia iaitu paleocene
(65mya), eocene (55mya), oligocene (33mya), miocene (23mya), pliocene (5mya), pleistocene
(1.8mya) dan holocene (10,000ya) didalam zaman [holocene].
Setiap zaman ini jugak menunjukkan ciri-ciri haiwan dan
tumbuhan yang berbeza mengikut zaman. Contohnya dinosaur tak wujud selepas 65
juta tahun dulu, sebaliknya mamalia mula mendominasi bumi. Pada zaman palaeozic
jugak dinosaur belum ada lagi, tapi yang ada diatas darat adalah raksasa yang
sangat awesome.
Prof sasekumar
jugak ada menunjukkan gambar dinosaur yang fosil giginya dijumpai dipahang
tahun lepas, tapi kamera aku tak dapat fokus kat gambar tu. nanti kalau ada
gambar lagi dari kamera lain, aku tunjukkan.
Lepastu kami
masuk kedalam opis prof, dan ditunjukkan dengan beberapa fosil yang sebenar dan
juga fosil acuan (cast) dari fosil yang sebenar. Mana boleh beb nak tunjuk
fosil yang sebenar. Kalau rosak, segala info itu hilang buat selama2nya. Fosil
jugak agak fragile. Tapi ada jugak fosil sebenar macam trilobit yang dibeli
oleh pihak muzium dari german. Trilobit adalah diantara haiwan terawal mendiami
planet bumi ni, iaitu dizaman cambrian. Tapi binatang ni dah lama pupus. Ia
adalah haiwan arthropod (tak bertulang belakang) dan sepupu spesisnya yang lain
terdiri dari udang, ketam, serangga dan horse shoe crab (belangkas). Molusk, ceplepod (sotong, octopus, lintah, siput, entah apa benda yang terkuit2 dalam laut yang
aku dah lupa namanya) juga adalah haiwan tak bertulang belakang, tapi diorang
ni datang dari susur galur yang lain, bila2 nanti aku ceritakan.
Ichthyosaur, reptilia yang fully akuatik |
Aku ingat yang tengah2 tu fosil tiktaalik |
More cast |
Turned to stone |
Ada jugak fosil
tapak kaki dinosaur yang bipedal, tulang ichthyosaurs (reptilia yang fully
akuatic), cengkerang nautilus dan macam2 fosil haiwan purba.
Prof sasekumar
menjelaskan yang haiwan paling banyak dalam dunia ni adalah serangga. Banyak
yang dimaksudkan itu adalah diversiti, jumlah spesis dan jumlah serangga itu
sendiri. Mula2 aku ingat bakteria adalah haiwan paling diverse, rupanya aku
silap. Entah kenapa serangga sangat diverse ia masih menjadi satu misteri.
Serangga boleh dijumpai kat mana-mana aje. So, dekat manakah kedudukan kita,
haiwan bertulang belakang dalam ekosistem ini? tak sampai suku pun peratus dari
semua hidupan itu belum lagi dibandingkan dengan tumbuhan. Hahaha. Next time
aku cerita kenapa dengan mempelajari sains, terutamanya subjek evolusi dan
cosmologi, kita boleh berasa sangat humble (rendah diri).
Kami juga
dikenalkan dengan founder teori evolution, natural selection dan 2 orang lagi
yang menyumbang didalam zoology. Nama yang penting adalah charles robert darwin
(my hero) dan alfred russel wallace. Bulan 8 nanti aku review sikit pasal
alfred russel walace sebab APOSL akan adakan event sempena hari beliau. Juga
terdapat 2 nama yang aku pernah dengar, tapi aku tak cukup kenal, iaitu carolus
linneaus dan gregor mendel.
Lepastu kami
terus masuk ke ruang pameran, dimana banyak spesimen dipamerkan. Bila aku
tengok gambar yang ditangkap lepas balik rumah, dayum~ tak pernah ahli APOSL
berkumpul seramai ni. Macam lagi ramai dari hari darwin hari tu. yang
hairannya, kenapa hari darwin tak dibuat dekat sini? Pusat sains negara suck as
shit, bilik dengan nama darwin pun takde kat situ. Itu hari tayangan inherit
the wind pun ditayangkan dibilik watson, what the hell?
Tapi dekat sini
macam2 ada, walaupun bilik pameran tak besar mana. Tulang dan spesimen yang
dipamerkan agak memuaskan. Itu termasuk spesimen monotrems (tak wujud
dimalaysia), hoves animals (aku tak tau nak panggil apa ‘hoves’ ni dalam bahasa
melayu), reptilia, burung, serangga dan macam2. tapi ada satu yang kurang,
nanti last aku akan bagitau apa yang kurang.
Selain itu ada
jugak kami ditunjukkan dengan spesis haiwan yang sudah pupus didunia ini, juga
dinegara kita. Contohnya macam kancil, harimau, dah takde lagi dekat selangor
ni. Gajah pun dah takde. Kalau nak tengok binatang2 eksotik ni memang kena
pergi zoo negara aje. Selain itu prof sasekumar menunjukkan beza gajah afrika
dan gajah asia. Gajah asia bertelinga kecil dan gajah afrika bertelinga lebar.
Sebagai
penghargaan kami kepada prof sasekumar dan ah tsen, pepper menghadiahkan
t-shirt APOSL kepada 2 orang berhormat ini. you’ve just got APOSLed!! Lepastu
macam biasa aku ajak diorang semua ambik group photo. Pergh~ amoi sabah cosplay
pon ada~ dayum~
Bila ada perjumpaan APOSL mesti ada ahli yang aku tak kenal. Tapi yang penting amoi sabah cosplay mesti ada dayum~~ |
Pepper pula terus
mengumpulkan lebih banyak klip untuk video dia sempena lawatan ni. Bukan selalu
beb pergi tempat macam ni. Aku hampir cum banyak kali dekat pameran ni sebab
topik inilah yang paling aku minat dalam sains.
Agama tidak
selari dengan sains
Sebelum bersurai,
kami pun membincangkan sesuatu tentang subjek evolution. Bagaimana penerimaan
pelawat, student dan masyarakat secara keseluruhannya. Prof sasekumar
menjelaskan, memang subjek evolution agak taboo untuk dipersembahkan kepada
masyarakat. Kalau subjek ini disebut didalam mata pelajaran bilogi di sekolah
menengah dan IPT, kebanyakan guru dan pensyarah akan skip topik ini selaju yang
boleh. Ada yang tak sebut langsung pun.
Bukan setakat
tenaga pengajar tak mau menyebut subjek ini, berkemungkinan mereka jugak tak
rasa proses evolusi adalah benar. Faktor utama penghalang masyarakat kita untuk
menerima evolution tak lain tak bukan adalah agama. Bagi aku ia memang betul
dan prof sasekumar ada point. Kebanyakan ahli APOSL sendiri mempunyai kepakaran
dalam bidang sains2 tertentu, bukan sekadar topik evolusi sahaja, climate
change, GMO, appolo moon landing, vaccination, dan banyak lagi, dihalang oleh
agama. Ia agak menakutkan actually. Dengarnya ada agama sekian2 mengaku seiring
dengan sains. the irony~~
Bukan setakat
itu, 13 tahun dulu, aku berkawan dengan
seorang tabligh (kenal sejak sekolah teknik). Aku masih ingat namanya sampai
sekarang, sebab masa tu pun aku pun join tabligh. Entah dari mana datang, tiba2
dia cakap dengan aku. “Kau nak tau, dinosaur itu sebenarnya tak wujud. Ia
adalah propaganda barat untuk menyesatkan umat islam.” Of course aku respek
pandangan dia sebab masa tu aku dan dia share common beliefs. Tapi sekarang tak
lagi.
Bila pelajar2
dididik di luar untuk menafikan fakta sains dengan kaedah yang takde kena
mengena dengan sains, maka inilah yang akan berlaku. Bodoh sejati nan abadi.
So prof sasekumar
mengatakan bila dia mengajar sejarah hidupan dibumi dan ada pelajar yang tak
bersetuju atau menafikannya atas nama agama, dia cuma cakap, “please keep
religion out of science”. Itu sahaja. Dayum~ patutlah ada benda yang kurang
dalam bilik pameran ni. Nak tau apa bendanya? Fosil evolusi hominid dan manusia
terawal takde! Fuck!
Bukan setakat itu
aje. Prof sasekumar menunjukkan keratan akhbar berkenaan muzium zoologi yang serba
lengkap dengan fosil dinosaur, ikan paus dan banyak lagi dah ada dekat
singapore. Jadi kenapa kita di Malaysia tak ada muzium zoology negara? Kenapa
pusat sains negara suck as shit? Sebab masyarakat kita tak rasa sains adalah
sesuatu yang penting. Sains Cuma penting bila kita tak dapat signal 4G semasa
berada di kawasan pendalaman sahaja. Tahniah malaysia. Pepper juga memberitahu
prof sasekumar yang APOSL pernah membuat lawatan ke pusat sains negara sempena
hari darwin. Nampak gaya macam pusat
sains sendiri dont give a shit pasal hari darwin. Bilik khas dengan nama darwin
pon takde, kami menggunakan bilik watson sempena hari tu. who the fuck was
watson anyway? What the fuck man?
Selepas tu kami
pun makan di restoran kelab khas UM berdekatan dengan hidangan vegetarian.
Yuck~ makanan paling tak sedap pernah aku makan. Aku bukan vegetarian.
Seterusnya kami pun bersurai. Tapi bagi aku dengan tay dan amoi sabah cosplay
ni, hari masih muda, belum sampai pukul 1 tengahari lagi. Jadi kami terus
aktiviti lain =) akan direview di entri seterusnya ^_^
Lawatan APOSL
kali ni sangat bermanfaat. Tanpa APOSL aku tak berpeluang untuk pergi ketempat2
awesome macam ni. Mungkin bagi orang lain muzium zoology dan pusat sains bukan
ada apa2 pun. Tapi bagi orang2 macam aku, pepper, tay, amoi sabah cosplay, dan
lain2 ia sangat bermakna.
Review lawatan
APOSL ke muzium zoology UM tamat disini. Untuk review awesome hedonist stuff
sila ke entri seterusnya.
No comments:
Post a Comment