Mengapa sains?
Itulah soalan yang aku selalu fikirkan baru-baru ni. Memang sudah agak lama aku
tak berkarya lagi-lagi untuk komik twin-x. sebabnya, aku banyak buat komisyen
untuk luar negara. Taklah dapat banyak sangat, tapi ok la sikit. Aku ingat
macam nak tutop komisyen deviantart aku untuk tahun 2014 dan fokus kepada
pembikinan twinx volume 5 (tapi aku tak jamin langsung boleh buat ke tak. sangat sibuk dengan hal lain sekarang). komik twinx ni membuatkan aku lebih dekat kepada
sains berbanding benda-benda lain. Ini disebabkan untuk membuat komik ni, aku
kena belajar lebih. Kena paham macam mana benda dalam dunia ni berfungsi dengan
kata lain, sains menjadi fokus utama. Yang paling menarik, lepas aku belajar
sikit topik, contohnya enjin turbin, lebih banyak soalan yang timbul. Sains
sangat susah untuk difahami. Tapi ia sangat menarik, sangat elegan, dinamik dan
mampu menjelaskan apa benda yang betul dan apa benda yang bukan.
pada akhir babak
twin-x volume 3, aizam mula mendapat kebolehan luar biasa (bukan kuasa ajaib)
untuk melihat kesemua spektrum elektro magnet melalui mutasi. Ya, didalam penulisan
sci-fi dalam standard pts, ia harus sekurang-kurangnya berpijak dibumi yang
nyata. Meaning, takde majik-majik ni. Sekurang-kurangnya ada penjelasan yang
lojik. So, untuk membuatkan kejadian itu nampak real dan meyakinkan, aku
terpaksa mempelajari sedikit tentang genetik. Akhirnya aku dihalakan terus
kearah biologi dan pada asas biologi, iaitu, evolution by natural selection.
Dalam masa yang sama aku diperkenalkan dengan 2 orang manusia yang sangat hebat
ini, charles robert darwin dan alfred russel walace yang menemui natural
selection 150 tahun dahulu.
Konon-kononnya
qmpog didalam vhecm twins menghasilkan partikel pelik yang boleh mengubah
genetik pemandu jentera tersebut. Ya, didalam dna kita terdapat 4 kod yang
diberinama adenin, guanin, thiamin, cytosin. Kalau kod AGTC ini diubah
konfigurasinya, sel dan seluruh badan kita juga akan mendapat kesannya. Apabila
kod-kod ini berubah, ia dipanggil sebagai mutasi.
Selepas belajar sains,
fikiran aku berubah. Berubah untuk mempersoalkan tentang apa yang mak bapak
aku, masyarakat di sekeliling aku ceritakan tentang dunia ini. aku terpaksa
fikirkan balik tentang dimanakah tempat kita, siapakah kita didalam alam
semesta ini. dan membuatkan aku untuk ingin terus belajar dan memahami tentang
apa benda yang betul dan apa yang bukan. Contohnya pada satu masa dulu, nenek
moyang aku percaya planet ini leper dan terletak diatas cengkerang kura-kura.
Apabila kura-kura ini bergerak, maka terjadilah gempa bumi, tsunami dan gunung
berapi. Ada juga paderi memberitahu yang gempa bumi, tsunami, taufan terjadi
disebabkan sesebuah negara itu ramai homoseksual. Ada pula yang mempercayai
planet ini ada tujuh lapisan dan setiap lapisan dihuni pelbagai makhluk
halimunan. Adakah benda ini betul? Adakah benda ini real dan dapat dibuktikan?
Apa pendapat anda yang sedang membaca perenggan ini? ya. Semua akan bersetuju,
yang ini salah atau sekurang-kurangnya kita berasa skeptikal. So, macam mana
kita nak tahu hal sebenarnya yang berlaku? Dari kitab vedas? Dari old
testament, genesis? Sudah tentu tidak.
Sekurang-kurangnya
kita mesti periksa topik berkenaan dengan sains. Ok. Kalau ada yang tak setuju,
cuba tengok situasi ni. Kalau korang nak mengamalkan pemakanan sihat, nak cek
makanan apa membekalkan vitamin dan zat yang seimbang untuk badan, apa fungsi
zat-zat tertentu, korang mesti tak akan periksa hal berkaitan dengan pawang,
bomoh, mekanik kerata atau pun tokoh agama. Korang mesti periksa hal ini dengan
journal sains perubatan, betul?
Jadi macam mana
dengan umur bumi dan umur alam semesta ini. Kita akan lihat dari segi
saintifik. Sains memberitahu kita, planet ini sangat tua (lebih kurang 4.5-4.6
billion tahun), dinamik dan sering berubah-ubah. Didalam planet ini terdapat
batu, besi dan nikel cair yang suhunya sangat panas disebabkan oleh radioaktiviti.
Arus aruhan yang selalu berubah-ubah menyebabkan besi cair ini sentiasa mencari
jalan keluar ke permukaan melalui rekahan yang kita kenali sebagai gunung
berapi. Ia juga penyebab gempa bumi dimana plat tektonik bergerak mengelongsor
keatas, kebawah, meregang dan menyisi dari tepi. Proses ini sangat penting
untuk mengitar semula bahan organik yang berada dipermukaan bumi. Benua-benua
diatas permukaan bumi tercipta, bercantum, berpisah disebabkan proses ini. Ada
lagi, disebabkan pusat bumi ini terbina dari besi-besi cair yang berputar, ia
menghasilkan medan magnetiknya sendiri. Ia adalah perisai yang melindungi kita
dari pancaran partikel merbahaya dari matahari. Ini memberikan peluang kepada
hidupan dibumi untuk berevolusi sehingga ke hari ini. dan yang paling menarik,
cerita ini adalah kisah benar, boleh diuji, boleh ditokok tambah apabila ada
penemuan baru tak kira apa kepercayaan, budaya dan agama kita.
sains dalam situasi lain akan dipersoalkan tanpa pilih kasih. Dipersoalkan tentang kesahihan bukti,
eksperimentasi, kaedah yang digunakan dalam eksperimen, keboleh ulangan dalam
eksperimentasi, dilayan dengan skepticism dan bermacam-macam lagi. Sains boleh
dipersoalkan, boleh dikritik dan dipersalahkan oleh masyarakat dan pihak yang
paling boleh dipercayai dalam bidang berkenaan iaitu saintis sendiri.
disebabkan sains boleh dikritik seperti diatas, sesebuah teori boleh diperbaiki, diubah, dimajukan dan digunakan untuk semua. Jika ia salah langsung, sesebuah teori itu akan dianggap tidak berguna, dihapuskan. Contohnya sebuah teori yang gagal ialah lemarksian evolution. Dimana teori ini menjelaskan haiwan boleh berubah dari semasa kesemasa dengan penyesuaian terhadap alam sekitar mengikut kemahuan sesuatu organisma.
disebabkan sains boleh dikritik seperti diatas, sesebuah teori boleh diperbaiki, diubah, dimajukan dan digunakan untuk semua. Jika ia salah langsung, sesebuah teori itu akan dianggap tidak berguna, dihapuskan. Contohnya sebuah teori yang gagal ialah lemarksian evolution. Dimana teori ini menjelaskan haiwan boleh berubah dari semasa kesemasa dengan penyesuaian terhadap alam sekitar mengikut kemahuan sesuatu organisma.
Macam yang kita
tahu, teori darwinian evolution lebih tepat dan ia masih digunakan hingga ke
hari ini untuk menjelaskan biodiversiti hidupan diatas planet bumi ini. ia
menjelaskan sesuatu organisma boleh berubah menjadi spesis lain melalui proses
natural selection. Dimana mutasi rawak berlaku pada sel setiap hidupan, dan
hidupan itu akan menggunakan kelebihan mutasi tersebut untuk terus hidup. Untuk
hidupan yang tidak mempunyai mutasi yang membenarkan ia untuk hidup dalam
persekitaran tersebut, ia akan mati. Untuk hidupan yang mempunyai mutasi yang
berguna dengan persekitaran pula akan terus membiak dan mewariskan mutasi
tersebut untuk anaknya untuk terus hidup. Kalau diberi cukup masa, proses
mutasi rawak ini akan berterusan dan menyebabkan 1 spesis terpisah kecabang lain
dan menghasilkan spesis baru (spesis berlainan tidak boleh membiak sesama
sendiri).
Pengetahuan kita
terhadap darwinian evolution membolehkan kita menghasilkan antibiotik yang
berkesan didalam bidang perubatan. Malah teras matapelajaran biologi didalam sains
adalah evolution by natural selection. Ia juga memudahkan kita
menklasifikasikan haiwan dalam turutan yang betul. Seperti kuda, manusia,
kucing didalam kelas mamalia. Ular, cicak, kura-kura didalam kelas reptilia,
salamander, katak, newt didalam kelas amfibia. kembung, jerung, mantaray
didalam kelas ikan. Dan semuanya tadi dikelaskan didalam haiwan bertulang
belakang (verterbrates) dimana semua haiwan diatas berkongsi nenek moyang yang
sangat-sangat jauh. Mungkin lepas ni aku akan buat entri untuk subjek evolution
pulak. Aku jamin ia sangat menarik dan korang yang sukakan sains pon akan turut
suka.
Apa yang aku
ceritakan diatas Cuma sebahagian aje dari keseronokkan belajar dan memahami
sains. Bila dekat dalam kelas sains, korang patut berasa seronok. Sebab, ia
adalah proses untuk mengetahui kebenaran. Persoalkan sains! Ia tak salah!
Kalaulah cikgu sains korang bagitau korang yang alam semesta ini berumur 13.7
billion tahun, tanya cikgu sains korang balik, “mana cikgu tau? Alat apa yang
digunakan untuk test benda ni, cikgu? Teknik apa yang digunakan untuk test
benda ni cikgu?” soal cikgu sains korang. Bagi dia pening. Bagi dia bukak buku
sains dia balik. Persoalkan segalanya! Hahahaha!
jadi, kenapa sains? Sangat senang. Kita peduli tentang perkara yang betul dan apa yang bukan.
Wise Words from me -people tend to get philosophycal when they are alone- ... kalau kau tonton 'Through the Wormhole' , makin menjadi-jadi persoalan kau terhadap dunia .. what is life ? why are we alive ? why do we need to survive ? dan selepas berbulan-bulan aku fikir , aku dapat jawapan ...' to be happy ' :) kalau tanya kenapa jawapannya begitu .. fikirlah sendiri
ReplyDeletetu rancangan feveret aku tu. morgan freeman mmg awesome. pada pendapat aku you don't need to be philosophycal. yang penting kita peduli dengan perkara apa yg betul dan apa yg bukan.
Deleteaku harap twin-x 5 dapat dibuat ... tak kisah lambat setahun-dua , janji cerita ni ditamatkan dengan baik dan tidak tergesa-gesa .. antara perkara yang paling aku tak suka bila ada pelukis komik yang gagal menamatkan apa yang mereka telah mulakan
ReplyDeleteaku tau hal ni. cume aku takde mase dan kewangan yg mencukupi utk teros buat bende ni. pendapatan aku tak konsisten kalau berterusan buat komik twin-x. aku dah try bende ni lebih 5 tahun. money is everything nowadays.
Delete'money is everything nowadays'-disturbing but true .. So , just keep up the good work !!
Deletethank you so much for understanding =)
ReplyDeleteseronok membaca tulisan tuan Nizam Pac.. Entry yg amat bermakna buat yang mahu berfikir..
ReplyDeletethanks again man. mintak maaf banyak2 sebab lambat reply/tak nampak komen. takde notification langsung. glad you liked it. if you want more something like this, please tell me.
Delete