Pages

Nuffnang Ads

Sunday 16 February 2014

Mengapa Sains?


Mengapa sains? Itulah soalan yang aku selalu fikirkan baru-baru ni. Memang sudah agak lama aku tak berkarya lagi-lagi untuk komik twin-x. sebabnya, aku banyak buat komisyen untuk luar negara. Taklah dapat banyak sangat, tapi ok la sikit. Aku ingat macam nak tutop komisyen deviantart aku untuk tahun 2014 dan fokus kepada pembikinan twinx volume 5 (tapi aku tak jamin langsung boleh buat ke tak. sangat sibuk dengan hal lain sekarang). komik twinx ni membuatkan aku lebih dekat kepada sains berbanding benda-benda lain. Ini disebabkan untuk membuat komik ni, aku kena belajar lebih. Kena paham macam mana benda dalam dunia ni berfungsi dengan kata lain, sains menjadi fokus utama. Yang paling menarik, lepas aku belajar sikit topik, contohnya enjin turbin, lebih banyak soalan yang timbul. Sains sangat susah untuk difahami. Tapi ia sangat menarik, sangat elegan, dinamik dan mampu menjelaskan apa benda yang betul dan apa benda yang bukan.

pada akhir babak twin-x volume 3, aizam mula mendapat kebolehan luar biasa (bukan kuasa ajaib) untuk melihat kesemua spektrum elektro magnet melalui mutasi. Ya, didalam penulisan sci-fi dalam standard pts, ia harus sekurang-kurangnya berpijak dibumi yang nyata. Meaning, takde majik-majik ni. Sekurang-kurangnya ada penjelasan yang lojik. So, untuk membuatkan kejadian itu nampak real dan meyakinkan, aku terpaksa mempelajari sedikit tentang genetik. Akhirnya aku dihalakan terus kearah biologi dan pada asas biologi, iaitu, evolution by natural selection. Dalam masa yang sama aku diperkenalkan dengan 2 orang manusia yang sangat hebat ini, charles robert darwin dan alfred russel walace yang menemui natural selection 150 tahun dahulu.

Konon-kononnya qmpog didalam vhecm twins menghasilkan partikel pelik yang boleh mengubah genetik pemandu jentera tersebut. Ya, didalam dna kita terdapat 4 kod yang diberinama adenin, guanin, thiamin, cytosin. Kalau kod AGTC ini diubah konfigurasinya, sel dan seluruh badan kita juga akan mendapat kesannya. Apabila kod-kod ini berubah, ia dipanggil sebagai mutasi.

Selepas belajar sains, fikiran aku berubah. Berubah untuk mempersoalkan tentang apa yang mak bapak aku, masyarakat di sekeliling aku ceritakan tentang dunia ini. aku terpaksa fikirkan balik tentang dimanakah tempat kita, siapakah kita didalam alam semesta ini. dan membuatkan aku untuk ingin terus belajar dan memahami tentang apa benda yang betul dan apa yang bukan. Contohnya pada satu masa dulu, nenek moyang aku percaya planet ini leper dan terletak diatas cengkerang kura-kura. Apabila kura-kura ini bergerak, maka terjadilah gempa bumi, tsunami dan gunung berapi. Ada juga paderi memberitahu yang gempa bumi, tsunami, taufan terjadi disebabkan sesebuah negara itu ramai homoseksual. Ada pula yang mempercayai planet ini ada tujuh lapisan dan setiap lapisan dihuni pelbagai makhluk halimunan. Adakah benda ini betul? Adakah benda ini real dan dapat dibuktikan? Apa pendapat anda yang sedang membaca perenggan ini? ya. Semua akan bersetuju, yang ini salah atau sekurang-kurangnya kita berasa skeptikal. So, macam mana kita nak tahu hal sebenarnya yang berlaku? Dari kitab vedas? Dari old testament, genesis? Sudah tentu tidak.


 
Sekurang-kurangnya kita mesti periksa topik berkenaan dengan sains. Ok. Kalau ada yang tak setuju, cuba tengok situasi ni. Kalau korang nak mengamalkan pemakanan sihat, nak cek makanan apa membekalkan vitamin dan zat yang seimbang untuk badan, apa fungsi zat-zat tertentu, korang mesti tak akan periksa hal berkaitan dengan pawang, bomoh, mekanik kerata atau pun tokoh agama. Korang mesti periksa hal ini dengan journal sains perubatan, betul?  

Jadi macam mana dengan umur bumi dan umur alam semesta ini. Kita akan lihat dari segi saintifik. Sains memberitahu kita, planet ini sangat tua (lebih kurang 4.5-4.6 billion tahun), dinamik dan sering berubah-ubah. Didalam planet ini terdapat batu, besi dan nikel cair yang suhunya sangat panas disebabkan oleh radioaktiviti. Arus aruhan yang selalu berubah-ubah menyebabkan besi cair ini sentiasa mencari jalan keluar ke permukaan melalui rekahan yang kita kenali sebagai gunung berapi. Ia juga penyebab gempa bumi dimana plat tektonik bergerak mengelongsor keatas, kebawah, meregang dan menyisi dari tepi. Proses ini sangat penting untuk mengitar semula bahan organik yang berada dipermukaan bumi. Benua-benua diatas permukaan bumi tercipta, bercantum, berpisah disebabkan proses ini. Ada lagi, disebabkan pusat bumi ini terbina dari besi-besi cair yang berputar, ia menghasilkan medan magnetiknya sendiri. Ia adalah perisai yang melindungi kita dari pancaran partikel merbahaya dari matahari. Ini memberikan peluang kepada hidupan dibumi untuk berevolusi sehingga ke hari ini. dan yang paling menarik, cerita ini adalah kisah benar, boleh diuji, boleh ditokok tambah apabila ada penemuan baru tak kira apa kepercayaan, budaya dan agama kita.

sains dalam situasi lain akan dipersoalkan tanpa pilih kasih. Dipersoalkan tentang kesahihan bukti, eksperimentasi, kaedah yang digunakan dalam eksperimen, keboleh ulangan dalam eksperimentasi, dilayan dengan skepticism dan bermacam-macam lagi. Sains boleh dipersoalkan, boleh dikritik dan dipersalahkan oleh masyarakat dan pihak yang paling boleh dipercayai dalam bidang berkenaan iaitu saintis sendiri.

disebabkan sains boleh dikritik seperti diatas, sesebuah teori boleh diperbaiki, diubah, dimajukan dan digunakan untuk semua. Jika ia salah langsung, sesebuah teori itu akan dianggap tidak berguna, dihapuskan. Contohnya sebuah teori yang gagal ialah lemarksian evolution. Dimana teori ini menjelaskan haiwan boleh berubah dari semasa kesemasa dengan penyesuaian terhadap alam sekitar mengikut kemahuan sesuatu organisma.

Macam yang kita tahu, teori darwinian evolution lebih tepat dan ia masih digunakan hingga ke hari ini untuk menjelaskan biodiversiti hidupan diatas planet bumi ini. ia menjelaskan sesuatu organisma boleh berubah menjadi spesis lain melalui proses natural selection. Dimana mutasi rawak berlaku pada sel setiap hidupan, dan hidupan itu akan menggunakan kelebihan mutasi tersebut untuk terus hidup. Untuk hidupan yang tidak mempunyai mutasi yang membenarkan ia untuk hidup dalam persekitaran tersebut, ia akan mati. Untuk hidupan yang mempunyai mutasi yang berguna dengan persekitaran pula akan terus membiak dan mewariskan mutasi tersebut untuk anaknya untuk terus hidup. Kalau diberi cukup masa, proses mutasi rawak ini akan berterusan dan menyebabkan 1 spesis terpisah kecabang lain dan menghasilkan spesis baru (spesis berlainan tidak boleh membiak sesama sendiri).

Pengetahuan kita terhadap darwinian evolution membolehkan kita menghasilkan antibiotik yang berkesan didalam bidang perubatan. Malah teras matapelajaran biologi didalam sains adalah evolution by natural selection. Ia juga memudahkan kita menklasifikasikan haiwan dalam turutan yang betul. Seperti kuda, manusia, kucing didalam kelas mamalia. Ular, cicak, kura-kura didalam kelas reptilia, salamander, katak, newt didalam kelas amfibia. kembung, jerung, mantaray didalam kelas ikan. Dan semuanya tadi dikelaskan didalam haiwan bertulang belakang (verterbrates) dimana semua haiwan diatas berkongsi nenek moyang yang sangat-sangat jauh. Mungkin lepas ni aku akan buat entri untuk subjek evolution pulak. Aku jamin ia sangat menarik dan korang yang sukakan sains pon akan turut suka.

Apa yang aku ceritakan diatas Cuma sebahagian aje dari keseronokkan belajar dan memahami sains. Bila dekat dalam kelas sains, korang patut berasa seronok. Sebab, ia adalah proses untuk mengetahui kebenaran. Persoalkan sains! Ia tak salah! Kalaulah cikgu sains korang bagitau korang yang alam semesta ini berumur 13.7 billion tahun, tanya cikgu sains korang balik, “mana cikgu tau? Alat apa yang digunakan untuk test benda ni, cikgu? Teknik apa yang digunakan untuk test benda ni cikgu?” soal cikgu sains korang. Bagi dia pening. Bagi dia bukak buku sains dia balik. Persoalkan segalanya! Hahahaha!










jadi, kenapa sains? Sangat senang. Kita peduli tentang perkara yang betul dan apa yang bukan.

8 comments:

  1. Wise Words from me -people tend to get philosophycal when they are alone- ... kalau kau tonton 'Through the Wormhole' , makin menjadi-jadi persoalan kau terhadap dunia .. what is life ? why are we alive ? why do we need to survive ? dan selepas berbulan-bulan aku fikir , aku dapat jawapan ...' to be happy ' :) kalau tanya kenapa jawapannya begitu .. fikirlah sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu rancangan feveret aku tu. morgan freeman mmg awesome. pada pendapat aku you don't need to be philosophycal. yang penting kita peduli dengan perkara apa yg betul dan apa yg bukan.

      Delete
  2. aku harap twin-x 5 dapat dibuat ... tak kisah lambat setahun-dua , janji cerita ni ditamatkan dengan baik dan tidak tergesa-gesa .. antara perkara yang paling aku tak suka bila ada pelukis komik yang gagal menamatkan apa yang mereka telah mulakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tau hal ni. cume aku takde mase dan kewangan yg mencukupi utk teros buat bende ni. pendapatan aku tak konsisten kalau berterusan buat komik twin-x. aku dah try bende ni lebih 5 tahun. money is everything nowadays.

      Delete
    2. 'money is everything nowadays'-disturbing but true .. So , just keep up the good work !!

      Delete
  3. thank you so much for understanding =)

    ReplyDelete
  4. seronok membaca tulisan tuan Nizam Pac.. Entry yg amat bermakna buat yang mahu berfikir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks again man. mintak maaf banyak2 sebab lambat reply/tak nampak komen. takde notification langsung. glad you liked it. if you want more something like this, please tell me.

      Delete