Pages

Nuffnang Ads

Saturday 18 June 2011

Makhluk asing (part 1)


Assalamualaikum. Bertemu lagi dalam sci-fi realm. Kali ni mari kite bercerite pasal cerite yang paling menarek (membosankan jugak) dalam hidop kite. Makhluk asing. Ye. Mungken kalau orang laen akan memberi link dari website-website tertentu yang berbahasa inggeris pade blog sendiri untuk menerangkan topik ni. Tapi aku takkan buat macam tu, sebab kalau aku paste aje link2 berkanaan, aku tak dapat ape2 maklumat. Orang laen pon malas nak membace sebab orang yang paste link tu sendiri malas nak membaca dan menaep. Jadi, topik ni datang dari pembelajaran dan pemahaman aku sendiri khusus untuk topik ni selepas mendengar seminar, membaca website/blog dan mononton dokumentari yang membosankan bagi topik berikotnye. Bagi kebanyakkan pekomik yang melukis cerite sci-fi akan suke akan topik ni. Tapi ade jugak yang tak suke. Ade banyak sebab kenape orang tak suke topik ni. Sebahagian darinye adalah:

  1. ia adalah sains. Sains selalu bertentangan dengan agama.
  2. sesiapa yang percaya dengan kewujudan makhluk asing, dia kena bersetuju dengan evolusi. Sekali lagi, bertetangan dengan agama.
  3. ia tak penting langsong. Sudah tentu, kita bukan manusia kalau rasa hal ni tak penting. Mungkin kita kucing atau semut atau burung.
  4. bumi Cuma ada 1. dan bintang Cuma ada 1. pon same jugak, kalau kita bukan manusia. Mungkin kita adalah cacing, ulat taik ataupun bacteria yang tak ade mate.
  5. topik evolusi susah nak difaham, dan topic hukum alam susah nak diterime.
  6. dan banyak lagi sebab laen, sebot ajelah ape.

Sebenonye, sains tak bercanggah dengan agame pon, terutamenye agama islam. dalam quran tu melambak sangat sains kalau dibace betol2.
Untuk memahami topik ni sendiri, banyak perkare yang kite manusia kene paham tentang dunia yang kita diami dan siapa kita didunia ini. Untuk memahami topik ini jugak, kita kena bersetuju dengan 2 perkara paling asas.

  1. bersetuju dengan teori evolusi.
  2. faham akan hukom alam yang kebanyakkannye common sense. Bukan majik-majik.

Kalau semue bersetuju dengan 2 hal diatas, kite boleh teroskan topik ni. Kalau tak setuju dengan ke2-2nye, boleh tutop blog ni dan bukak facebook ke ape ke dan buat benda lain.
Mule-mule sekali, kite kena paham ape bende alien/makhluk asing itu dan ape yang dimaksudkan dengan hidupan.

ALIEN
Kite ambek poin yang paleng asas sekali supaye tak pening-pening. Selain dari dibumi, kalau ade bende hidop laen, itu makhluk asing. Senang kan?

HIDUPAN
Bende hidop pulak, sesuatu benda yang boleh bergerak atau tak bergerak tapi boleh membeso, bertindak balas dengan rangsangan, membiak dan menyesuaikan diri dengan persekitaran. Kite boleh start ambek contoh dari hidupan tanpa sel macam virus, hidupan 1 sel macam bakteria, hidupan multisel macam kulat, tumbuhan, haiwan dan manusia.

Untok menules cerite komik yang menyentoh pasal alien, bukannye senang. kebanyakkan orang akan skip bende ni dan memperkenalkan alien berkenaan dari planet sekian-sekian. Sebot ajela ape name korang nak bagi. Die datang kebumi naek bas rapid kl. Dah habes setle. Itu aje? Pemalas betol. Tapi bukan macam tu carenye bagi aku. Untuk memulekan cerite pasal alien yang sebesar bakteria pon, kite mestilah memilih keadaan dan tempat yang sesuai untuk proses evolusi boleh berlaku. bukan nak memakse supaye detailing gile-gile ke ape. sekurang-kurangnye bagila supaye [make sense] siket pade pembace.

prototype twin-x volume 1


Mari kite mulekan dengan komik aku, twin-x. ye komik ni tak banyak sentoh pasal alien, tapi dalam volume 1 memang ade sabot pasal alien. Contohnye semase taon 2040 dimane manusia datang ke europa untuk mengorek ketulan ais. Secare tak sengaje, alien yang hidop dekat dasar laut europa masuk sekali kedalam grand container seterusnye masuk sekali ke dalam koloni yang baru dibina.

antara koloni mega yang dibina diantara orbit bumi dan marikh


Macam mana bole ade alien dekat europa? Macam mana bole ade makhluk hidop selain dari bumi? Jawapannye senang. evolusi. Selagi ade air yang mengalir dimana-mana jasad samawi dialam semesta ni, disitu ade hidupan. Mula-mula kita kite kene paham apa itu air. Air adalah gabungan dua atom iaitu 1 atom hidrogen dan dua atom oksigen. Kita semua tau yang kebanyakan hidupan dekat atas planet ni, bernafas menggunakan oksigen, betol? Tapi ini bukan kesnya. Ceritanye bermule dari sifat air itu sendiri yang membenarkan bahan-bahan yang bukan hidupan bertindak balas dengan elemen lain dan membentok hidupan.

europa. salah 1 dari satelit semula jadi jupiter yang mempunyai permukaan ais


Ambek contoh asid amino. Bahan paling asas untuk makhluk hidop. Semuanya dalam bentok cecair. Bakteria, organisma satu sel jugak hidop dan berkembang biak didalam bahan cecair. Disebabkan perubahan dari masa kesemasa, bakteria ini tadi berevolusi untuk menyesuaikan diri dan meneruskan kelangsungan hidop dibawah persekitaran yang berubah-ubah. Maka dari organisma unisel terbentuklah organisma multisel, iaitu kepade makhluk yang lebeh efisyen. Yang mempunyai organ yang dapat menjalankan fungsi-fungsi tertentu. Macam perut, usus, mulut, mata, sisik, sirip dan macam-macam lagi bergantong kepade persekitaran organisma tersebot.

Macam hidupan yang sama kite boleh tengok dekat bumi sekarang. Same macam di europa, hidupan disitu adalah hidupan akuatik yang hidop bergantong kepade corong hidro termal di dasar laot same macam black smoker dekat laot atlantik.
corong hidro termal yang menampong sumber hidupan dan tenaga haiwan laut dalam

Pernah dengo kan cerite ni? Dimane hidupan laot dalam yang tak pernah melihat cahaya matahari boleh hidop dekat situ dengan hanye bergantong dengan habe dan sulfur dioksida yang keluar dari corong hidro termal di dasar laut tu? Ye… ini baru alien. Cume bukan jenis alien yang kompleks.

liposome
Banyak teori sains yang menjelaskan tentang kecunculan hidupan diatas muka bumi ini. Contohnya macam pembentukan liposome (membrane). Dimana liposome adalah buih yang mempunya 2 lapisan. Berasaskan air dan ditengah-tengahnye pulak terdapat ruang mikro dimana RNA boleh terbentok tanpa gangguan luar secare semule jadi. Pada poin ini bakteria dan mikrob mula wujud. Sebelom sesiape cakap aku ni mengamalkan Darwinism, bio aku quote satu ayat dari Al-Quran yang berbunyi: A030
Do not the Unbelievers see that the heavens and the earth were joined together (as one unit of creation), before we clove them asunder? We made from water every living thing. Will they not then believe?

Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? 


  kalau ade sesape tak pecaye, pegi cek sendiri quran terjemahan korang. Mase aku nampak bende ni mule-mule dulu pon, tebeliak bijik mate aku ha… teori big bang pon ade disebot sekali! 2 in 1!
Dalam hal ni siape betol? quran ke evolutionist? Quran cakap, semue haiwan datang dari air. Evolutionist pon cakap haiwan dating dari air. Ini adalah jawapan muktamad bagi aku yang beragama Islam.

A045
And Allah has created every animal from water: of them there are some that creep on their bellies; some that walk on two legs; and some that walk on four. Allah creates what He wills for verily Allah has power over all things. (An-Nuur 24:45)

Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Ia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
 


Dalam hal ni, air memainkan peranan penting dalam evolusi dan hal ini disokong oleh kitab suci Al-Quran. Dimana haiwan pertama akan muncul dari dasar lautan macam ediacara biota, dan berpecah menjadi kumpulan krustasia dan ada yang berpecah menjadi kumpulan ikan. Dan ikan ini akan naek ke daratan untuk mencari makanan dan membiak selain dilaut. Kemudian ikan ini lama kelamaan akan membentuk sirip seakan-akan kaki, tak kisahla berapa kaki yang die nak, bergantong pade graviti sesebuah planet. Dalam masa yang sama, insang tak diperlukan, sebaliknye insang tadi bertukar menjadi paru-paru. Secara lisannye, ikan tadi berubah menjadi hidupan amfibia. Makhluk 2 alam yang boleh bernafas melalui kulit dan paru-paru. Boleh hidop di air dan darat. Lepastu ia akan bertukar menjadi hidupan reptilia untuk menyesuaikan diri didarat. 

krustasia
antara makluk paleng awal yang mendiami planet kita 1 masa dulu
evolusi menyebabkan makhluk ini berubah untuk teros hidop dan menyesuaikan diri dengan persekitaran

antara amfibia terawal pernah mendiami planet ini. dimana keturunannya yang kita boleh nampak sekarang seperti ceacilian, katak dan salamander.


Banyak sebab yang membolehkan sesuatu makhluk berevolusi, macam sumber makanan, keperluan pergerakan untuk mencari makanan, mengelakkan diri dari serangan pemangsa dengan membentok pandangan stereoskopik supaya dapat melihat kedatangan pemangsa dari pelbagai arah. Sebaliknye haiwan pemangsa pulak membentok pandangan monoskopik untuk membolehkannye fokus pade mangsa. Dalam pada poin tertentu, haiwan ni jugak kene menyesuaikan diri dengan perubahan iklim diatas planet. Reptilia tak boleh hidop dalam cuaca ekstrim. Kalau musim sejuk haiwan itu terpasa tidur sepanjang musim untuk mengelakkan dari kelaparan dan menjimatkan tenaga. Kalau terlalu panas pulak, haiwan itu akan cuba hidop seberapa dekat dengan sumber air dan berendam sepanjang musim didalam air.

Dalam keadaan lain, jenis haiwan yang lebih agresif tak akan mengalah dengan perubahan cuaca akan bertukar menjadi mamalia untuk menyesuaikan diri dengan suhu dipermukaan planet. Sisik mula bertukan menjadi bulu. Bulu dapat digunakan untuk memanaskan badan bila suhu permukaan planet adalah rendah. Selaen dari tu, kulit pulak akan berpeloh kalau suhu terlalu panas. Akhirnya mamalia akan mendominasi sesebuah planet disebabkan faktor survivality. Graviti jugak memainkan peranan dalam pembentukan saiz sesuatu haiwan. Dengan graviti yang lebeh beso, tuboh haiwan akan menjadi kecil dan berkaki banyak bertujuan memudahkan haiwan itu bergerak didalam lingkungan gravity yang besar. Mungken satu planet itu akan didominasi oleh hexapod (makhluk berkaki 6). Seperti dibumi, kebanyakan makluk adalah tetrapod, iaitu berkaki 4. Kalau planet itu bergraviti rendah pulak, haiwan mungkin akan menjadi beso-beso belaka dan berkaki kurus atau kebanyakkannye tetrapod berkebolehan terbang diudara.

bayangan artis grafik untuk makhluk yang hidop didalam atmosfera yang tepu (planet gas)

Macam mana kalau planet gas pulak, macam Jupiter? pemahaman kita mengenai hidupan diatas planet itu tak sama seperti makhluk diatas muka bumi yang berasaskan karbon. Makhluk di planet gas akan berasaskan ammonia dan macam-macam lagi elemen ringan. Ammonia adalah gabungan 1 atom nitrogen dan 3 atom hidrogen yang biasanya boleh didapati didalam atmosfera planet itu sendiri. Makhluk berasaskan ammonia mempunyai badan yang sangat ringan. Mungkin makhluk jenis ini sebesar ikan paus dan terapung-apung di dalam atmosfera planet gas berkenaan.

Harapnye, serba siket aku dapat jelaskan faktor evolusi dalam membentok hidupan didunia lain selain bumi. Lepas ni kita boleh pergi ke alien yang lebeh advance lagi dalam sambungan untuk topik ni.

sebelom kite berpisah, aku nak quote satu baris ayat dari Quran
A029
And among His Signs is the creation of the heavens and the earth, and the living creatures that He has scattered through them: and He has power to gather them together when He wills. (Asy-Syuura 42:29)

Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kejadian langit dan bumi serta segala yang Ia biakkan pada keduanya dari makhluk-makhluk yang melata; dan Ia Maha Kuasa menghimpunkan mereka semuanya apabila Ia kehendaki (melakukannya).

Sebab tu la dekat atas tadi aku sebot, kalau penulis komik rase cerite ni tak penting, make kite bukan manusie disebabkan kite tak mempunyai kesedaran tentang kewujudan diri sendiri. Nantikan makhluk asing part2 untuk kupasan yang lebeh lanjot. yang baek datang dari tuhan yang burok datang dari diri aku sendiri. Insya Allah.


No comments:

Post a Comment