- Baru2 ni aku dikejutkan oleh berita tentang penutupan MOY publication. Jadi majalah ujang dan APO juga tamat penerbitannya. Sangat sedih bila dengar berita ni. Ramai kawan2 kat sana yang dah berpuluh tahun cari makan kat situ kehilangan punca pendapatan. Lagi2 diorang kebanyakannya dah kawin, dah nak kawin, dah ada anak dan macam2 hal yang perlukan duit.
Teringat dulu masa blues selamanya tutup memang kami di department itu mati kutu, tak tau nak pi mana lepas tu. Zairi jakal dan rodin dah berkeluarga. Aku pulak tengah target kumpul duit nak kawen masa tu, semuanya tak jadi. Awek hilang kawan hilang peminat hilang dan macam2.
Tapi selepas tu kami semua move on, itu pun ambik masa sebulan lebih. Zairi kerja dengan kompeni animation, rodin buat penghantaran surat khabar dan jakalll masih kekal disitu diserap ke department lain. Aku? Macam2 kerja dibuat sebab ada target baru. Biasala pemikiran melayu tipikal masa tu. Nak kawen aje. Haha.
Namun begitu aku sangat berbangga sebab pernah berkerja dengab manusia2 yang hebat. Yang mampu bertahan sampai saat terakhir. Itulah mentaliti mereka yang pernah bekerja di MOY kebanyakannya. Bertahan sampai last!!
Cuma aku dah sangat lari bidang baru2 ni. Kurang impak hal ini terhadap aku. Kalau berbanding dulu, memang aku terkejut, lemah semangat bila mana2 kompeni penerbitan komik tutup, contohnya macam JOM. Diikuti dengan komikoo, kemudian powder. Lepastu g3. Sebelum tu yang paling awal, urban comic. Tak lupa jugak dengan utopia, starz dari artsquare creation. Dan banyak lagi menyusul selepas itu. Yg masih bertahan dari dulu sampai sekarang cuma gila-gila sahaja.
Tetapi dengan ini timbul satu soalan... memandangkan MOY dah tutop, boleh ke aku terbitkan komik2 lama aku dengan kompeni lain misalnya komik-m/pts pop. Komik macam lm2c dan adlea a cinderella stories mendapat sambutan yang agak hangat semasa blues selama masih terbit. Sesiapa ada jawapan untuk ini?
Kalau ditengok balik, bidang yang aku minati dan ceburi memang sangat2 rapuh. Kalau ada kesempatan, memang aku cuba bidang baru macam sains dan yang berkaitan. kalau nak berkarya secara serius pun kena cuba line kuar negara. Macam US, canada dan jepun.
Sudah agak lama aku buat commission hentai dengan negara luar. Ada naik turunnya macam biasa. Nak kata kukuh tu taklah. Tapi boleh tahan. Nilai matawang ringgit malaysia tengah turun kaw2 sekarang. 1USD bersamaan dengan rm3.90 (7/8/2015) adalah peluang yang paling baik untuk terus melukis hentai. Hahaha. Fuck yes!
So, siapa ada buat commission luar negara tu, teruskan lah. Takde kompeni penerbitan komik yang betul2 kukuh disini. Komik-m? Aku tak tau nak komen apa, sebab diorang jual novel dan buku kebanyakannya. Kualiti jugak kurang memuaskan. Cuma beberapa kerat sahaja yang betul2 melukis. Entah is boleh bertahan sampai bila, takde siapa yang tau.
Yang pasti takde benda yang boleh kekal lama. Selagi ada masa bersama, enjoy it to the very end!! Fuck yes!
Entri ni tak sepatutnya muncul. Kalau ikut plan, aku nak buat entri pasal APOSL hari alfred russel wallace, iaitu besok 9/8/2015 (bukan tarikh sebenar). Lepas review alfred russel wallace, ada review first gathering ARKLC pulak yang dirancang ditempat yang agak remote, rahsia dan special di kl. Kalau jadi, naknya biarlah ARKLC lebih meriah dari WA stoners meetup. Haha~ freethought ROCKS!!
No comments:
Post a Comment