Pages

Nuffnang Ads

Saturday 11 July 2015

Review: APOSL Hari Rosalind Franklin


Bulan lepas aku dijemput untuk parti menyambut hari rosalind franklin pada 4/7/2015 diadakan di makmal B06 universiti Malaya. Sebagai photographer dan ahli APOSL yang berdedikasi sudah tentu aku tak boleh lepaskan perjumpaan ni. Pepper menetapkan hari itu awal sikit. Sepatutnya 25/7. Disebabkan takut clash dengan musim perayaan, lagi cepat lagi bagus. Dalam masa yg sama, APOSL sudah aktif selama 3 tahun dan ini tahun ke 3 aku menyertainya. So, ini adalah review. 

AMARAN: ini bukan review rasmi APOSL, aku cuma peminat sains yg ingin berkongsi pengalaman. 
At university malaya again~~

Beberapa hari sebelum program bermula, kami diberitahu pepper yang dia ada surprise untuk semua yang hadir. Aku cuba teka surprise apa, cosplay fan service, ada gitar karen, menu special? Kepala aku berteka-teka. Tapi semua tu salah. Honestly aku datang lambat setengah jam sebab pergi beli kfc bucket dengan geng yang lain. Maka aku termiss sikit tayangan dokumentari tentang rosalind franklin. 
Cosplay dan dr lyana tengah ambil makanan~ yea~

Jadi siapa rosalind franklin? Dia adalah saintis wanita berbangsa british-jew yang menemui struktur DNA, RNA, struktur halus arang dan graphite dengan menggunakan teknik x-ray, crytallographer. Namun begitu beliau jatuh sakit dan meninggal dunia pada umur 37 disebabkan kanser ovari hasil daripada kekerapan badannya yang terdedah pada x-ray yang beratus kali lagi kuat berbanding x-ray pada masa kini.
Time for some surprise
Kek APOSL  dibawa oleh suzainur

Macam saintis yang lain, tanpa dia, berkemungkinan seluruh kemanusiaan akan terlambat dalam penemuan struktur DNA dan RNA. Aku anggap kematian dia macam pengorbanan yang besar dalam memajukan dan menyebarkan sains. Siapa sanggup kena x-ray sampai kena kanser untuk mendapat jawapan tentang bentuk DNA? siapa? Aku? Kau? Einstein? Darwin sendiri pun takde klu langsung tentang DNA semasa menulis origin of species. 
Inteview by pepper
Amboi... sronoknya cosplay tu makan
Suzainur tengah memilih makanan

Itu cerita serba sedikit tentang rosalind franklin. Berbalik kepada parti, kami dikehendaki membawa makanan sekurang2 nya untuk 2 orang. Ini adalah stail potluck macam WA punya stoner meetup pada bulan april dulu. Ada yg bawak kepak ayam, pizza, jajan, buah, keropok, beehon, air kosong, spagethi, kfc, ais, kek, buah dan macam2. Aku bawak air coke 3 botol besar aje. Berat nak mampus, janji habis. 
Hafiz merenung masa depan
Free hug by shareen~~
Amoi cosplay sabah sedang diinterview pepper. "Dah lama ke cosplay ni?"
"Lama jugakla~ semenjak hari darwin dulu tu~~"

Aku dengan toh dan beberapa orang lagi dah melantak kfc awal2 dah. Bukan senang nak jumpa benda tu. Lepastu yang lain pun makan sama semasa tayangan dokumentari. Selepas tayangan habis, pepper menunjukkan surprise yang dimaksudkan tempoh hari. Ia merupakan video pendek aktiviti aposl selama 3 tahun ini. 
Instant lecture by pepper
Get ready! 

APOSL adalah group yang sangat aktif. Hampir tiap2 bulan ada aktiviti. Sampai bulan 7 ini sahaja dah ada 8 event (coffe testing, darwin day, star wars, beer testing, an honest liar, muzium zoology UM, melawan sains palsu dalam masyarakat, rosalind franklin). Video yang ditayangkan memaparkan gambar2 yang pernah aku ambik dengan eos 600d aku sepanjang bersama aposl dan juga dari handycam pepper sendiri. Aku sangat berbangga dapat berkhidmat untuk APOSL. 
Ucapan khas untuk pelajar universiti rosalind franklin Illinois,  US
Menyanyi happy birthday untuk APOSL
Pepper merasmikan kek

Surprise yg ke dua pulak merupakan video ucapan khas dari pelajar di universiti rosalind franklin, Illinois, united States kepada APOSL. Holyshit. Ini memang surprise betul. Dengan itu, pepper akan membalas balik video berkenaan dengan ucapan dari kami.
"Ou yiez~ dad, that cake~~"
"Can I have sum?"
The best APOSL cake so far~

Dalam masa yang sama, kami juga menyambut hari lahir APOSL yg ke 3, dengan kek coklat sedap gila yg dibawa oleh suzainur. APOSL memang group paling best. Tak rugi join group ni. Semua kawan2 yang like minded ade kat sini, fuck I feel so alive-vah. Fuck yes! 
"So dr lyana, what do you think about the cake? "
"Ou yiez~ yiez~ marvelous! Fantastic! Outstanding~~"

Tak lupa jugak macam biasa, aku ajak semua orang untuk ambil group photo. Poyala diorang yang klik going dalam facebook. Tapi yang datang cuma suku aje. Elok jugak korang tak datang. Itu bermaksud more kfc and pizza for us. Akakakakaka~~~
Group photo macam biasa~~

Pada pukul 930 malam kami pun bersurai. Tapi bagi kami, malam masih muda, ada yg pergi ke bar untuk time extension. Dan kami pergi ke rawang untuk jumpa cosplay Thailand,  oulyshit. Bulan depan aku akan review pembikinan video pendek melawan sains palsu dalam masyarakat dan hari alfred russel wallace pulak. Stay tune~~


1 comment:

  1. nice! dah lama tak ke um. block asasi b06 latest punya gambar ker?

    ReplyDelete