gelak burok perangai. sebenonye aku takde idea nak tarok gambo ape kali ni. (kredit, hazwan zai ibrahim) |
Sekali
lagi, dah sebulan aku tak update blog. Aku ade isu yang dah lama nak di
ketengahkan dalam dunia komik ni, iaitu publisher yang paling ideal untuk
menerbitkan komik.
Sama
macam parti, persatuan, kelab, kereta pilihan, etc, penerbit jugak amat penting
dalam kehidupan seorang pengkarya. You know, kau dan aku sama-sama nak carik
makan dalam industry yang belum terkenal lagi ni.
Aku tau, ramai pekomik kat luar sana boleh
melukis komik atau ilustrasi atau kedua-duanya dengan sangat cemerlang sekali.
Soalnye sekarang, adakah penerbit itu akan memberi ganjaran yang setimpal
dengan karya anda? Dekat sini aku layak untuk memberi nasihat kepada pengkarya
yamg ada kat luar sana. Nak tau sebab apa? Sebab aku dah sangat lama buat
freelance, macam-macam kerenah penerbit aku dah jumpe. Ade yang ok, murah hati,
berkira, ade yang jenis anak haram – fuck ass punye perangai.
Jadi
kat sini aku nak bagi sikit tips untuk memilih penerbit.
1) berkawan dengan orang dalam –
dengan cara ni, korang boleh kumpul maklumat tentang penerbit sekaian-sekean,
macam mana sales, macam mane payment
yang syarikat berkenaan boleh bagi. Ya. Ada sesetengah kompeni yang meluat bila
kita bertanyakan soalan macam, “bang, payment untuk 1 muka surat, berapa?” memang ini hak kita untuk bertanya, sebab
kita sendiri nak menjamin kebajikan diri sendiri bila berkarya dengan penerbit
berkenaan. Tapi tak semua penerbit suka kalau kita bertanyakan jumlah payment.
So, selidiklah perlahan-lahan, atau secara tak terus kepada kaki tangan kompeni
itu. Macam aku senang aje. Kalau ade staff yang merokok dalam kompeni tu, aku
ajak keluar untuk ‘disoal siasat’ secara lembut… agagagaga. Tapi ini tak
bermakna aku mengajar korang merokok.
2) bertanya terus dengan kawan yang
sudah sedia berkarya dengan kompeni berkenaan – ini paling senang, tapi tak
selalu ada kebetulan yang kawan korang ada bekerja dekat kompeni sekian-sekian.
Peluang ni paling best. Katakanlah kompeni ni, bagus, kawan kau akan terus
rekemenkan kau dengan kompeni ni tanpa teragak-agak. Andai kata kompeni ni fuck
ass, member korang akan halang korang dari berkarya terus dengan kompeni ni.
Silap-silap member anda akan pecah tembelang kompeni ni. Agagagaga, hambek kau.
3) Kalau ade perjumpaan, pameran,
meeting yang berkaitan dengan komik, illustrator, dan sebagainya, turun padang.
Jangan terperuk dok kat rumah menoceng. Inilah peluang paling baik untuk
mendapatkan maklumat tentang tempat kerja kawan-kawan yang menceburi bidang
yang sama. Dekat sini kita sendiri boleh nilaikan kompeni mane yang bagus untuk
berkerja/berkarya. Ramai kawan-kawan aku dapat job dengan cara ni la. Aku pon
tak terkecuali.
Tiga
point ini antara yang paling penting boleh aku bagi. Kalau korang yang membaca
entri ni, ada yang lagi bagus, jangan segan silu untuk kongsikan. Aku sendiri
pon tengah carik-carik kompeni lain untuk berkarya dalam tempoh jangka masa
panjang. Zon selasa yang dianggap ok tak semestinya ok. Kadang-kadang fuck ass
jugak.
Ada
kawan-kawan aku yang cukup berbakat dan hebat dalam bidang ni, tak mendapat
payment yang sepatutnye, takde agreement langsong dan macam-macam lagi masalah.
Kesian jugak aku tengok diorang ni sebab nampak macam dipersia-siakan. Bayangkan
kalau diri korang terperangkap dalam masalah ni. Fuck this, man… shit! Silap-silap
ade yang gantung berus!
Mengikut
pengalaman aku bekerja dalam bidang ni, kompeni yang paling pro dalam bidang ni
adalah, jujur aku katakan, komik-m (PTS pop). Mungkin susah sikit nak berkarya
dengan diorang ni, sebab diorang punye QC memang kaw-kaw punye. Tapi lepas
korang dapat, memang korang rock la…
Kalau
nak berkongsi maklumat tentang mana-mana publisher, boleh kontek aku teros kat
e-mel aku. Kalau nak maklumat dari aku balik pon, aku takde masalah nak
berkongsi. Kot-kot aku tau ke, kompeni tu fuck ass, dan korang pulak teros aje
pegi situ. Memang silap aku la sebab tak sampaikan maklumat dengan betul.
No comments:
Post a Comment