Pages

Nuffnang Ads

Monday 23 May 2011

observable universe. ape bende tu?

assalamualaikum. ha... ni aku aku nak cerite sket pasal alam yang kite semue diami ni. sebenarnye, takde sape pon tau berape besonye alam semeste ni. ini disebabkan pengembangannye yang amat cepat dan pantas. tapi setakat ni, satelit WMAP dan bermacam-macam instrumen pemerhatian angkasa dah dapat memetakan alam semesta ini dalam lingkungan 13.7 bilion tahun cahaya. inilah saiz [observable universe] yang kita tahu setakat ni. alam semesta kita terdiri daripada bintang, sistem, buruj, galaksi, cluster dan super cluster. dan jarak diantara galaksi2 ni semakin menjauhi antara satu sama lain.

the known universe

ini menunjukkan yang alam semesta kita semakin berkembang dan meluaskan jarak. secara tidak langsung, alam semesta yang kita ketahui ini akan mati pada titik masa yang tertentu. okey, secara analogi, cube korang bayangkan sebuah belon yang ditiup. semakin lama belon tu mengembang. tapi sampai satu tahap, belon tu dah sampai tahap maksimum regangannye dan pecah. begitu jugak dengan alam semesta yang kita diami. bukan setakat itu aje. sebuah bintang yang bersaiz 10-100 kali lebih besar dari matahari kita, akan mati dan bertukar menjadi lubang hitam atau dikenali sebagai [black hole]. cuba bayangkan kalau hyper space itu berada didalam alam semesta itu sendiri. ini menunjukkan alam semesta sedang koyak perlahan-lahan. sebagai seorang muslim, aku boleh terima teori berkenaan sebab kiamat pasti akan berlaku.



untuk menghasilkan komik sci-fi yang menarik (membosankan juga), aku terpaksa melakukan banyak research dan membaca. dalam kes ini, aku lebih memfokuskan tentang kejadian alam semesta, angkasa lepas, big bang dan ape-ape aje bunyi yang berkaitan. study punye study, aku jumpe seorang mamat jepun ni yang bernama michio kaku. dia ni sorang saintis yang hebat dan berilmu tinggi. benda yang paling aku suka tentang mamat ni, bila dia sebut pasal string theory, M theory, parallel dimension, multiverse.

mula-mula aku tak paham, ape bendela multiverse ni. study punye study baru aku paham, yang alam semesta ni bukan ada 1 sahaja. tapi ada banyak, tak terkira banyaknya. secara analogi, cuba bayangkan alam semesta kita berbentuk seperti buih, gelembung udara didalam lautan. sudah tentu ada buih lain, ye tak? bezanye, lautan yang disebutkan tadi bukannya air. tetapi lautan hyper space, dimana tiada masa dan ruang didalamnya. secara kasarnya boleh difahamkan, takde ape bende pon situ, tuhan aje yang tau.

sekali lagi sebagai seorang muslim, aku takde masalah langsong untuk percaya teori ni. sebab ade satu ayat didalam surah al-fatihah ayat nombor 2 yang berbunyi alhamdulillah hirabil alamin, Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. dalam ayat ini aje, seorang muslim tak boleh untuk tidak menerima teori multiverse. dalam perjalanan nabi Muhammad dari mekah ke masjid al-aqsa dijerusalem dan 7 lapis langit yang kita ketahui sebagai isra' mikraj juga menampakkan teori multiverse berhasil.

didalam teori lain, michio kaku pernah mencadangkan untuk pergi ke alam lain ini dengan membuka [worm hole]. worm hole adalah ruang yang sama dengan hyper space yang membenarkan sesuatu entiti merentas antara alam semesta, masa, sesuatu titik dalam alam semesta. well... sesacara jujurnya, aku berasa bangga disebabkan ada seorang manusia pernah melaluinya. iaitu nabi Muhammad SAW. tetapi, untuk seorang manusia lain, bagaimana untuk merealisasikan perjalanan merestas alam semesta ini? inilah yang aku nak cuba selesaikan didalam dunia komik.

1 comment: