Pages

Nuffnang Ads

Monday, 24 August 2015

Review: APOSL A.R. Wallace: Exploratory Journeys in Melaka & Sarawak, and his Influences on Malaysian Natural History Study

Pada minggu lepas aku dijemput oleh pepper lim ke event aposl siapakah alfred russel wallace. Speaker pada hari tu adalah tak lain tak bukan, ah tshen. Sila tengok review muzium zoology UM. Event diadakan taman tasik perdana, kl berdekatan pusat bandaraya. Ia adalah sebuah tempat yang cantik, sangat sesuai untuk bergambar. Nama pun taman... tempat tu boleh diakses melalui macam2 cara. Naik kreta boleh, jalan kaki dari pasar seni boleh, berbasikal pun boleh. 

Cuma pada hari tu kebetulan tengah ada pesta bunga dan pertandingan photography bunga berlangsung di situ, jadi pengunjung tersangatlah ramai. Tempat parking penuh sampai kami terpaksa parking jauh dan menapak masuk ke designated place oleh pepper. Event kali ini bertemakan picnic. Jadi kami duduk diatas rumput aje.
Ah tsen speaker kami pada hari itu.

Kami sampai lambat sikit sebab menjemput amoi kulit putih di stesen titiwangsa. Ou yiez~yiezzz that's what I'm talking about ~ Lepas sampai aje kami terus makan beehun yang dibawa oleh pepper. Yea~ that's what I'm talking about ~ dayum ~
Toh hong sedang melihat dokumen pdf alfred russel wallace yang dibekalkan ah tsen beberapa minggu sebelum perjumpaan
File pdf berkenaan disediakan oleh ah tsen. Beginilah rupanya content pdf berkenaan

Jadi cerita nya macam ni. Alfred russel wallace adalah seorang victorian naturalist. Dia adalah co-founder teori evolution (sebab darwin publish dulu). Bezanya darwin diinspirasikan oleh kepulauan galapagos dan ar walaupun pula di borneo, sarawak, dan melaka. Kedua dua inviroment agak berbeza, cuma keputusan dari pemerhatian adalah sama. Proses evolusi berlaku dalam hidupan.
Screenshot dari dokumen pdf ah tsen

Charles robert darwin yang mendapat berita tentang penemuan alfred russel wallace di kepulauan melayu, serta merta menerbitkan origin of species supaya tidak ketinggalan.

Oh... 2 ahli baru yang aku tak pernah jumpa. Diorang balik awal, nak bersembang apa pun tak sempat

Tak lupa jugak, darwin memberi penghargaan kepada alfred russel wallace dengan kajiannya yang menyokong teori natural selection.
Hafiz semakin kerap datang ke meetup aposl. Ini sudah bagus~

Amoi kulit putih ni jarang jugak hadir ke perjumpaan aposl. Paling last dia ada masa hari darwin pada bulan Februari

Untuk maklumat lanjut tentang eksplorasi alfred russel wallace dan kajian beliau, boleh klik link berikut untuk download ebook. https://www.gutenberg.org/ebooks/search/?query=alfred+wallace
Keong. Ahli aposl yang sangat jarang ada

Pepper dan keong mendengar dengan penuh konsentrasi

Dengan masa yang agak terhad, kami terpaksa bersurai awal, lebih kurang pukul 730. Ini disebabkan ah tsen datang dari seremban ke kl dan terpaksa balik pada malam itu jugak. Pepper mengahadiahkan t-shirt aposl yang ada gambar darwin dan ar wallace sebagai penghargaan kepada beliau.
As always~ Group photo yea~ dayum~

pepper jugak mengajak ah tsen untuk makan malam di restoran pelita ss2 (tempat aku biasa lepak hujung minggu) dan kami ikut sekali untuk bersembang tentang betapa fucked upnya orang kita yang kurang mengetahui apa2 pasal teori evolusi.
Aposl's after show~

Rata2 rakyat malaysia tidak menerima teori evolusi disebabkan pengaruh agama yang agak kuat. Terutamanya agama arab yang menafikan sains dari berbagai bidang dan disiplin. Pada mulanya aku tak rasa macam tu, tapi semenjak awal tahun ini aku dapat tengok dan alami sendiri betapa kurangnya ilmu sains didalam masyarakat kita dan orang yang cuba mendidik sains di kecam, di ugut dengan balasan api neraka dan maki hamun yang agak adhominim.

Sebagai seorang peminat sains dan sains educator, ini memang big deal. Kami tak boleh ubah fikiran orang lain. Yang kami mampu cuma untuk teruskan educate seramai orang yang mungkin. Buat perjumpaan, perbincangan dan video untuk mendidik kawan2 terhadap betapa indahnya dunia ini kalau ditengok melalui sains.

Pada pukul 930 macam tu kami bersurai, dan menghantar amoi kulit putih balik ke kolejnya. Dayum ~

Review selepas ini adalah untuk review  gathering pertama ARC kuala lumpur dan pembikinan video klip melawan sains palsu dalam masyarakat. 3 admin APOSL bergabung untuk menghasilkan video pendidikan sains yang simple dan terbaik~~


No comments:

Post a Comment